Alhamdulillah syukur ke hadratMu Ya Allah di hari keenam dah bolehlah hambaMu ini pulang ke rumah. I dah boleh berjalan dan buat semuanya sendiri maknanya I dah recover sikit demi sikit. Punyalah bahagia rasa setelah 6 hari pakai uniform hijau sekarang I boleh balik dan beraktiviti bebas.
Doktor dah buka plaster tempat jahitan bawah pusat dan dah buat dressing semuanya ok dan bubuh plastik lain. Bila doktor round di wad pun siap bagitau yang tengok pun dah ok. I dibekalkan MC lagi seminggu, temujanji berjumpa gynae pada Januari 2013 dan ubatan yang perlu dihabiskan atas nasihat doktor. Lega! Akak nurse cakap tengahari boleh discharge. Terus call SiDia dan minta datang takut Mama lambat sebab dari KL.
Semua urusan discharge selesai dengan mudahnya. Sebelum balik sempat Hafizi tolak I ke Wad 1A untuk melawat Suni yang baru check in. Alhamdulillah.. Masa blog ni I tengah tulis Suni dan Epul dah pun dapat baby boy dengan kaedah Caesarian.
Agak-agak lepas ni banyak lagi ke I tulis belog? Dalam wad dah tentu arah bosan. Kalau diluar I banyak aktiviti hehehe TQ peminat tegar yang selalu baca apa yang I update :)
No comments:
Post a Comment