Macam bagus je 
title atas tu. 
Frankly, I tak pernah sampai ke 
Jitra. Pertama kali ni. Atas undangan perkahwinan Hotguy barulah I sampai ke 
Jitra. Tipulah kalau tak sesat ye. Sekali lagi, terima kasih 
Waze jadi penunjuk arah yang bagus. Ohmaiiiii! Siapa suruh bangun lambat. Dahlah nak ke 
Jitra. Lebih kurang jam 8.00 am kami keluar rumah dan perjalanan dimulakan dengan lafaz Bismillah.
  | 
| R&R mana tah lupa pulak :D | 
 
Budget masa dalam 6 ke 7 jam kami sampailah depan rumah Hotguy. Siap berhenti Dengkil untuk breakfast. Dan beberapa hentian lagi yang I tak ingat. Berhenti sekali pakai mekap, lagi sekali isi fuel dan tukar baju. Dengan jayanya sampai jugak jam 2.00 pm. Selepas agak bersesat sampai masuk Alor Setar dapat jugak sampai exit Jitra - Malau.
Tapi bila masuk je ke Jitra nak cari Kampung Chegar tu memang masalah besar pulak yang timbul. Orang tak tau kampung tu pedalaman. Luckily, Simba pantas suruh cari Masjid Tunjang. Alhamdulillah. Dapat cari Masjid Tunjang yang agak pedalaman. Terus jugak dapat nampak bunting gambar Hotguy dan Maria. Lega! Jumpa jugak akhirnya. 
  | 
| Gambar sebelum Simba balik | 
 
Sampai depan rumah pengantin dalam jam lebih kurang 3.30 pm nampak Simba dah nak bergerak balik. Rupanya dia datang sekeluarga. Sempat 
snap gambar dan Simba pun balik. Tinggal I, SiDia, Kancil, Abid dan Epul. Sembang gelak-gelak tak ingat dunia. Pertama kali tengok Hotguy pakai baju macam tu rasa nak gelak tapi beliau dah matang. Haha rakan pertama di 
UiTM Segamat. Dah matang pun kahwin ni. Tak sabar nak tunggu lepas ni 
turn siapa.
  | 
| Zabidi buat cubaan menikam lelemak I ye | 
  | 
| Sampai syurga :) Amiiiiiiiiiiinnn | 
 
Seronok dapat tengok sawah menghijau. Jauh rupanya 
Kampung Chegar teringat dulu masa belajar Hotguy memang akan balik ke kampung waktu cuti panjang sahaja. Sekarang dah dapat bayangkan kenapa. Seronok dengar loghat utara walaupun tak asing sebab Ayah memang cakap utara. Tapi sini lagi pekat ada 
certain words I tak faham pun. Hihi. Perkara yang tak 
best, telefon canggih I takde 
coverage ok. Gunalah 
Digi di pedalaman. Orang kuning tak 
follow sampai dalam. Haih!!! 
  | 
| Sawah! Nak berhenti snap gambar maluuuu.. ruginye | 
 
Jam 4.30 pm kami beredar dari rumah Hotguy untuk teruskan perjalanan ke tempat lain pula. Puas hati dapat sampai jugak rumah Hotguy. Terima kasih lagi kepada sang pemandu yang tabah walaupun I menggelabah hihi. Normal! 
I telah disolex dimana-mana jua I pergi selepas ni. Harap maklum :D
 
No comments:
Post a Comment