Nuffnang Ads

Tuesday, January 8, 2013

Potluck Di Dataran Putrajaya

Seronok dapat berjumpa, berkumpul dan makan-makan dengan Am, Kak CT, Fea, Kak Ton, Kak Ziela dan Wahid. Lama tak jumpa diorang semua. Kali ni idea Am yang nak bawak anak-anak ke Dataran Putrajaya. Yang lain-lain pun nak join. I pun dapat tau last minute. Terus pujuk SiDia tak sangka SiDia willing to join potluck kami. Pertama kali kenalkan SiDia dengan kawan-kawan Forum HA yang selama ni hanya bergosip dalam whatsapp. Hihihi.

Makan-makan sedap yang kitorang melantak ialah sate, mihun goreng, kek cokelat, jajan-jajan, nugget, jelly dan air teh. Cukup semuanya siap ada berlebih. Malam tu memang malam kami. Alhamdulillah tak hujan. Padahal petang dah hujan lebat gila ok! On the way pun hujan jugak. Sampai tempat kejadian legaaaaaaaaaaa... Macam biasa aktiviti kalau jumpa masing-masing mesti buat lawak dan gelak besar, bergambar tak ingat dunia, berbincang hal TTC dan mengeluarkan gosip-gosip suam. Budak-budak sibuk berlari-lari, main basikal dan lampu-lampu. Ayah-ayah pula sibuk melayan anak. SiDia pun sibuk melayan Adam sebab PapaDam tak dapat datang. Syabas Pak Teh! Memang ada gaya gitu...

Tak sabar nak tunggu Abang Rockstar, suami Kak CT untuk upload gambar gojez kami yang confident orang tak meluat masa berposing gila. Lama tak jumpa lah katakan. Ada je gambar dari henpon canggih je tapi macam biasa malam kan, gambar pun tak berapa canggih tapi nak tepek jugak sini.

Putrajaya
'Frens Forever' kata kek tu :)
Tema skirt
Comel-comel mereka ni
Selepas kekenyangan
Dah macam anak beranak kome ni

No comments:

Post a Comment