Nuffnang Ads

Tuesday, January 1, 2013

Jom Usha Marka Penang

Berdebar rasa nak ke Penang. Satu hapah jalan tak tau. Redah je! Again, thanx Waze for the good application ever. Very helpful. Especially when it comes to the 'recalculating route' which means you've following the wrong route and proceeded to the highlighted route, as usual. Masuk pulau je RM7.70? What de fish. Nasib masuk je keluar free hehe. Tak mau banyak sembang pasai Penang ni mai layan segambaq dua ajalah...

Hari 1 : Sampai-sampai terus ada orang tu ajak I pekena Nasi Kandar Line Clear. Makan time! Then berjalan sampai ke Batu Feringgi. Ala, malam tak dapat tengok view laut. Bukan main best kitorang layan Night Market dekat sini. Panjang tau. Dapat sambar tulisan cina hehe.

Berkobar-kobar SiDia nak makan ni
Keadaan dalam gerai ye
Sazwani - Hafizi : Dalam Bahasa Cina :D
Hari 2 : Lunch dekat Restoran Kapitan. Marvellous! Sedap habaq ang... Perut kenyang terus panjat Penang Hill. Wow, tram dah baru bukan yang semput lagi. Nice. Kami sempat menghabiskan duit dekat Gurney Plaza sebelum makan pasembor, sotong kangkung dan charkuetiau dekat Padang Kota Lama. Terasa di sorga :) Ada orang tu seram naik Jambatan Pulau Pinang. Sweetnye. Dah besar gajah pun u... 

U tangkap ke I ek? Claim.. haha
Too bad... tak sempat makan ni... Malam sahaja
Keadaan meja sebelum mencekik Nasi Beriyani Claypot. Selepas? Jangan tanya
See?! Tram baru tau
Abang gagah????
Owch nampak pulak picture of me and Mama tu :)
Hari 3 : Hari terakhir layan cuci mata dekat Komtar dan Perangin Mall itupun sebab nak bayar parking 40 sen. Tak dapat pergi Tokong Ular pun sebab proceed ke Batu Feringgi semula dan rock along the Hard Rock Hotel. Snap gambar dan beli dan belah. Singgah pantai melayan nafsu SiDia membuak nak naik jet ski dan parasailing tapi terbantut. I tak bersedia! Help. Sebelum chow dari Penang, pekena Nasi Beriyani Ayam Tandoori last kopek dekat Restoran Kapitan lagi. Yahoooooo~ Kenapa macam ketagih ek? Menyesal ok tak try Susu Badam heeeeeee.

Yay! Bila nak stay sini pulak ye?
Greng.. greng...
Layan sunset dekat Batu Feringgi :) Subhanallah
Dah mai la kita balik naaaaa... Selamat sampai di Seremban jam 2.30 am. Fuh, mengantuk tak ingat dunia. Destinasi seterusnya ialah Pulau Langkawi dengan Mama, Ayah dan Adik. More pictures to come! 

Terowong Menora... Bye bye north!
P.s. Ini bukan seperti travelog orang lain ye. Tah macam mana nak susun ayat dan gambar I pun tak tau. Ikut suka suki asalkan diri sendiri faham :)

No comments:

Post a Comment