Don't get me wrong. Kali ni bukan dengan kawan-kawan forum. Potluck kali ni ialah anjuran rakan-rakan rapat since sekolah rendah dan menengah dan sampai dah beranak pinak. Kami semua kawan rapat yang sekelas sampai habis SPM. Tapi dah lama tak jumpa sesama sendiri. Mesti banyak cerita keluar bila berjumpa Zaila, Wan Fazrina, Haza, Ayu, Fendi dan pasangan masing-masing, tak lupa juga anak-anak mereka kecuali Wan dan Fendi yang masih belum berkahwin. Sama status kita kan. Hihihi
Zaila dan suami, Yusri confirm akan bawa Hani dan Hadif dan menu popianya. Wawan datang lone ranger dan bawa spaghetti. Ayu, suami dan anak-anak khabarnya bawa menu kek cokelat. Tuan rumah, Haza dan Ajip menyediakan air, ruang makan, gosip-gosip dan gelak-gelak di samping merakam moment, which, I think that is the best part in meeting friends when u can save your memory and smile to yourself when u click on the folder "Gather rumah Haza" (Imaginasi yang tinggi perlu ye dalam penulisan belog). I dengan yakinnya akan bawa Ayam Rasamas untuk 8 ke 10 orang makan. Yeahuuuuu! Fendi, kadar kehadiran adalah 50-50 kerana sebelum belayar banyak kerja katanya. Takpe Fen, hope u can make it.
Makan tahun juga I tak jumpa rakan-rakan sekolah I ni. Mesti banyak cerita. Macam mana la rupa dan bentuk badan mereka sekarang. Oh rindunya! Semuanye bermula dengan perkahwinan adik kepada Zaila. Hanya I sorang yang datang ke majlis tu, of course with him. Bermula dari tu dapat lah idea mereka nak buat potluck cum gathering cum reunion cum cum cum cum. Yang pasti, banyak moment akan di'capture'! Dan meriah dengan kanak-kanak berlarian. Serius... indah.... Nantikan gambar-gambar ok :)
No comments:
Post a Comment