Alhamdulillah! Pembedahan berjalan lancar. Masa mula-mula nak tukar uniform memang rasa seram sejuk bayangkan perut nak kena tebuk. Dahlah ada menses. Bayangkan macam mana keadaan I masa tu.
Ye memang I dah bersedia dari semalamnya untuk dibedah tapi takde panggilan. Postponed ke hari Jumaat. Berkat hari Jumaat kata orang. I ditolak ke OT Room jam 12.30 noon. Masa tu Allah je tau perasaan I. Mama dapat hantar sampai luar je dekat tingkat 3. Dapat jugak tengok muka Mama sebelum masuk OT Room. I lap u, Ma!
Masuk dalam OT Room terus aku rasa macam cerita House. Sebab ramai pakai macam biru Smurfs ada shower cap. Hahaha. Sebenarnya nak tenangkan diri. Pakar bius mula kerumun I tanye macam-macam la pasal asthma la berat badan dan tinggi. Selesai semua tandatangan pasal bius terus katil ditolak ke dalam Bilik Bedah. Jeng jeng jenggggg!
Hoiiii bila dah dalam bilik tu... Lagi berdebar dan cemas dan bla bla bla tak tau nak kata apa. Diselak-selak baju I nak lekatkan ECG punye lekat tu lepas tu dibagi oxygen suruh bernafas. Benda terakhir yang I ingat pakar bius kata suruh I buka mata dan pesanan dia, "saya nak suntik pelali ni pedih sikit ye Sazwani..." bukan pedih sikit dah ni pedih banyak...! Lepas tu I terus padam -_- Bye bye dunia untuk seketika....
No comments:
Post a Comment