Nuffnang Ads

Friday, June 26, 2015

#LHwedding #LHstory

Alhamdulillah, seorang lagi anak buah sebelah Sayang dah pun selamat melangsungkan pernikahan dan persandingan. Alahai, Mak Teh rasa memang tua bebenor dah ni. Silap-silap lepas ni Mak Teh dah bercucu pulak haihhhh. Camne la kan, belum pernah lagi timang cucu ni. Anak buah dah selalu hahaha. Anak sendiri, coming soon la, tengah menguit-nguit dalam perut. Aminnn!

Tahniah Wan dan Kak Yong muah muah muah!
Pernikahan berlangsung pada Hari Jumaat, 08/05/2015 selepas Asar. Bertempat di rumah Kak Lang dan Abang Isa, meriah sungguh suasana pernikahan tu macam dekat stadium ada orang siap siul kuat-kuat lepas Wan berjaya sekali lafaz hehehehe. Ok itu win! Pak Teh jadi unofficial photographer lagi. So, memang banyak gambar dekat I. Kalau macam tu, biar gambar-gambar yang menceritakan segalanya.

Anak beranak
Pengantin bersama Uwan dan Atuk 
Ini ialah makcik-makcik pengantin hahahaa gediks!
Keluarga Kak Ngah
Cantik kan pengantin perempuan
Pengantin lelaki pun kena puji gak.. Hensemmmm! Hehehehe
Persandingan antara Kak Yong dan Wan pulak berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Tasik Jaya pada hari Sabtu, 09/05/2015. Bosar dewan eh. Orang-orang Seremban kalau nak cari dewan buat majlis kenduri bolehlah sewa dewan ni salah satu lah dari banyak-banyak dewan di Seremban. Untuk majlis persandingan Kak Yong dan Wan ni memang Mak Teh dan Pak Teh dah standby dengan doorgift popcorn yang sememangnya lazatttt itu! Ehem-ehem, up business sendiri nampak. Promote sikit.... Oh ye, masa dekat dewan pun Pak Teh ada jugak tangkap gambar. Mak Teh pulak mula-mula nak datang makan je lepas tu selfie ala kadar lepas tu konon nak chow. Maklumlah, insan lemah dan uzur baru lepas accident mana boleh lasak. Sekali, hilang semua sakit! Mak Teh yang paling ligat dekat pintu utama, duk susun doorgift! Dah sudah.... Dia berpeluh mengalahkan pengantin!

Hari persandingan Kak Yong dan Wan
Keluarga sebelah Abang Isa
Makcik-makcik Kak Yong... macam biasaaaa hahahahaha
Mama martuaku! Bersama pengantin <3
So far, hari kenduri sangatlah panas... Berpeluh ketiak. Tapi itu sedikit pun tidak menghalang I, Noyin, Mira dan Sara bergambar melompat macam biasa bila keriangan. Majlis berlangsung dengan jayanya. Pengantin cantik, makcik-makcik pengantin pun apa kurangnya. Bila dah depan kamera lupa dah panas hujan semua. Bukan main... Tudung I tak payah cakaplah, kulup macam apa je. Itu menandakan I buat kerja dengan gigih dan tekun. Meh, layan gambar ok. Nak menaip pepanjang sakit tangan le.. Yang penting... Mak Teh dah gomok! Tunggu I lancarkan balik program diet. Memalukan la, semua kekurus I pulak kembang semangkuk. Apa pun, kitorang enjoy!! Dan penat... Pfftttttt!~

Bersama Finaz dan Kak Teh... Gemok!!!!
Makcik-makcik pengantin lagi 
Anak-anak buah Mak Teh hehehehe
Maafkan tudung kulopku itu
Nak jugakkkkk
Sorry Kak Yong, your wedding cake had been destroyed. Hahahaha
Last... ni lah muka-muka kena kemas dewan! 
Ok, next wedding...?

No comments:

Post a Comment