Nuffnang Ads

Thursday, June 18, 2015

HSG : Pengalaman Kali Kedua

Lagi sekali, I melalui prosedur HSG selepas setahun ianya berlangsung di SALAM Senawang Specialist Hospital pada 14 Februari 2014. Kalau ada yang nak baca semula entri I pada tahun lepas yang berkaitan dengan HSG bolehlah klik pada link di bawah :



Setiap hospital dan doktor yang kita pergi mempunyai pengalaman yang sangat-sangat berlainan. Itu lah yang berlaku pada I jugak. Memang lain sangat pengalaman di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan SALAM Senawang Specialist Hospital. Macam tahun lepas, I buat di SALAM dan tahun ni bersambung lagi TTC dengan prosedur HSG di HTJS

Seperti di entri yang lepas, sekejap saja prosedur HSG di SALAM. Berlainan dengan di HTJS, ianya mengambil masa selama satu jam setengah, hampir ke 2 jam. I redha, kerana permasalahan yang I alami, tak mengapa lah, teruskanlah selama mana pun yang I perlu buat. Tarikh HSG pada kali ini ialah 10 Jun 2015 dan temujanji adalah pada jam 2.00 pm. Untuk yang pertama kali, setiap prosedur HSG akan diberikan Cuti Sakit selama sehari saja. 

I telah dipanggil masuk ke dalam OT room tepat jam 2.30 pm dan I perlu menukar kepada pakaian yang disediakan oleh pihak hospital. Di dalamnya ada 4 orang termasuk seorang radiologist, seorang doktor O&G, seorang pembantu radiologist dan seorang jururawat. Dan, air-cond yang sangat kuat. Brrrrr! Sebelum prosedur, I telah diberi penerangan oleh radiologist berkenaan apa yang akan dilakukan. Mereka akan menyuntik cecair yang contrast kan di dalam uterus dan tiub fallopio dan sekiranya akan ada blockage, satu cecair lain akan disuntik di tangan untuk mengesan kedudukan sebenar blockage yang berlaku. I faham, dan I mengangguk dengan redha.

Saat I disuruh berbaring, mulut pun dengan laju membacakan zikir agar dipermudahkan Allah. Walaupun ada sedikit kesulitan dalam prosedur itu, tapi I redha dengan ujian Allah. Selama satu jam setengah, I bertarung dengan kesakitan dan muntah kerana tak mampu menahan kesakitan yang teramat. Namun I betul-betul berpuas hati dengan prosedur di hospital kerajaan kerana ianya betul-betul menjalankan prosedur sehingga mendapat jawapan kepastian di mana permasalahan yang i sedang alami. 

Selesai saja prosedur, terus lemah seluruh badan dan sakit seperti senggugut. I keluar dari OT room dengan pelbagai rasa, loya, letih dan sakit. Keluar saja terus I minta Sayang belikan I air minuman untuk I makan ubat tahan sakit. Kali ini memang sakitnya berbeza dan lebih hebat dari sebelumnya. Alhamdulillah, sedikit-sedikit inilah persediaan I untuk melahirkan kelak. In shaa Allah. Selepas I diberikan Cuti Sakit oleh jururawat bertugas, I terus pulang sambil airmata berlinangan di kedua belah pipi. Seriously, sakit....

Apa pun, I nak share lagi beberapa tips dan kesan yang I alami untuk pengalaman kali ini.

TIPS SEBELUM MENJALANKAN PROSEDUR HSG

1. Bersedia mental dan fizikal
2. Makan sebelum masuk OT Room nanti angin perut susah
3. Bersedia dengan makan ubat tahan sakit. Please, makanlah..
4. Bercukur dan membersihkan kawasan yang akan dimasukkan cecair contrast
5. Bawa sekali pad atau panty liner, sebaiknya, pad lah sebab kita tak tau banyak mana bleeding nanti
6. Jangan bersama suami dulu ye...


KESAN DARIPADA PROSEDUR HSG

1. I mengalami kesakitan senggugut selama 4 hari dan memerlukan bantuan ubat tahan sakit setiap 8 jam.
2. Keluar fresh blood selama seminggu
3. Rasa nak demam tak demam

Alhamdulillah, selesai sudah episod HSG untuk kali ini. Result akan diketahui pada bulan Oktober. Semoga semuanya baik-baik saja.

Alhamdulillah, selesai kali kedua

No comments:

Post a Comment