Sedih! Kenapa ending cerita I boleh menangis? Tolonglah... I terlampau sesangat menjiwai jadi Bella kot. Over betul. Tapi memang sungguh sedih dan I nangis betul masa dia recall balik macam mana Bella dengan Edward mula kenal sampai Bella sanggup berkorban jadi Vampire sebab nak hidup selamanya dengan Edward. Serius, I sedih gile... Ada ke orang akan sayang I sampai macam tu.
Hari keempat lepas operate I dah berjaya menjejakkan kaki ke Saloon Strawberry untuk cuci dan treatment rambut. Tak boleh tahannnnn. Lepas tu ada hati nak makan spegeti, SiDia jugak tukang habiskan. Tak lalu lah.. Makan pun sebab nak isi perut makan ubat sahaja.
Lepas makan cuba-cuba je tengok show dekat TGV. Yes! Ada pun Twilight dan tanpa ragu-ragu terus sambar couple seat. Ohmaiiiii! I memang suka Twilight ok dan I paling marah orang tanya-tanya I masa I tengah khusyuk tengok. Arghhhhh! I need to focus! Sorry u.. I marah manje je ok no heart feeling :) Tapi memang best ada laki macam Edward dahlah cool mungkin sebab dia pun kategori cold-blooded hehehe. Relax gila ok. Dan sangat sayang bini dengan anak. Yang paling I terharu pasal cerita Twilight ni ialah macam mana Edward tu pertahan jugak si Bella ngok ngek yang gatal kejap layan Edward la Jacob la Edward la Jacob la pendirian tak tetap langsung and obviously it against my integrity in a relationship. Wahhh! Tegas katanya. Whatever it is nasib baik Renesmee bukan immortal child dan Bella dah jadi vampire yang kuat!
P.s. Terasa pulak diri ini Bella. Oh, Edward!
No comments:
Post a Comment