Marilah memohon |
Antara syarat permohonan ialah berumur 21 tahun hingga 30 tahun sahaja. Tahun ni I akan masuk 31 tahun. Maknanya umur I masih relevan untuk memohon pakej ni? Mengikut carian dan bacaan di Google, selagi belum masuk umur 31 tahun masih boleh memohon. Sebelum ni I tak tau pun hal ni. Nampak tak sangat I anti-social dan tak mengikuti hal-hal semasa. I masih layak juga sebab pendapatan yang kurang dari RM3000. Cuma ada satu masalah....
Perihal telefon pula, adakah ianya dibolehkan untuk semua smartphone? Mengikut syarat kelayakannya telefon yang berharga RM500 kebawah sahaja dan senarai telefonnya... agak menghampakan. Tapi desas-desus mengatakan yang syarat itu dimansuhkan dan apa-apa model smartphone dibolehkan menggunakan rebat ini. Satu lagi berita gembira! I melepasi semua syarat-syarat tersebut. Satu benda yang tak dapat dielakkan, dimana akan ku cekau duit untuk membayar harga selebihnya. Hahahaha.
Samsung Galaxy Note dah sembuh. Tempat nak charge rupanya yang rosak. Terima kasih SiDia kerana bersungguh-sungguh membawa telefon itu ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Agak RM80 juga kos perubatan. Asalkan boleh di'charge' semula dah bersyukur. Patah tangan I pun dah sembuh sekarang cuma tangan SiDia yang kebas-kebas sebab kena bayarkan. Hihihi! Kesimpulannya disini, I masih bertahan dengan Samsung Galaxy Note dan masih elok condition telefon itu. Boleh berbelog lagi menggunakan telefon! Satu perihal telefon I, Selama berbulan juga I tak tau yang langganan data I adalah sebanyak 5G walhal selama ni I berjimat-jimat dengan data hanya 3G sahaja. Eishhhhhhhhhhh!!~
No comments:
Post a Comment