Kelip mata! |
Itu bukan I tidur ok. Masa snap tu mata berkelip. Hahaha. Tengok-tengok balik gambar ni sah terror I menyelam kan. Walaupun I memang takut dengan air. Kena paksa lah, kalau tak memang tak teringin nak menyelam dengan air masin masuk ke peparu dalam kuantiti yang banyak. Dah try ketagih pulak tu. Tapi mahal sangat gambar ni, kalau tak memang banyak lagi aksi-aksi terlampau dari kitorang.
Laguna Redang Resort memang terbaik la. Tak sia-sia pegi, murah pulak tu masa offer kitorang beli. Kalau ada lagi memang nak pegi lagi. Bilik best, makanan best, layanan best, bot best (paling penting sebab I kan memang gerunkan air ngahahaha), laut best dan resort tu memang sangat best!
Macam biasa lah pergi dengan Wondergirls. Backpackers, naik bus, tidur masjid dan sangat survival kami yer. I suka trip macam ni, suka-suki je nak naik ape, bebas jalan, tak ramai kepala dan semuanya gila-gila. More to come! Selepas Perhentian, Singapore, Kota Kinabalu dan Redang lepas ni mesti ada trip lain punya. Aktiviti tahunan lah katakan. Apa? Dengar hari tu Hajar sebut Bandung, Indonesia ek????
Nak edit gambar dulu baru post entri pasal Redang ye :)
No comments:
Post a Comment