Nuffnang Ads

Sunday, November 11, 2012

Kenapa Sekuntum?

Ye... I pun sendiri tanya pada diri kenapa waniesekuntum.blogspot.com jadi pilihan hati? Banyak sangat maksudnya. Bukan double meaning lagi dah. Kalau tulis blog memang untuk syok sendiri pun. Even blog yang banyak tutorial pun ayat syok sendiri kan jadi I tak kisah la orang nak kata I merepek ke mencarut ke melalut ke sebab ni kan blog I. Kalau U nak condemn ke complaint ke please Sir/Madam, proceed to your own blog :) senang gitu... Actually, I memang ada rasa sedih sikit sebab kena tinggalkan blog lama tu. Entri kedua masih ungkit pasal blog lama? See, how much I love it.

Paling sedih ada request dari kawan lama yang suka baca blog lama I (gilelah ayat syok sendiri kaw2 punye ni!). Sorry my dear friend, I memang terpaksa lah develop blog baru ni. Yes, I memang suka menulis. Yes, I memang banyak cakap, banyak benda nak cerita. I cubalah groomkan blog ni pulak ye. Nafsu menulis memang selalu ada. Cuma kesempatan masa yang men'cumbui' I untuk mengadap laptop

Banyak sangat story menarik yang I dah terlepas nak bercerita. Yang pasti semua kisah hati, kisah bahagia, kisah cinta antara I dan family serta kawan-kawan rapat yang tersayang. Tapi, header blog sini pun kelam kabut lagilah. Serius idea I belum mari lagi nak design apa-apa bentuk header. Marilahhhhhh.. Semak samun mata I tengok header gitu. Erghhhhh!~

Harapan pada blog baru, semua cerita-cerita indah sahaja yang akan menghiasai.. I nak move on! Taknak stuck pada benda atau orang yang menjatuhkan I. Pandang keliling kiri kanan depan belakang kadang-kadang orang yang rasa dirinya rapat dengan kitalah yang selalu mengecikkan hati kita. Dengan hidup dan cinta baru sekarang I rasa tak salah nak bagi peluang pada diri untuk melenyapkan perkara-perkara yang TAK PENTING langsung pada I.. 

Akan bersambung lagi... Gambar di bawah menunjukkan kaki size 10 yang cuba melangkah ke hadapan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampailah ke destinasi yang I dah rancang tapi hanya Allah yang akan tentukan Qada dan Qadarnya... Amin.


No comments:

Post a Comment