Eh kalau I dekat atas tandu tu mungkin akan terjerit-jerit dan hilang kesopanan I. Pertama kali tengok ni sebab masa Kak Yong dengan Abg Mi kahwin I tak pergi tengok pun. Cuma pergi siangnya sahaja. Now, bila dah tua bangka barulah terhegeh-hegeh ngajak SiDia tengok adat bertandu pengantin. No Sayang, u tak dibenarkan menaiki tandu ye kerana kita akan memusnahkan tulang bahu orang-orang yang akan mengangkat kita kelak. Bahahaha!
Tandu tu dibuat sendiri. Pemuda kampung yang buatkan untuk pengantin. Nampak cantik dengan lilin keliling buluh tu. Kerusi pulak diikat kerusi rotan. Wahhh, kurus betul pengantin. Kalau I dengan SiDia memang spoil terus tandu tu. Kalu tak bengkok mesti retak :D
Seronok tengok pelamin buatan Abang Ikmal. Rasa sweet lah pulak. Tiba-tiba feeling tak best datang. Memberontak sana sini. Hati macam ada tarik tali sikit. Mula-mula rasa, seronok dapat jadi pengantin. Lepas majlis dah dapat hidup berdua dengan hubungan Halal. Mana-mana pergi berkongsi suka-duka. Kongsi makan minum dan susah senang. Tiba-tiba awan putih ade bintang-bintang bulan tengah berangan tu kena ambush dengan awam hitam ade petir kilat menyabung pulak. Jantung macam kena siat-siat sakitnya bukan main. Rasa kena cakar dengan scrapper ye jugak. Pastu perah dengan air limau, mau tak perit. Macam tu la rasa tarik tali yang I alami sekarang...
Tak lama lagi sepupu rapat I akan melangsungkan perkahwinan. Hari tu dia kata ada kawan dia nak jadi pengapit. Ok I diam je sebab I pertama kali jadi pengapit pun masa perkahwinan sepupu sebaya I sebelah Ayah, iaitu Farah. Ini kira kali kedua. Takpelah berbakti kepada saudara sendiri. Seronok dengar Tasha dah tempah baju kahwin. Dah mula nak hantar borang-borang untuk jurunikah. Dah mula jenguk door gift dan dah mula fikir menu untuk dimasak waktu kenduri nanti.
Tapi yang tak best, bakal suami Tasha tak mau bertandu. Eeeeeeee! Kan best kalau macam gambar ni...
Sebelum diangkat... |
Gayat woi! |
No comments:
Post a Comment