Nuffnang Ads

Friday, June 26, 2015

RSVP : The Lailis' Raya Gathering

We've been waiting this for so long. Can't wait to get together and celebrating our Eid just like the old time. I can't believe we are just few steps closer to the date. The last time was in 2011 and the gathering held in Salalyn's place. Opah was still there, back in 2011. But for this time, just us. The granddaughters and the grandsons of Atuk Laili and Opah Rahmah is celebrating Eid in Seremban. All of us : The Azians, The Aziahs, The Azmahs, The Azmis, The Azlans, The Azizans, The Aznins and not forgetting The Azizahs.

The Lailis, back in 2011
Tahun ini, satu Majlis Sambutan Hari Raya Anak Cucu Mohd Laili akan diadakan di kampung halaman kami, Seremban. Yes, Atuk dan Opah both were from Perak but they had moved and settled down in Seremban after they had 5 children. Azizan and Aznin were born in Seremban but their sisters and brother were born in Perak. When they passed away. both Atuk and Opah were buried in Seremban, though. 

L-R : PC Lan - Mummy - Wan Yong - Wan Anje - Arwah Opah - Nyanyah - Wan Teh - Wan Jan
Majlis berkumpul anak beranak ini akan diadakan pada 18 Julai 2015 bersamaan 2 Syawal 1436H bersamaan birthday Salalyn! Hehehehehe. Mesti le meriah ada birthday celebration sekali. For now, we've decided to held the event in some other place, not in or home. Most probably in a bungalow homestay, near Seremban town. 

Hal makanan, hal aktiviti, hal kewangan dan hal decor akan dibincangkan kemudian sesama kami. Hari Sabtu, pengerusi majlis akan adakan mesyuarat tergempar khas untuk membincangkan semua yang berkenaan majlis ini nanti. Maknanya semua kena bawak paperwork la hahahahaha kemain! Tugas I ialah mencari homestay dan kalau diikutkan dah selesai le semua tu. Cuma belum book lagi. Takut jugak kalau lambat nanti melepas. Homestay cantik dan strategik untuk anak beranak yang ramai dan riuh rendah. Too bad, kami tak ada rumah pusaka... Kalau ada, tak jadi masalah untuk carikan lokasi. Tapi Alhamdulillah, we're still family :)

Semoga majlis ini akan berjalan dengan lancar dan baik-baik hendaknya. Bukan selalu dan bukan senang nak kumpulkan semuanya. Ini pun, dikhabarkan, ada jugak yang tak dapat nak join kerana beraya di kampung mertua. Takpe, next event kena ada tau! Hehehehe. Diharap majlis ni dapat mengembalikan rasa macam dedulu, kumpul ramai-ramai. Walaupun Atuk dan Opah dah pergi mengadap Illahi.

Al-Fatihah untuk Atuk Mohd Laili bin Mohd Aroop dan Opah Rahmah Binti Hassan yang sangat kami sayangi dan rindui...

Cousins!
Zaman muda mudi - 2009
Zaman muda mudi jugak - 2009

No comments:

Post a Comment