Kakak & Adik |
Cuma menzahirkan perasaan rindu nak ada adik perempuan lagi. I cuma ada seorang adik lelaki dan lain rasanya bila ada adik perempuan. Antara Kakak dan Adik, I memang lebih rapat dengan Kakak. Mungkin sebab nasib kami serupa. Kakak tak pernah dapat kasih sayang seorang kakak dan I sendiri tak pernah merasa macam mana ada adik perempuan.
Tak ada rezeki untuk bersama dalam tempoh masa yang lama. Sekejap saja Allah bagi nikmat itu. Kadang hati terbeban rasa menanggung rindu nak berbual bersama, berkongsi pengalaman dan memberi pendapat antara satu sama lain. Selalunya dengan Kakak. Lebih manja dengan I. Adik tak banyak cakap sangat tapi dia pelajar pintar. Kakak sangat rajin, mulia hatinya, lemah lembut dan tinggi ciri-ciri gadis Melayunya. Sopan santun tutur kata dan sangat menghormati orang yang lebih tua. Perfect, pandai memasak dan mengemas. Bila tiba Hari Raya memang bersungguh Kakak memberi yang terbaik untuk seluruh ahli keluarga. Bukan memberi pujian tapi sesungguhnya begitu sifat Kakak.. Semoga Kakak dapat apa yang Kakak cita-citakan selama ni.
I jarang berbual dengan Adik. Cuma I tau dia pelajar yang pandai. Dan agak manja dengan Kakak. Semoga segala impian Adik tercapai hendaknya. Sedar tak sedar, tahun ni Insya Allah Adik akan fly ke Jepun melanjutkan pelajaran. Adakah Adik akan bawa balik pakwe Jepun :)
I dah beri apa yang termampu dan sekiranya ada kekurangan mungkin I belum dapat jadi kakak yang baik kepada adik-adik perempuan I. Bergenang airmata ketika menaip entri ini... Sesungguhnya I sangat rindu dengan Kakak.
No comments:
Post a Comment