Terima kasih pada insan-insan yang pernah hadir membahagiakan I. Terima kasih juga kerana memberi sepenuh dan seluruh kebaikan pada diri yang tak sempurna ini. Terima kasih kepada janji-janji yang telah berjaya dimungkiri. Terima kasih atas segala kepalsuan yang selama ini I sanjung. Terima kasih Allah sebab memberi peluang kepada mereka untuk menyedarkanku.
Percayalah.. Janji Allah itu pasti. Dia yang nengizinkan segalanya berlaku. Segala kebaikan dan keburukan, dari Allah jualah keizinan itu. Dugaan datang silih berganti. Kadang kita dibawah, kadang kita gah berada diatas dan memijak orang dibawah kita.
Ye, harini I jatuh kerana lelaki TETAPI, kerana Allah I bangkit semula. Segalanya hampir jelas sekarang. Bukan mengharap pada yang tak sudi cuma... Berharap pada yang tak pasti.
I nampak, dengan mata sendiri akan kebahagiaan itu. Terima kasih sebab I dekat sini masih mengharap sesuatu yang belum dilangsaikan. Sampai ke hujung nyawa segala keperitan ini akan I ingat dan seluruh keluarga itu takkan hilang dari kotak ingatan. Insya Allah, I maafkan atas segala apa yang terjadi. Jangan pernah terlupa, segala janji kenangan manis yang pernah dibuat. Bukan mengungkit cuma mengingatkan. Semoga Allah jua yang memberi balasan..
No comments:
Post a Comment