Nuffnang Ads

Friday, November 30, 2012

2 Cerita 1 Hari

Tu dia balas dendam punya hal. Geram agaknya duduk hospital 6 hari sampai marathon tengok wayang. Paginya pegi ke HTJS kononnya nak buat appointment dengan Dermatologist tapi tunggu Tasha buatkan nanti. Balik dari ambik referral letter dari Mr.Syafri terus shoot ke KLCC. It's been a while! Gile lama tak jejak kaki ke tempat ni. Things change a lot. And I grew up from a teenagers (when the first time I stepped on Suria KLCC) till now I've turned to my early 30's. Teruja dan garu kepala. Tengokkan perubahan tempat, manusia dan masa adalah segalanya. Sangat rindu nak duduk KL...

Seriously memang best la 007 Skyfall tu memang mulanya agak lambat. Tapi bila sampai punchline (main belasah je kan!) memang gempak. Ada orang tu nak tengok sangat tapi mengantuk. Good boy sebab kali ni beliau behave tengok diam-diam je. Habis Skyfall pegi makan sikit then sambung Life Of Pi. Whoaaaa! Kapal karam dan survive tengah laut bersama seekor harimau Bengal. SiDia sukalah tu cerita haiwan ye. Untuk mereka yang sensitif bab agama rasa elakkan dari menonton cerita ni sebab ada berkaitan Tuhan lagi-lagi masa dekat laut. Memang akhirnya Priscine percayakan Tuhan tapi tak tau yang mana. Terpulang sebenarnya pada sensitiviti masing-masing. For me, I can take it as it only a movie but Skyfall rocks! Worth watching. Sekian review dari I, si sakit yang bernafsu nak tengok wayang berkali-kali. Hahaha
Tabah betul hati SiDia bawak I keluar :) U tau I bosan kan. Ada cerita best lagi ke? I nak tengok lagi sekali Twilight boleh tak...

Bukti ke hospital siap pegang pinggang sakit :D
Rindu hot chocolate :(

Thursday, November 29, 2012

Purple & Pink?

Amaigad! Amaigad! What should I wear? Where to find those? Is there my size for those dress? How much is that? Things running crazily inside my sleepy head as I'm wondering about 'Majlis Makan Malam JKR Negeri Sembilan' on December 12th. And who came up with the idea of 'Purple & Pink'? Both are not my colors actually because I can't suit them well! What a crazy idea... My nice skin color needs to find suitable dress of 'Purple & Pink' as soon as possible or I'll wear some old tops with anything in the bottom. 

I feel like crying. Normal. Untuk seorang perempuan menggelabah dan kelam kabut when it comes to a 'Dinner' dan perempuan itu perasan untuk menggayakan baju yang agak keterlaluan ala-ala 'dress-to-kill' dengan harapan akan menang Anugerah Pakaian Tercantik. Wahahaha I hope no one will 'kill' me for this. Adakah diri I termasuk dalam kategori itu? Nak muntah rasanya bila terfikir apa yang akan I pakai. Paling penting, sempat ke nak diet????? Too late, Baby!

I dah usha Najjah punye collection sangat grrrrrrrr! Menggugat iman serta jiwa raga. Ok I ade satu tops Najjah yang belum pakai lagi dan color blocks dia ade purple dan sedikit orange. Boleh kan cari bottom yang pink. Pink? Ok we'll figure it out later... Lepas tu I korek-korek pulak koleksi FromJennaToJo. Mereka ada banyak warna pink dan purple. Nyum nyum! Adakah I perlu contact Joe? Oh ye I masih ade satu shawl warna pink ade line purple yang beli tapi belum pakai dan kainnya satin. Menarik! Dah nampak dekat situ ye macam tiada Ringgit Malaysia yang akan dibazirkan. Tangan gatal-gatal pegi search Zleqha dan Matase Sutera. Masalah yang timbul ialah koleksi Zleqha takde warna yang tersebut di atas dan Matase Sutera ada beberapa pujaan hati tapi tiada size untuk si pemakai. Selamat! Keduanya siap-siap dipangkah buat masa sekarang. Beware with all those words that came up from me :D I might go straight and suddenly make a U-Turn (untuk kenderaan ringan sahaja).

Nampaknya I macam cuba-cuba cari masalah untuk cari baju dan I rasa dengan mengajak SiDia mencari baju ready made adelah jalan paling sesuai demi kepuasan nafsu seorang perempuan yang dah tau baju tu nak pakai sekali je tapi mencarinya dan menempahnya makan berhari-hari selagi tak puas hati. Puii! Sifat semulajadi macam mana nak buang jauh ni? Apa Wondergirls pakai nanti ek? Hurmmmmmmmmmm

Alasan kukuh yang akan digunakan kepada SiDia : U tau apa yang terbaik untuk I kan. U tau mana yang suit dengan I. Pandangan mata u lain sikit better u pilihkan mana yang paling best untuk I sebab instinct u selalunya tepat, tajam, mesra dan hebat. *Ambik hati sikit* Semoga esok dapat baju impian :) 

Mari tidur!

Perkahwinan Tema Twilight

Kalau anda peminat tegar Twilight mesti tengok kan Breaking Dawn : Part 1 masa Bella dengan Edward punye wedding tu. Kenapa sweet sangat yer? Yang paling best, I terbaca satu blog ni pasal sesiapa yang nak buat wedding bertemakan Twilight. Perfect! Dari baju ke kad kawin sampai klip rambut Bella pun ada orang jual ye. Gile betul omputih ni kalau dah obses. Sebenarnya I sendiri pun ada sedikit gila tengok benda-benda tu sebab ianya sangat menyentuh hati. Tapi I rasa pasal wedding ni ialah mereka sangat pandai berlakon sampai menyentuh jiwa raga penonton macam I.. O_o

Sweet!
I terpanggil untuk buat entri pasal perkahwinan sebab one of my friend dari Forum HA akan melangsungkan perkahwinan. Tahniah Hani dan bakal suami! Semoga perkahwinan kali ni berkekalan sehingga ke hujung nyawa, ke syurga. I rasa nak menangis sebab nasib I, Nuin dan Hani serupa dan kami ada berkongsi masalah bersama dan memberi kekuatan di antara satu sama lain tapi Hani dan Nuin adalah 'senior' I dan I masih mentah walaupun kali 'kedua' ahahaha there's a different there! Insya Allah kalau takde halangan apa-apa nanti I dan SiDia akan sampai la ke Rawang untuk meraikan pengantin baru ye :) Hati rasa nak menangis tapi mulut tak berhenti nak senyum dan ucap, Alhamdulillah untuk Hani dan Nawfal yang dah ada Papa baru. Syukur... 

Me? Ahahaha biarlah keadaan yang menentukan. Tahun depan buku baru akan dibuka tak kira apa jua pun kehidupan MESTI diteruskan. Tak mau terlampau mengharap atau menghalang sebab ianya menakutkan tapi asalkan ada keikhlasan mesti Allah pun bantu kami... Tidak dinafikan, perasaan bila jatuh cinta tu memang sangat best! Tapi perkahwinan hanyalah satu permulaan kepada semua pengakhiran tak kira baik atau sebaliknya. Nauzubillah! Semoga apa yang I ada sekarang kekal indah dan berakhir dengan baik. Sama kita doakan ye.

Sangat suka quote dari Edward untuk Bella ni... Dear future husband, 

Thanx Edward :) perasan....
For those who really want this Twilight themed wedding kindly redirect your readings HERE! It might be helpful for those who really want this and for sure you Malays are not going to do like them, right? Hahaha. If possible I want this theme too! 

Wednesday, November 28, 2012

Patri

One word, BERHANTU! The song really scarrying me off. It reminds me of the first moment when I listened to him. The first moment I knew him, such an aspirational song that sang by one guy who gave his full-hearted to the woman he loves. Ahahaha and for sure I am not that 'woman' at the particular time :)
Eh cubalah u dengar lagu Patri tu by its wording and make sure u have a very good Malay literature if u want to condemn it. I sangat dan masih suka lagu tu. It never faded but it grew stronger inside. I hope u, yes U, feel the same too. Tak mau sebut namanya tapi SiDia tau siapa dia.

It was September 24th, 2012 somewhere in Seremban and he wore black tshirt with bermuda and his brown loafers. I saw him in a dim light while he sang the BERHANTU song. I was saying to myself, "eh, kawan Tasha ni rupanya yang nyanyi lagu favourite I... Sedap....". What a great voice he had! Hahaha I always love the singer rather than the rest in a band. Am I? Are u? But we never spoke to each other that night. Takde perasaan cuma terdetik aje. Nothing much.. I never felt awkward or whatever u wana say when friends said that, "Patri tu Solex la..." hahaha adoiii always made me thinking of what I've did wrong ok let's just ignore it.

One more thing is Marvel The Avengers but I have no further comment on that. Cuma komen sikit je, I janji...sikit je ni, "Ek eleh mamat ni macam bagus pulak nak pakai rantai-rantai bagai!". Teruk mulut I. Tapi I memang tak suka at first. Today, okey, okey, be yourself as what I saw u before...
Till this moment, I masih suka SiDia menyanyi lagu Patri dan SiDia masih pakai rantai berdaki itu dah berapa kali cuci pun masih berdaki hahahaha. The worst eh best eh worst ke best part I pun tak tau, I pulak terjebak pakai rantai? Ok... Cerita ni takde kena mengena langsung dengan Edward Cullen mahupun Lee Chong Wei mahupun Kunalan (betul ke nama football player ni?!)

This is my story... What's yours?

Tuesday, November 27, 2012

Twilight Saga : Couple Seat

Sedih! Kenapa ending cerita I boleh menangis? Tolonglah... I terlampau sesangat menjiwai jadi Bella kot. Over betul. Tapi memang sungguh sedih dan I nangis betul masa dia recall balik macam mana Bella dengan Edward mula kenal sampai Bella sanggup berkorban jadi Vampire sebab nak hidup selamanya dengan Edward. Serius, I sedih gile... Ada ke orang akan sayang I sampai macam tu.

Hari keempat lepas operate I dah berjaya menjejakkan kaki ke Saloon Strawberry untuk cuci dan treatment rambut. Tak boleh tahannnnn. Lepas tu ada hati nak makan spegeti, SiDia jugak tukang habiskan. Tak lalu lah.. Makan pun sebab nak isi perut makan ubat sahaja.

Lepas makan cuba-cuba je tengok show dekat TGV. Yes! Ada pun Twilight dan tanpa ragu-ragu terus sambar couple seat. Ohmaiiiii! I memang suka Twilight ok dan I paling marah orang tanya-tanya I masa I tengah khusyuk tengok. Arghhhhh! I need to focus! Sorry u.. I marah manje je ok no heart feeling :) Tapi memang best ada laki macam Edward dahlah cool mungkin sebab dia pun kategori cold-blooded hehehe. Relax gila ok. Dan sangat sayang bini dengan anak. Yang paling I terharu pasal cerita Twilight ni ialah macam mana Edward tu pertahan jugak si Bella ngok ngek yang gatal kejap layan Edward la Jacob la Edward la Jacob la pendirian tak tetap langsung and obviously it against my integrity in a relationship. Wahhh! Tegas katanya. Whatever it is nasib baik Renesmee bukan immortal child dan Bella dah jadi vampire yang kuat!

P.s. Terasa pulak diri ini Bella. Oh, Edward!

Monday, November 26, 2012

Hari-6 Mari Pulang

Alhamdulillah syukur ke hadratMu Ya Allah di hari keenam dah bolehlah hambaMu ini pulang ke rumah. I dah boleh berjalan dan buat semuanya sendiri maknanya I dah recover sikit demi sikit. Punyalah bahagia rasa setelah 6 hari pakai uniform hijau sekarang I boleh balik dan beraktiviti bebas.

Doktor dah buka plaster tempat jahitan bawah pusat dan dah buat dressing semuanya ok dan bubuh plastik lain. Bila doktor round di wad pun siap bagitau yang tengok pun dah ok. I dibekalkan MC lagi seminggu, temujanji berjumpa gynae pada Januari 2013 dan ubatan yang perlu dihabiskan atas nasihat doktor. Lega! Akak nurse cakap tengahari boleh discharge. Terus call SiDia dan minta datang takut Mama lambat sebab dari KL.

Semua urusan discharge selesai dengan mudahnya. Sebelum balik sempat Hafizi tolak I ke Wad 1A untuk melawat Suni yang baru check in. Alhamdulillah.. Masa blog ni I tengah tulis Suni dan Epul dah pun dapat baby boy dengan kaedah Caesarian.

Agak-agak lepas ni banyak lagi ke I tulis belog? Dalam wad dah tentu arah bosan. Kalau diluar I banyak aktiviti hehehe TQ peminat tegar yang selalu baca apa yang I update :)

Saturday, November 24, 2012

Hari-5 Wad 2A

Ye I memang takde keje lain sebab tu I update blog macam orang gile. Hahaha. I nak buat apa. I dah puas tidur. I dah puas makan. I dah puas rehat. Let the fingers do the writing and the brain do the roaming (macam salah pulak pepatah ni..)

Hey ho! Proudly say thank you Allah for the great day ever. I can walk. I can go to the toilet by myself. I can get up from bed and I can even fart! That is the worst part of having this laparoscopic procedure. Mr.Syafri and Ms.Farizan and a few surgeons did told my mum about it.. Betul ke diorang kembungkan perut I dengan satu gas. Oh yeah I guess so. I tak boleh berhenti mengeluarkan gas then I tanya doktor in charge. She said its good so that the gas will get out! Ok rumours itu betul. And its not a rumours but its a fact.

Happy hari ni I ramai visitors. Wanteh, Anyah dan 2 orang kawan beliau, Tok Chah, Aunty Na, Achu Nen, Yob Dee, Sonny Boy, Fura, Fira, Adik Kak dan Efa (gepren beliau). Paling kelakar Safura boleh pegi HKL ye itu sangat bad idea Fura bila u tak tanya exactly dekat hospital mana seseorang itu berada but u've made it girl! At last u sampai jugak sini. Atas bantuan peminat tegar I hehehe.

Malam ni Mama tak teman I. Kesian tengok Mama tak larat. For sure kalau I duduk wad kelas pertama I minta SiDia je teman I. Ada jugak doktor bagitau esok akan dressing I pagi-pagi dan mungkin tengahari I boleh discharge! Hoorey! TQ Fura bagi I balloon! Muah2. Love u :)

Masih Cerita Hari-4

I tersedak! Mungkin diorang tarik keluar tiub dari saluran pernafasan I. Terus I terbatuk dan rasa sakit yang sangat amat dekat bahagian perut. Mata macam dah tak larat nak buka. I cuma dengar keliling I yang nak pindahkan I ke wad semula. Tapi Wad 2A? Kenapa tak naik ke Wad 8B? Wad 2A adalah Wad O&G ye faham-faham lah apa kes I sebenarnya bukanlah surgical.

I tak sedar jam berapa masa ditolak keluar yang pasti muka pertama I nampak dalam blur-blur tu ialah Hafizi ye. Wahhh, u came! I thought u didnt show up. Hafizi tercangak depan pintu Bilik Bedah Utama dan I nampak dia dulu baru nampak Mama Ayah tapi dalam keadaan separuh sedar.

Punyalah sakit masa porter tolak I dekat wad. Bila terlanggar itu ini I rasa nak jerit tapi tak mampu... Suara stuck! Masa nurse nak alihkan I dari stretcher ke katil pun macam nak maki orang je rasa tapi redha. Dekat wad barulah nurse pakaikan I baju hijau tu. I dah tak kisah lah orang nak tengok ke apa ke. Yang I tau memang I sakit sangat... Nurse nak cucuk painkiller dekat punggung I pun rasa susah sangat I nak mengiring. Terus I lega lepas nurse bagitau yang kalau nak kencing jangan tahan ye sebab awak ade tiub dan beg ni. Wahahaha. Bila masa pulak I dikerjakan ni??!

Mama Ayah sibuk uruskan kemas barang untuk pindah wad. Hafizi tolong angkatkan barang dan teman I sampai jam 7.30 pm sementara Ayah bawak Mama balik untuk siap mandi sebab Mama kena teman I. Tak mampu I nak bercakap.. Petang tu Nyanyah dengan Samiewa datang melawat. I dah ok sikit boleh gelak-gelak lagi. Alhamdulillah...

Masa doktor datang round wad dan bagitau pembedahan apa yang I buat takde sesiapa pun dengan I. Barulah I faham kenapa I kena masuk ke Wad O&G. Semoga Allah sentiasa pelihara I. Sedih ada juga tapi I redha. Terima kasih family dan Hafizi gak sebab redha.

Malam tu Mama yang teman I. Kesian pulak Mama dalam usia emas tu kena teman I kan. Dia sendiri pun tak larat... Samani janji takkan susahkan Samama lagi ye. Insya Allah. Eh, tetiba ada 2 jarum eh dekat tangan I. Doktor tambah lagi satu aksesori dekat tangan belah kanan pulak. Why???
P.s. Terencat sikit kali ni karangan I panjang macam rencana suratkhabar. Excited pertama kali operate barangkali :)

Hari-4 Di OT Room

Alhamdulillah! Pembedahan berjalan lancar. Masa mula-mula nak tukar uniform memang rasa seram sejuk bayangkan perut nak kena tebuk. Dahlah ada menses. Bayangkan macam mana keadaan I masa tu.
Ye memang I dah bersedia dari semalamnya untuk dibedah tapi takde panggilan. Postponed ke hari Jumaat. Berkat hari Jumaat kata orang. I ditolak ke OT Room jam 12.30 noon. Masa tu Allah je tau perasaan I. Mama dapat hantar sampai luar je dekat tingkat 3. Dapat jugak tengok muka Mama sebelum masuk OT Room. I lap u, Ma!

Masuk dalam OT Room terus aku rasa macam cerita House. Sebab ramai pakai macam biru Smurfs ada shower cap. Hahaha. Sebenarnya nak tenangkan diri. Pakar bius mula kerumun I tanye macam-macam la pasal asthma la berat badan dan tinggi. Selesai semua tandatangan pasal bius terus katil ditolak ke dalam Bilik Bedah. Jeng jeng jenggggg!

Hoiiii bila dah dalam bilik tu... Lagi berdebar dan cemas dan bla bla bla tak tau nak kata apa. Diselak-selak baju I nak lekatkan ECG punye lekat tu lepas tu dibagi oxygen suruh bernafas. Benda terakhir yang I ingat pakar bius kata suruh I buka mata dan pesanan dia, "saya nak suntik pelali ni pedih sikit ye Sazwani..." bukan pedih sikit dah ni pedih banyak...! Lepas tu I terus padam -_- Bye bye dunia untuk seketika....

Hari-3 Di Wad 8B

Sebenarnya dah 2 kali I post entri ni tapi tak publish la. Tah mana ghaibnya. I cuba guna Bloggeroid. Ok dah tak jadi puji lah Application Bloggeroid. Sekian dan selamat tinggal :(

Hari ketiga mencabar tau tak. Doktor round pagi-pagi decide untuk buat Laparoskopi tebuk perut I. Ohmaiii! Ianya adalah sejenis operation ye. So I kena mula puasa. Meal terakhir yang I jamah ialah dinner hospital jam 6.00 pm. Kejam. Pagi terus tak boleh breakfast dan minum. Paling kejam, jam 2.00 pm baru dimasukkan drip air. Bayangkan rasa nak pengsan menghantui diri dan I dengan gagahnya bertahan tak makan minum selama 27 jam. U ols ada??? I diberitahu yang operation tak jadi hari itu dan akan dibawa nama I keesokan harinya. Terima kasih doktor. Bolehlah I melantak.

Terima kasih Hafizi sebab tunggu I selama 7 jam. Dari panas terik sampai hujan lebat. Dari tengahari rembang sampai ke gelap malam. Tabahnya u... Terharu tau! Terima kasih sebab bawakan makanan untuk I yang lapar gile. U nampak kan I pening macam dah nak gila silap-silap I harus kena refer ke psychiatric ward sebab lapar sangat. Thanx again!

Thursday, November 22, 2012

Peminat Tegar WanieSamani Kah3

Selamat pagi! Sungguh tak best tidur hospital sekejap je lelap kena kejut makan ubat la check perut la. Pastu ada orang call la ajak sembang (eh, ini kes lain hahaha). Serius, lampu terang dengan kipas perlahan adalah kombinasi yang bagus untuk memperbanyakkan peluh dan membuatkan diri anda 'belunyak' (bahasa Nismilan belajar dari Sapik).

Terima kasih kepada yang datang melawat. Lagi-lagi kepada peminat tegar I. Sungguh rajin datang melawat bawak majalah la air Milo la berborak dengan Cik Din la. Dan beliau rajin juga tolong bawak saudara-mara I datang wad. Kalau I discharge nanti jangan lupa tolong bawak I balik ok. Thank you in advance ye Hafizi.






posted from Bloggeroid

Wednesday, November 21, 2012

Apa Kesudahannya?

I masih stuck dekat wad 8B ye. Kali ni lain kes pulak. Supposedly I kena scope pagi ni tapi cancel pulak sebab perut I tak pedih dekat tengah-tengah. Sakit tu dekat tepi sahaja. So, diorang punya Head of Department cakap tak perlu endoskopi.

Lain pulak cerita yang timbul. SOPD akan refer I pada O&G pulak kiranya Gynae akan check I jugak. Ya Allah, makin takut lah hambaMu ini. To be honest, I dont want another night :( Mama pun dah habis cuti. Memang lah SiDia ada boleh teman tapi I tak suka warded. Tidur pun tak tenang. Selalu kena kejut. Erghhhhh....

Semoga dipermudahkan segalanya.. I rindu rumah, katil dan bebaju I dalam almari. I taknak baju hijau ni. I taknak kencing dalam bekas seperti gambar dibawah ye.. I rindukan juga toilet rumah I. Harap dapat discharge secepat mungkin.
P/s : teruknya presentation post I, kelam kabut sebab guna phone je nanti nak edit balik dekat PC.

Tuesday, November 20, 2012

2 Kali Setahun


Sejarah ni 2 kali I masuk Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dalam tahun yang sama iaitu Tahun 2012. Pertama kali masuk sebab urusan keguguran dan merasa jugaklah I tidur wad 2A selama 3 malam due to bleeding yang tak berhenti dan banyak. Di'vaginal scan' ajelah diriku ini. Dicucuk, drip air semualah kiranya I rasa. Sakit. Mujur tak masuk OT untuk buat D&C huhuhu.

Kali kedua I masuk wad 8B ni sebab kesakitan melampau pada perut bahagian kanan. Ingatkan amik darah je dan ultrasound biasa-biasa rupanya kena jugak masuk ward. Kena jugak puasa... I'm on antibiotic now, I've done with ultrasound and no sifnificant findings inside my problematic area and tomorrow I have to go through another procedure. Teropong! Adehhhh I seram sejuk ni nak masuk camera... Camera! Dalam tekak. Kalo masukkan cokelat ke ciskek ke mesti I happy :(


Monday, November 19, 2012

Janji Allah Itu Pasti

Terima kasih pada insan-insan yang pernah hadir membahagiakan I. Terima kasih juga kerana memberi sepenuh dan seluruh kebaikan pada diri yang tak sempurna ini. Terima kasih kepada janji-janji yang telah berjaya dimungkiri. Terima kasih atas segala kepalsuan yang selama ini I sanjung. Terima kasih Allah sebab memberi peluang kepada mereka untuk menyedarkanku.

Percayalah.. Janji Allah itu pasti. Dia yang nengizinkan segalanya berlaku. Segala kebaikan dan keburukan, dari Allah jualah keizinan itu. Dugaan datang silih berganti. Kadang kita dibawah, kadang kita gah berada diatas dan memijak orang dibawah kita.

Ye, harini I jatuh kerana lelaki TETAPI, kerana Allah I bangkit semula. Segalanya hampir jelas sekarang. Bukan mengharap pada yang tak sudi cuma... Berharap pada yang tak pasti.

I nampak, dengan mata sendiri akan kebahagiaan itu. Terima kasih sebab I dekat sini masih mengharap sesuatu yang belum dilangsaikan. Sampai ke hujung nyawa segala keperitan ini akan I ingat dan seluruh keluarga itu takkan hilang dari kotak ingatan. Insya Allah, I maafkan atas segala apa yang terjadi. Jangan pernah terlupa, segala janji kenangan manis yang pernah dibuat. Bukan mengungkit cuma mengingatkan. Semoga Allah jua yang memberi balasan..

Selamat Pengantin Baru, Shafik!


Sapik pun dah kawen. Meriahnya majlis ko ramai kawan-kawan datang walaupun dalam hujan. Dengar cerita ko demam ye. Get well soon! Everything running smooth except for the rain. Tapi still, semua orang sangat enjoy the wedding.

I suka warna tema Sapik ni. Merah menyala my favourite jugak. Dari kad kawin sampai ke baju family semuanya merah, I loike! Sekarang tiba-tiba I terngiang lagu Senja Nan Merah dekat tepi telinga belah kanan :)

Apa-apa pun, selamat pengantin baru Shafik dan isteri. Semoga dipermudahkan segala jalan untuk korang berdua. Semoga berkasih sayang sampai ke syurga. Semoga dikurniakan zuriat yang beriman dan soleh belaka. Semoga mendapat rahmat Allah sampai bila-bila. Ameeeennnnn.

Yang Hafizi ni kenapa pakai baju sama warna dengan I?? Spekulasi.. Spekulasi...


Friday, November 16, 2012

Sangat Suka Applikasi Blogger Di Telefon Pintar

Mudah, menjimatkan masa dan boleh diakses dimana-mana selagi ada talian Internet. Fuh! Memang telepon pintar ni canggih. Boleh install apps Blogger dan I boleh menulis blog bila-bila masa. It comes in me.. Suka beli buku-buku nota dan membebel ala-ala diari. Sekarang, semua dekat hujung jari. Best...


This is what I really want. Having this apps in my phone rather than I have to sit in front of the laptop and wait for the Internet connection that usually I cant get through and suddenly it shut by itself (aiyoo sangat berhantu ini Fujitsu).


Oppa Redang Style by Waniesamani

Kelip mata! 
Itu bukan I tidur ok. Masa snap tu mata berkelip. Hahaha. Tengok-tengok balik gambar ni sah terror I menyelam kan. Walaupun I memang takut dengan air. Kena paksa lah, kalau tak memang tak teringin nak menyelam dengan air masin masuk ke peparu dalam kuantiti yang banyak. Dah try ketagih pulak tu. Tapi mahal sangat gambar ni, kalau tak memang banyak lagi aksi-aksi terlampau dari kitorang.

Laguna Redang Resort memang terbaik la. Tak sia-sia pegi, murah pulak tu masa offer kitorang beli. Kalau ada lagi memang nak pegi lagi. Bilik best, makanan best, layanan best, bot best (paling penting sebab I kan memang gerunkan air ngahahaha), laut best dan resort tu memang sangat best

Macam biasa lah pergi dengan Wondergirls. Backpackers, naik bus, tidur masjid dan sangat survival kami yer. I suka trip macam ni, suka-suki je nak naik ape, bebas jalan, tak ramai kepala dan semuanya gila-gila. More to come! Selepas Perhentian, Singapore, Kota Kinabalu dan Redang lepas ni mesti ada trip lain punya. Aktiviti tahunan lah katakan. Apa? Dengar hari tu Hajar sebut Bandung, Indonesia ek????

Nak edit gambar dulu baru post entri pasal Redang ye :)

Hari Letih!

Repair aircond dekat Seremban, cuci silver dekat Terminal One, beli Solex dekat Semua House, cari baju dekat Jakel Jalan TAR, cari tudung dekat Jalan TAR, main ice skating dekat Sunway Pyramid dan makan malam di Asia Cafe. 3 negeri dalam satu hari ye... Macam mana? Letih ke tidak? Alhamdulillah cuaca ok, traffic pun tak heavy. Semuanya lancar kecuali kaki kitorang yang JAMMED!

Memang dah sangat penat cari tudung untuk match dengan baju warna belacan. Lepas tu layan ice skating yang buat kaki lagi nak tercabut tu. Buat-buat lepas gian lah katakan. Dah lama simpan bakat terpendam. I dah bertahun tak sarung ice skate punye kasut tu tapi nasib baik boleh skate lagi. Walaupun seram. Ada lah orang tu tersungkur tapi I maintain.. Ho yeah!

Puas hari ni ye dapat semua yang dihajati kiranya schedule harini on time. Semuanya dapat dibuat dan semua yang diidam termakbul. Takdelah anak dalam kandungan meleleh air liur ahahaha istilah orang mengandung. Kesimpulan yang kedua ialah Cuti Umum pada hari ini telah dimanfaatkan sepenuhnya. I'm getting my life back! Insya Allah.

Apa-apa pun, Selamat ulangbulan! I wish u dulu yer sebab u pun tak ingat :D

Best!

Wednesday, November 14, 2012

Leez Dah Kawen!

Still teringat lagi dalam kepala kenangan dengan Leez. Mula cerita pun I dah nak nanges. 3 tahun share macam-macam dengan Leez. Serumah, sekereta, sepinggan, seperiuk, sebiskut dan segala-galanya lah. Size doesnt matter! Tapi kita tetap ngam. Budak ni kecik je tapi hati besor. I banyak backup dia, dia banyak backup I. Through thick or thin, through right or wrong.. Rindunya zaman itu...

Waktu I jatuh sememangnya Leez yang ada. Waktu I susah sememangnya Leez yang happykan I. Waktu I happy, Leez orang pertama akan tau. Kita kan lelaki :) Hahahaha

Segan nak cakap depan-depan Leez tapi... Ini ucapan Kak Baby pada Normama ok...

Semoga Leez berbahagia sampai ke syurga dengan suami yang tercinta. Kesabaran itu sangat penting dalam perhubungan suami-isteri. Dulu solo sekarang dah berdua kena banyak-banyak sangat tolak ansur. Belajar dari kesilapan orang-orang yang terdahulu. Jangan ulang perkara yang sama. Kena bersedia dengan apa-apa juga yang mendatang. Syurga isteri pada suami... Kena taat suami selalu. Insya Allah, selamat hidup dan rumahtangga kita. Cepat-cepat dapatkan baby yang comel sebagai penguat kasih sayang dan kebahagiaan perkahwinan Leez dan Ad. Kak Wanie doakan dari jauh semoga Leez selalu dalam lindungan Allah. Tak pernah cakap dekat Leez tapi Kak Wanie sayangkan Leez macam adik beradik sendiri. Kak Wanie pun taknak sesiapa sakitkan Leez. Terima kasih sebab Leez selalu sabar dengan apa-apa yang orang cakap pasal Kak Wanie, Leez selalu sabar dengan dugaan yang Kak Wanie terpaksa terima. Pengorbanan dan kebaikan Leez tu semua hanya Allah yang dapat balas. Jangan pernah putus untuk kita berhubung. Kak Wanie tak mungkin dapat jumpa lagi teman paling rapat macam Leez. Jangan lupakan Kak Wanie ye...

She might not reading this but I always pray for her happiness in life and Hereafter. May Allah protect her always as she always protect me from anything that can pulled me down. 

Selamat Pengantin Baru, Leez & Ad 
Yes! Yang dekat atas ni semua geng-geng kitorang dekat UiTM Segamat :) Leez nampak lain sangat time ni. Cantik! Maintain cun selalu ok. Lepas ni turn siapa ye?


Anugerah VS Pengajaran

"Berapa orang yang datang dalam hidupmu sebagai anugerah dan berapa orang yang datang dalam hidupmu sebagai pengajaran..."

Kata-kata diambil dari Twitter ni tiba-tiba cucuk-cucuk dekat jantung I. memang tak dinafikan kita ramai berkawan tak kiralah kawan belajar ke kawan kerja ke kawan dari kecik ke kawan yang jadi boyfriend dan kawan yang jadi teman hidup ke macam-macam lagi.

Adakah mereka anugerah ataupun pengajaran?

Tak semestinya dah kenal 20 tahun kita kenal siapa kawan kita itu ye. Yang kenal kita cuma ibubapa kita je. Arghhhh Sememangnya I stress sangat sangat sangat sangat lately dengan orang-orang yang tak pernah nak support untuk naikkan confidence level orang terdekat. Lagi dijatuhkan tu buat ape ye. 

Siapa makan cili dia rasa pedas :) I bersyukur dengan semua yang I dapat harini. Terima kasih kepada Encik Pembakar Semangat yang telah berjaya mengubah kesedihan I sikit-sikit jadi kegembiraan yang melampau-lampau. Jom menari!

Azam Tahun Baru 1434 Hijrah

Insya Allah... Esok seluruh umat Islam akan menyambut kehadiran tahun baru Hijrah. Yang dikejar orang, hanyalah Cuti Umum tapi maksud tersirat sebalik Awal Muharram tu disambil lewakan. Sama je orang yang menulis ni pun. Pada mula memang I blur sangat kenapa minggu ni ade 2 kali cuti and I dont even expect its all about Diwali celebration and Awal Muharram. Owhhhhh.. azam baru! macam biasa lah I dah list down awal-awal azam tahun baru ni semoga diperkenankan Allah.

POSITIF!

Dari segi macam-macam ok. Mula dari awal pagi sampai pejam mata untuk tidur. Semuanya kena positif. Hubungan dengan Allah kena jaga, hubungan dengan keluarga, hubungan dengan orang-orang yang rapat dengan kita, hubungan dengan punca rezeki kita. Eh semualah kena jaga. Paling penting jugak, jaga hati sendiri. Susah nak puas kan hati semua orang ye.

Kalo ikutkan wishlist tahun baru I memang macam-macam ada! Nak kurus, nak datang opis awal, nak simpan duit, nak jimat cermat, nak sambung belajar, nak beli kereta baru, nak kerja baru, nak suami baru (perlu ke?), nak bahagia... Dapat ke aku kebahagiaan itu? Insya Allah... baby, I hope you are reading this :) Muahaha baby celah mana?


Sunday, November 11, 2012

Kenapa Sekuntum?

Ye... I pun sendiri tanya pada diri kenapa waniesekuntum.blogspot.com jadi pilihan hati? Banyak sangat maksudnya. Bukan double meaning lagi dah. Kalau tulis blog memang untuk syok sendiri pun. Even blog yang banyak tutorial pun ayat syok sendiri kan jadi I tak kisah la orang nak kata I merepek ke mencarut ke melalut ke sebab ni kan blog I. Kalau U nak condemn ke complaint ke please Sir/Madam, proceed to your own blog :) senang gitu... Actually, I memang ada rasa sedih sikit sebab kena tinggalkan blog lama tu. Entri kedua masih ungkit pasal blog lama? See, how much I love it.

Paling sedih ada request dari kawan lama yang suka baca blog lama I (gilelah ayat syok sendiri kaw2 punye ni!). Sorry my dear friend, I memang terpaksa lah develop blog baru ni. Yes, I memang suka menulis. Yes, I memang banyak cakap, banyak benda nak cerita. I cubalah groomkan blog ni pulak ye. Nafsu menulis memang selalu ada. Cuma kesempatan masa yang men'cumbui' I untuk mengadap laptop

Banyak sangat story menarik yang I dah terlepas nak bercerita. Yang pasti semua kisah hati, kisah bahagia, kisah cinta antara I dan family serta kawan-kawan rapat yang tersayang. Tapi, header blog sini pun kelam kabut lagilah. Serius idea I belum mari lagi nak design apa-apa bentuk header. Marilahhhhhh.. Semak samun mata I tengok header gitu. Erghhhhh!~

Harapan pada blog baru, semua cerita-cerita indah sahaja yang akan menghiasai.. I nak move on! Taknak stuck pada benda atau orang yang menjatuhkan I. Pandang keliling kiri kanan depan belakang kadang-kadang orang yang rasa dirinya rapat dengan kitalah yang selalu mengecikkan hati kita. Dengan hidup dan cinta baru sekarang I rasa tak salah nak bagi peluang pada diri untuk melenyapkan perkara-perkara yang TAK PENTING langsung pada I.. 

Akan bersambung lagi... Gambar di bawah menunjukkan kaki size 10 yang cuba melangkah ke hadapan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampailah ke destinasi yang I dah rancang tapi hanya Allah yang akan tentukan Qada dan Qadarnya... Amin.


Friday, November 2, 2012

Entri Pertama

Assalamualaikum wbt

Dengan rasminya I dah tutup Ruang Kosong Pengubat Jiwa atas sebab dan alasan yang tak dapat dielakkan lagi. Barang yang lepas jangan dikenang bak kata orang tua.

Blog baru ni dengan Wanie yang baru, dengan hidup yang baru, dengan jiwa yang baru memang I takkan pandang belakang lagi :D

Arghhhh! Sumpah I memang tak sabar nak buat macam-macam post ni! Ape-ape pun... SELAMAT DATANG BELOG BARU! I happy sangat ni :)