Nuffnang Ads

Wednesday, December 31, 2014

Ada Ke Azam 2015?

Dek sebab dah terlampau banyak sangat wishlists maka azam tahun depan iaitu 2015 adalah dimansuhkan. Sampai macam tu lah peel budaknye Samani ni ye. Seriously, I takde new resolution kecuali pada Maal Hijrah yang lepas, nak jadi isteri solehah aje. Yang lain, macam biasalah, nak itu nak ini, tiap hari ade je wishlist terbaru. Muahahaha!

Ok, tahun 2015 ni diharap I dapat jugak ambik lesen untuk PADI Open Water Dive. Kalau diikutkan, dah confirm nak ambil dekat Salang, Pulau Tioman. Tunggu je lah nanti dah bayar deposit baru boleh cerita sini dengan lebih lanjut. Eh kalau ada u all nak join nanti bolehlah pm I ye. Ade geng sikit. I memang, tiap aktiviti kalau boleh nak bawak sekampung. Tapi sekampung je yang taknak join hahaha sedih kan!

Ok last punye resolution, KURUS KURUS KURUS! Kenapa lah yang ni tak tercapai lagi ek hajatnya. Degil betul la bebudak lemak ni. Rotan jap gi kang. I nak kurus untuk fit dan TTC juga. Bukan saja-saja nak nampak cantik pakai kebaya ketat, ewwghhhhh! Macam tau je siapa hehehehehe. I nak fit sebab nak masuk sukan lagi tahun depan, kalau terpilih. Dan I nak TTC la of course, umur dah berapa. Kena berusaha dengan menurunkan berat dulu barulah proceed dengan prosedur lain. Perancangan teliti sangat kan?

Itu saja resolution yang I kena fokus untuk tahun 2015. Lain-lain takde. Takat sewing machine, Instax share printer dengan wet suit tu rasanya selagi tak dapat kot memang berazam akan dapatkan. Hahaha. Oklah, nak siap-siap nak pergi aerobic 3 jam malam ni. 

Jumpa lagi tahun depan!

JUJUR

Musykil dan hairan. Kadang-kadang tu macam mana nak timbulkan rasa hormat pada orang yang lebih berpangkat dan lebih ilmu agamanya bila beliau sendiri menunjukkan contoh yang tidak berapa nak baik pada orang bawahan. Betul I hairan sangat-sangat. Adakah ini dibenarkan dalam Islam? Maaf, I bercakap bukan sebab I ni seorang alim ulama atau warak tapi ini ialah realiti dalam dunia pekerjaan.

I pun sedar, I sendiri menggunakan waktu bekerja untuk urusan peribadi. I pun gunakan alatan di pejabat untuk urusan bukan tugas rasmi. Dan yang paling I sedar ialah I hanya kerani bawahan yang menurut perintah. Dan in shaa Allah, satu hari nanti I teringin sangat nak naik kepada jawatan Pengurusan dan Profesional. Cuma bila nampak contoh sebegini, buat I jadi takut. Takut pada asuhan sebegini yang akan menjadikan ianya tabiat biasa di kalangan pegawai-pegawai baru. Berkenaan kemudahan cuti pun nak dijadikan isu walaupun tak dinyatakan di dalam pekeliling. Pedulikanlah, hari ni dia menyoal kerani, esok-esok dia akan disoal Allah pula...

Satu saja doa I sebagai senjata kepada perbuatan macam ni, semoga I dilindungi. Makin tinggi jawatan, makin tinggi pangkat, makin tinggi ilmu, makin luas bilik pegawainya, makin sombonglah seseorang itu, makin bongkaklah dia, makin sinis la semua perkataan yang keluar dari mulutnya. Maaf, ada lagi pegawai yang boleh I hormati walaupun tinggi mana jawatannya tetap I berhati mulia dan akan I jadikan contoh terbaik di masa akan datang.

Kepada yang membaca tapi tak faham, abaikanlah... Sekadar luahan. 

Monday, December 29, 2014

One Year And Still Counting

Kami dah setahun! Pejam celik je laaaaa dah setahun usia perkahwinan I dan Sayang. At this moment, a year ago, kitorang tengah busy untuk outdoor punya session. Gambor kitorang belum ambik lagi dekat official photographer ye harap maklum. Jangan tanya kenapa hahaha. Ok abaikan masalah itu. Yang pasti, waktu sekarang ni kitorang tengah berjalan dalam lalang ke belukar tah. Memang best!

Setahun yang lepas, kitorang dah siapkan rumah sama-sama. Siap sedia dengan keperluan asas, lepas kahwin terus cuci kaki dan masuk. Alhamdulillah, lengkap semuanya. Memang kitorang penat sangat time tu. Mana nak siapkan rumah lagi, nak siapkan barang kahwin lagi, nak fitting baju lagi, nak basuh rumah lagi, nak uruskan hal keluarga dan rakan-rakan lagi. Phew!

Dalam masa setahun, ada juga cabaran hidup berdua tu. Dugaan paling besar, bila jumpa orang duk pegang-pegang perut. Sabar aje lah kan? Macam biasa, kalau kita pengantin baru, orang tak tanya duit bayar rumah sewa cukup ke? Orang takkan busybody, setiap malam masak menu apa? Orang takkan tuju kita dengan soalan, road-tax kereta tu bila expired? Orang akan tanya soalan cepumas, dah ada isi belum? Kitorang? Senyum aje lah, tunggu Allah bagi. 

Dalam masa setahun jugak, Allah mudahkan jugak rezeki. Sayang beralih ke tempat kerja baru yang way more nearer than before. Allah mudahkan rezeki untuk I dapat temuduga ke jawatan lebih baik walaupun tak dapat pun jawatan tu. Pengalaman tu paling berharga. 

Dalam masa setahun inilah, proses nak kenal bermula. Mulalah kenal siapa penyepah siapa pengemas. Siapa yang masak dan siapa yang tukang perabih. Siapa yang kelakor dan siapa pulak yang serius. Siapa yang kelam kabut dan siapa yang cool la paling dapat detect. Muahahaha kalau nak sebut memang panjang. Belum kira siapa boros siapa penjimat, siapa gedik siapa bajettt! Wakaka.

Actually, entri ni panjang lagi tapi I khuatir sangat kalau tahun kedua nanti entri ni jadi 1500 patah perkataan pulak. Muahahahaha! Yang dapat I kata, hanya I yang kenal suami I. Dan hanya Hafizi itulah yang mengenal Sazwani. Setakat orang luar yang duk nak pung pang sana sini, insaflah. Walaupun kitorang ni dah kenal each other sikit-sikit dalam setahun ni, but there are still more things we have to learn in our relationship. Yang dah lama kenal Sazwani, jangan predict bukan-bukan, yang dah lama kenal Hafizi pun, dia hanyalah sejarah untuk u. 

Sayangku, untuk semua susah senang, sakit pening, riang ria, gelak tawa, nangis pedih, jiwang karat, rindu rinduan, gedik manja, hiruk pikuk, sayang menyayang, liuk lentok, panas baran, gila babeng, geram menderam tu semua kita punya rasa sendiri je. Jangan bagitau orang tau. Biar orang nampak kita blur dan skema. Rasa lain tu kita punya ye Sayang. Tak syok la nak share semua benda dengan orang lain hehehe. Happy anniversary yang ke Pertama. I'm wishing u all the best for being Sazwani's husband for a few thousand years ahead. Gila tu thousand years nak hadap sejenis Sazwani ini hahahaha. Ada rezeki tahun depan kita dapat zuriat sendiri ye. Keep up good works to be my Imam. Lead me and I'll always be right behind you. In shaa Allah... I love you Sayang!

Oklah malas taip lagi nanti nanges. Bye!

sekeping gambar memori yang paling berharga dalam dunia :)

Cara Menguruskan Sinki Tersumbat

P.S. Ini entri nak termuntah, kalau tengah makan jangan baca ok!

Kalau sinki tersumbat memang sangatlah azabnya. Susah nak basuh pinggan, susah nak masak, rumah pulak bau kentut je. Frankly, busuk sangat lah bau sinki yang tersumbat. Untuk makluman, bukan rumah I tapi rumah Mama. Kesian pulak dengan Mama. Terbantut aktiviti harian dek sebab sinki yang tersumbat ni. Tak tau berapa lama, tapi Ayah baru bagitau Jumaat lepas.

Ini pun keladaknya dah kurang lepas kena ceduk
Nekad, hari Sabtu pagi I bawak Mama ke kedai hardware berhampiran dan beli satu botol chemical yang dikhususkan untuk clearkan sinki. Walaupun dah beli, I dan Mama tak berani nak tuang sebab macam merbahaya sangat. Pekerja kedai tu ada bagitau suruh berhati-hati nanti kena kulit rasa macam terbakar. So, better I tunggu Ayah atau Sayang buatkan.

Rupa keladak yang keluar lepas kena pam
Sabtu, lepas je aerobic, terus I dan Sayang melakukan operasi. Dekat nak tengah malam jugak kitorang bekerja macam plumber dah hahaha. Sayang yang tuangkan chemical tu, bukan main gemersik bunyinya nak menghakis kotoran dalam laluan. Rupanya chemical tu panas, berasap jugaklah lubang sinki tu. Bau yang naik, jangan cakaplah.... Perghhhh~ Stok tak lalu makan punya. Kotoran yang dah 10 tahun lebih, bila di pam sambil letak chemical. Bayangkan macam mana baunya. Dekat 2 jam jugak Sayang bekerja keras nak clearkan laluan sinki Mama.

Clog Remover Cap Lion
I cuma nak share dekat sini kalau ada yang menghadapi masalah yang sama dengan kami, boleh ikut cara-cara di bawah. Selain daripada panggil plumber, ini ialah option sementara untuk kita semua. DIY je dekat rumah :
  1. Beli sebotol chemical Clog Remover, Lion Brand dari kedai hardware, kalau lupa nama cakap je untuk drain kan sinki. Dekat Seremban ni harganya RM23
  2. Buka penutup botol dengan berhati-hati
  3. Kalau ikutkan instruction pada botol, kena campur dengan air sikit baru tuang dalam sinki 
  4. Kalau ikut formula yang kami buat, tuang terus tapi hanya tuang 1/3 botol saja, biar sekejap dan lalukan dengan air.
  5. Pam kan sinki yang tersumbat tadi dengan pelocok. Pam sampai terkeluar kotoran melalui laluan sinki. Macam di rumah kami laluan dalam bilik air, senang nak nampak.
  6. Tuang lagi 1/3 botol chemical ke dalam sinki yang tersumbat tadi, biarkan dia react pada kotoran dan lalukan sikit dengan air, dan pam semula.
  7. Ulang lagi sekali cara di atas dan habiskan terus chemical tersebut
  8. Lalukan air dan tengok flow dia lancar atau perlahan lagi
  9. Kalau rasa macam tak cukup kena beli lagi sebotol chemical dan buat sampai flow jadi lancar.
Ini laluan dekat dalam bilik air. Berkerak-kerak keluar ke sini. Yuks!
Sorry, bahasa teruk sikit. Inilah tips yang termampu untuk kita buat sendiri. Semoga dapat membantu dengan info yang tak seberapa ini. 

Friday, December 26, 2014

ZUMBA - Grand 3 SAKA

Lencun habis! Itu je words yang dapat describe macam mana perasaan dapat join event akak-akak SAKA ni. Lagunya dari selaju-laju step sampai lah ke lagu All About That Bass tu memang best. Rasa macam tak cukup je 2 jam punya Zumba tu. Eh tak cukup ke? Hahahaha jangan buat hal.. Sedangkan 2 jam gitu pun cungap dia dah sampai hujung nyawa.

Ini bukan SAKA apa, ni SAKA anggun ok haha
No pictures, sorry, I have to respect the event itself. Event ini melibat semua wanita sahaja. Ada juga hijabers yang membebaskan diri dari berhijab untuk sementara waktu sepanjang tempoh event berlangsung. Membebaskan diri dari berhijab maksudnya menanggalkan tudung aje. Jangan salah faham banyak sangat ok. Hehehehe. Gambar pun dapat tangkap bebetul masa sebelum tutup lampu dan lepas dah habis event, bila semua lampu dah dinyalakan. Itu pun Zin Aliez akan tanya kalau-kalau semua dah berpakaian sempurna atau belum. Terima kasih kak.

Gambar sebelum tutup lampu, belum start lagi ni
3 SAKA ni memang sangat happening. I suka sebab diorang sangat sangat sangat lah gila babeng hahahaha! Maksudnya, diorang best la. I jarang rasa nak tolak dari pergi ke event yang ada ketiga-tiga diorang ni. Ini dah kali kedua I ke event 3 SAKA dan tak mengecewakan langsung. Walaupun, I ain't lucky enough to get those lucky draw. Like, I don't care, kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat it's okay. Paling best, I ada ternampak satu gambar yang diorang ada tag pada Kak Eija, jumlah calories burnt seorang participant ni ialah 1000 something-something. Gila tak????

Nak tau bila lagi event diorang ni? I akan cuba sedaya upaya untuk update kalau-kalau ada lagi event macam ni. Keep track dengan tag RSVP yang ada dalam blog I ni. Semua event yang I join I akan hangkut masuk cerita dalam blog I ni dan tag dekat situ. Eceh, macamlah orang Google terus jumpa waniesekuntum.blogspot.com kan hihihihihihi~ 

Macam biasa, seperti event yang lepas dekat Nilai, I pergi sorang jugak. Kali ni Sayang hanya dapat hantar dekat parking lot je sebab boboy semua dilarang masuk. Dan macam biasa jugak, excitement untuk berZumba sorang-sorang tu melonjakkan rasa disiplin diri. But the truth is, jangan risau apa-apa sangat, semua adalah buddies. Tengok kita sombong ke tidak je. Betul tak? 

So, cerita mencecer panjang lebau tapi gambarnya dua tiga keping je. Itu pun satu ihsan dari kawan I jugak yang rupanya ada join. Alhamdulillah. See, u're not alone. Whatever it is I cuma nak condemn satu benda je dekat Zin Shah, Zin Aliez dan Zin Eija iaitu, apesal korang ni ligat sangat hahhhh???? Raso nak putuih kaki eden terluncek-luncek hahaha. Actually, best sangat akak-akak oi! Rasa nak jerit, "we want more! we want more!" tapi memandangkan baju luar sampai dalam dah lencun, kaki dah gigil-gigil mintak diurut, perut dah lapar melampaui batas, terkunci mulut nak jerit gitu hahaha.

Sebelum nak ambil group photo
Bayangkan je stadium ni dah hampir penuh... ramai kan?
Semoga akak 3 SAKA sukses selalu sampai bila-bila. Dapat pahala kak sebab mengajor kami gegerl-gegerl gemok ni mengeluarkan peluh dan burn semua kalori dengan teknik Zumba tu. Semoga ada lagi event di masa akan datang. Diharap Kak Eija jangan lupa den ok kalau ada lagi. Pada pendapat I, satu kejayaan jugak lah event semalam. Masa mula masuk stadium tertutup tu nampak luas sangat stadium tu lepas tu ada stage dekat bucu. Masa pertengahan event, nampak ruang stadium yang kosong hanya suku! Wow! Tak boleh tangkap gambar, kalau tak dah lama tunjuk bukti. Lepas tu yang lagi 2 orang Zin undangan kalau tak silap I namanya TT Fly dan Dora pun best! Kecil-kcil cili api. Pedasnya sampai tak gigil kepala lutut hihihi.

Ok dah malas puji lebih-lebih nanti punggung diorang kembang macam I jugak. Hahaha. Jumpa dekat Stadium Merdeka pulak nanti!

Allah! Lupa nak kredit dekat Sayang momok sebab gigih hantar I ke Shah Alam dan tunggu sampai habis event. Semoga Allah pelihara hubungan kita dan rasa give and take ni sampai bila-bila. Aminnnn!

Gambar dari FB Kak Eija yang di'tag' kepada beliau. Best sangat! Ni pun ramai dah balik...

Wednesday, December 24, 2014

RM10 from Santa!

Alaa... Terguna lah Promo dari Groupon ni. Menyampah betul dengan email yang menjerat tu. Rasa membuak rasa nak shopping online. Maklumlah dah lama tak menghumbankan diri ke lembah shopping ni. Banyak komitmen lain la. Hehehehe. Komitmen dekat kedai Adidas, kedai Aidijuma, kedai Naelofar Hijab opssss! Astaghfirullah.

Menyampah tengok promo ni...
Kali ni I dapat email berkaitan dengan promo oleh Groupon. Walaupun RM10 tapi elok digunakan jangan membazir. Kena beli benda RM40 ke atas baru boleh guna promo code itu. Tak mau la guna untuk dinner ke western restaurant ke sebab I tengah diet.. (EHEM!) lepas tu ada pulak restoran yang menyediakan macam p*rk ke, tak sesuai la better tak payah kan. Lepas tu ada jugak yang restoran best-best tapi untuk seorang je, tak adil la untuk partner pulak eh hehehehehe!

Kalau I nak beli untuk getaways pulak semuanya atas RM100. Tak baloi! Semata nak redeem RM10 kena pulak beli hotel RM100++ yang ada time valid pulak tu. No, no, no... Rasanya tak perlu la kot nak getaways bagai. Hard Rock Hotel je dah RM800++. Pitam! 

Lepas tu I berubah pulak ke home appliances dan gadgets. Alahai, macam tak menarik je shoe rack 9 tingkat ada waterproof woven cover. Benda tu macam murah tapi harganya sampai RM50 pulaknya. Ok untuk gadget pulak, tak dapek do Fujifilm Instax Share Printer tu memurah dek non oi. Mini sewing machine pun takde. Geramnye, kenapa bukan Lazada yang buat offer macam tu ek boleh beli sewing machine idaman. Dekat Groupon takde, yang betul kecik hand sewing tu je ada. Tak mau....

I pun dengan senang hati sambil bersiul riang terus grab something yang sangat berguna untuk aktiviti tidur I di pejabat. Dapat jugak I sleeping bag hahaha macam tak mencabar langsung kan? Takpelah, asalkan I dah terapi minda hari ni. Barulah lega sikit rasa hati :D

P.S. Weekend getaways kita bolehlah menjelajah ke Matrade untuk Vendeur Festival pulak. Musnah, punah, habis rentung I macam ni.

2 Tahun Lepas Punya Cerita

Setelah 2 tahun berlalu, barulah KAMI dapat menatap gambar Aidilfitri dan percutian ke Pulau Redang. Sekian lama hahaha. Masa dekat Pulau Redang tu I memang comot habis dengan gemoknye hahahaha. Masa Aidilfitri pulak baru tengah stress sebab training netball dan sibuk nak kawen, tu nampak susut sikit. Kelakor habis la serius bila tengok balik.

Baju kibai, berseluar legging colorful! Hahahaha rindu gila!
Rindunya waktu ni...
Dalam gambar tu, ada yang dah berlalu pergi pulak tu. Ada jugak penambahan dan bertukar status Bila nak publish memang kena fikir banyak kali. Hehehehe. Tapi bila ditengok balik memang seronok je. Pergi bercuti beramai-ramai. Lepas tu gather untuk raya. Belek punya belek, alahai, rindunya zaman huha huha gitu walaupun semuanya mak pak budak.

Rindu laut! Rindu korang... T____T
Rindunya nak holiday beramai-ramai macam ni lagi.. Alahai Kayla kecik sangat time ni hehe
Genga baju saka!
Geng boboi!
Terima kasih Kak CT dan Abang Rockstar yang bagi jugak gambar tu walaupun makan masa 2 tahun. Tapi Abang Rockstar ada hutang lagi gambar dan video dari GoPro tu. Ala bang, ko jangan bebuat lupa gambor kitorang tengah snorkeling la, bercakap dalam air la, kejor ikan la hahahahaha.

Ni gambar atas laut, gambar dalam laut mana? Mana? Hahahahaha
I tak sabar gila nak looking forward for another event and vacation. Event untuk tahun depan, ada majlis perkahwinan. Vacation pulak dah semestinya PULAU! Ada dengar jugak diorang nak ke Vietnam untuk shopping-shopping. I tak minat. I suka berendam dan cuci mata je hehehe. Meh cuci mata sikit. Gambar KAMI yang happening 2 tahun lepas.

Gambar paling win! Nasib bini ko kurus bang, kalau macam den wakakaka
I have to admit this, I yang paling comot among all hahahaha!!
Serius! Meriah gila time ni
Bukan main masing-masing hehehe
If you girls are reading this, I cuma nak cakap yang rindu dangat dekat korang! Geng Legam, Geng Baju Saka, Geng Baju Kibai, Geng Omak Anak Duo, Geng KAMI dan terutamanya, korang Geng Forum HA yang gila! Hahahaha. Bila nak happening lagi woi????!

Okbai!

Jemput Makan : Locast Garcia Cafe

Lokasi : Betul-betul dekat Downtown Cheras. Bersebelahan dengan Velodrome, Cheras

This is Locast Garcia Cafe!
Mesti ramai yang suka pergi ke KL Downtown kan yang terletak dekat Cheras tu. Yang betul-betul bersebelahan dengan Velodrome Cheras. Bahagian rumah kedai yang ada 7 Eleven tu, sebelah hujung sekali betul sebelah Velodrome, warna hijau kedainya. Itulah landmark yang paling senang untuk I bagitau kepada yang pertama kali nak pergi ke cafe ini.

Sebelah kanan tu ialah KL Downtown
Pertama kali I ke cafe ni hati macam dah terpaut. Sebab apa tau, sebab banyak kipas. I suka cafe yang sejuk dan tak panas. Cafe ni simple sangat, ada beberapa buah meja untuk pelanggan, ada sofa juga disediakan di sebelah televisyen. Jangan tak tau, terdapat juga sebuah meja pool dan set karaoke disediakan untuk pelanggan cafe ini. I was impressed when I first saw the pool table and of course we didn't expect they had a pool table in there. Sambil-sambil lepak lepas makan bolehlah main pool atau berkaraoke.

Promosi pembukaan habis dah ye hehehe
Untuk makanan, mereka ada menyediakan beberapa jenis makanan kepada pelanggan. Ada masakan Melayu dan ada juga western. Pilihan I dan Sayang pada malam itu ialah Nasi Lemak Rendang Ayam dan Chicken Chop. Kekuatan nasi lemak ialah pada sambalnya dan sambal disini memang win! Rendangnya pun, gravy untuk chicken chop nye pun. Minuman pulak I order Ice Blended Oreo Crunch. Lagi sekali datang memang nak order lagi. Sayang pulak minum Jus Tembikai. Di hujung-hujung lepak tu, sekali lagi kami tewas, lapar balik. Terus muncul Roti Canai dan kuah kari. Memang yums!

Jus Tembikai. Yang kiub atas tu yang tempting tuh!
This is my Chicken Chop 
Nasi Lemak Rendang Ayam yang Sayang order
Ini Ice Blended Oreo Crunch yang sedap tuh! Terasa Oreo nya. Sedap.
Ok last, ni Roti Canai 2 keping :)
Sempat jugak Sayang menyumbang sebuah lagu pada malam tu. Rata-rata yang datang memang kaki karaoke. Tu yang mereka suka datang ke cafe ni. Mengikut kata Kecik, salah seorang yang menguruskan cafe ni, operating hours ialah sehingga ke jam 4.00 am tapi kebiasaannya akan ramai sehingga tutup.

Karaoke - 3 lagu RM5 sahaja
Pool - 1 game RM5 sahaja
Best kan Sayang? Heeeeeeee~
Jemput u ols datang ke Locast Garcia Cafe. Boleh makan-makan, nyanyi-nyanyi, main pool dan lepak-lepak lepas dah penat berjalan di KL Downtown. Dengan lokasi yang strategik, mudah untuk pengunjung mencarinya. I? Confirm la nak pergi lagi nanti :)

Confirm kitorang datang lagi nanti :)

Tuesday, December 23, 2014

RSVP : Sambutan Tahun Baru 2015 Bersama KEG

Havoc! Mesti nak kena join ni. Bayaran murah. Instructor hebat-hebat. Participants yang sporting belaka. Dan malam yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaanjang! Baru dapat info pada malam Sabtu yang lepas. Bila Kak Ena buat announcement berkenaan dengan adanya sambutan tahun baru bersama KEG Group dan ianya bertemakan RETRO! 

Instructor yang hebat-hebat ini dibawakan khas oleh KEG Group dan pastinya puas. Untuk sambutan malam Merdeka yang lepas, Kak Eija menjadi instructor jemputan dan memang best! Siap ada nyanyian lagu Merdeka dan bunga api tau. Kali ni 5 instructor bakal menggegarkan KOMBES Paroi. Rugi lah kalau tak join. Frankly, rugi sangat. Sedangkan Kak Ena sendiri yang buat aerobic tu dah best, inikan pulak ada jemputan khas. Lagi lah bergegar lelemak I nanti hahahaha. Actually, KEG ni memang selalu buat tema-tema ni untuk bagi kita semua enjoy. I tak pernah pakai tema sebab maluuu hihihi. Walaupun hati meronta nak pakai jugak hihi. Ok gedik pulak.

Warga Seremban! Tak perlu turun ke KL untuk sambutan tahun baru. Setakat tengok persembahan artis dan tunggu bunga api selama 10 minit. Its not worth your money, your health and your time. Let's stay healthy. Susah sangat rasa nak jogging, kita dance 3 jam dengan bayaran RM5 sahaja!. Ini bukan macam Zumba Party yang memerlukan kita bayar RM50 ke RM80 untuk 2 jam saja punya keriangan dan sedikit Lucky Draw untuk yang betul-betul lucky sahaja :) 

Ini adalah sambutan tahun baru yang luar biasa dan lain dari yang lain. Tak perlu malu kalau tak tau step, KEG buat step lain-lain setiap minggu, kami pun masih terkial-kial. Tak perlu segan kalau takde kawan, I pun pergi sorang je :) tak perlu kawan-kawan sangat pun, kakak-kakak dekat sana mesra alam semuanya. Tak perlu risau nak bawak sekeluarga, ada playground untuk anak-anak, ada gymnasium untuk bapak-bapak, dan padang sintetik juga. Tak perlu risau lapar, ada je kedai makan, cakap saja, waffle, burger, aiskrim pun ada.

Sambutan ini terbuka pada semua. Tiada had pada umur dan jumlah penyertaan. Lelaki perempuan semua boleh sertai. Ajak sekampung, setaman, sekolej dan sekeluarga seperti ketetapan berikut : 

TEMPAT : KOMBES Paroi, Seremban (betul-betul depan padang sintetik tu)

TARIKH : 31 Disember 2014 - 1 Januari 2015

HARI : Rabu

MASA : 9.00 pm - 12.00 tengah malam

BAYARAN : RM5 sahaja setiap orang

TEMA : RETRO! atau pakaian sukan pun ok. Kita pakai baju warna Pink untuk Hari Rabu

HAD UMUR : Tiada had umur dan jantina

Amboi besaunya tulisan di atas ni hahahaha!

Jom lah. Jangan malu jangan segan. KOMBES Paroi tu untuk kita semua. Kalau segan jugak tak tau lah hahahaha. Eh lupa nak pesan, jangan lupa bawak air banyak-banyak tau. Sebab haritu 3 jam memang tak cukup I minum 1 liter tu. Maybe I kena bawak 3 liter kot. Hehehehehe. Haus!

Monday, December 22, 2014

Wishlist : Fujifilm Instax Share Printer & Sewing Machine

Senarai wishlist lagi. Ada-ada je kan Samani nak membeli dan belah gitu. Kali ni lain macam sikit selera tekak. Yang Fujifilm Instax Share Printer tu boleh tahan lagi lah memang mencerminkan diri sendiri. Bab yang sewing machine tu apehal ek??? Hahahahaha! Entahlah, dah itu kehendak hati. Dalam kepala ni ada macam-macam benda nak buat. Cehhh!

Ok yang Fujifilm Instax Share Printer tu memang nak sangat. Rather than instant camera, I've decided to go for Fujifilm Instax Share Printer, which is, you can print out pictures from your smartphone after editing it and it uses instant camera's films. Nampak tak? Kalau instant camera tu, snap dan print terus. Kalau guna printer ni, barulah ahkak boleh snap, edit duck face sikit bagi merah menyala, buh sikit ayat-ayat cintan pastu print! Senang kan... Banyak betul idea I nak menggodek-godek gambor tu nanti. Scrapbook? Wall decor? DIY Cards? Seriously, can't wait. Duit... mari lah mari mari!

Arghhhh! meronta rasa jiwa!
Picture fromhttp://www.brit.co/instax-share/
Part yang sewing machine tu pulak, tiba-tiba feeling mak-mak sekarang. I need a sewing machine like, the mini one and easy one for me to operate. Jangan la complicated sangat kan kang meracau beli pastu terbiar sana sini. Ala, buat-buat untuk jahit palazo sendiri ke, baju kurung sendiri ke. Takmo lah menyusahkan orang sangat. Buat sendiri, pakai sendiri. I dah hampir-hampir nak buat pola ni. Memang buat hal betul Samani ni kan? Hahahahahha. Cuma permasalahannya, I banyak tengok yang dekat Lazada. Ada beberapa pilihan hati. Belum tau lagi nak grab yang mana. Ada cadangan tak?

Nak nangis rasa sebab nak sangat hahaha
Picture from : www.lazada.com.my
Nama pun wishlist. Bukan lah bila nak dan-dan tu jugak kena beli. Kalau ada sesiapa sudi nak beli hadiah anniversary untuk I sangatlah dialu-alukan. Bahahahaha! 

Ok nah belanja lagi satu gambar dari http://www.brit.co/instax-share/

Friday, December 19, 2014

Kepada Kak Erma...

Hari tu, terdetik nak explore something new dalam Instagram. I tak pernah follow IG Erma Fatima sebelum ni. Kalau I explore apa-apa, perkara pertama yang I akan nampak ialah gambar baby atau budak-budak. Terpanggil sungguh jari I nak tengok gambar seribu makna, seorang wanita sedang mendukung seorang anak kecil. It was Erma Fatima's. Baca saja caption kepada gambar tersebut, meleleh air mata seorang wanita lemah yang penuh dengan penantian ini... Allah!

Dia menyatakan bahawa malangnya seorang wanita yang tak dapat memberikan zuriat kepada suaminya, Kak, sedihnya saya dengan caption akak tu. Tak tau macam mana nak gambarkan kesedihan sangat-sangat tu bila ditambah lagi dengan semua komen-komen motivasi yang diberikan oleh semua peminat.

Bukan la tujuan I menulis dekat sini nak memberi nasihat mahupun nak memuja mahupun nak menidakkan segala butir ayat pada caption beliau, tapi, I nak berkongsi kesedihan yang dialaminya. Ye, memang sedih, pedih dan sayu dengan apa yang dilaluinya. Dan dia sangat kuat daripada I sebenarnya. Baru lah I tau yang ada orang lagi sedih dan sakit daripada I. Ya, I pun belum ada zuriat dari benih sendiri. I ada sebab dan alasan tersendiri. Bukan itu yang diminta, cuma pasrah dan redha dengan ketentuan dan rezeki dari Allah.

Memang sedih sangat bila diri sendiri tak dapat memberikan zuriat kepada pasangan. Lagi sedih bila pasangan tu dah berkahwin lain dan dikurniakan zuriat. I faham.. Sesungguhnya, I faham... Tahniah kepada pasangan Z & D yang sedang menunggu kelahiran cahayamata pertama, atau mungkin sudah lahir di dunia, I sendiri tak pasti status mereka samada telah menyandang gelaran ibu dan ayah atau belum. Cuma mendapat perkhabaran gembira ini dari salah seorang ahli keluarga mereka. Alhamdulillah. Tak pernah I nak doakan keburukan atau apa juga yang tidak baik untuk keluarga itu. Yang pasti, mereka sudah bahagia bersama. Ya, Z ialah bekas suami I yang telah berkahwin lain dengan gadis pilihannya. Tak perlu sebarang pertanyaan, tak perlu sebarang pertikaian. I menghormati suami I sendiri dan seluruh keluarga mertua I sekarang...

Kak Erma, kita carilah bahagia kita sendiri. Kita tak mampu dari segi itu, kita mampu dari segi lain. Kalau bercerita ke seluruh pelusuk dunia, kalau dikhabarkan kepada serata alam semesta, SATU saja yang akan menjadikan ia seperti yang kita mahu. SATU saja yang berkuasa ke atas kalimah 'KUN FA YA KUN' dan pastinya bukan manusia, bukan juga apa-apa yang dapat dilihat dengan mata zahir, cuma Allah yang Maha Berkuasa untuk memberi rasa puas itu. 

Kak Erma, hidup kita yang kekal akan tiba nanti. Hidup kita yang abadi akan menyeru kita tak lama lagi. Kak, kita hidup diatas kemampuan kita sahaja. Walaupun tak semua faham kemampuan kita, tapi kita sendiri faham diri kita. Kak, tak perlu harap pada orang lain untuk segala rasa itu. Sakit kita, senyum kita, sedekah kita, amalan kita semua milik Allah. Orang sealiran kita, tak pernah malang, malah, disanjung tinggi, kerana kekebalan kita, menghadapi mereka yang cabul mulutnya. Orang seperti kita, kuatnya hati mereka menyimpan perasaan seribu makna di kala manusia lain memperlekehkan dan mengejek. Orang sehebat kita, kuat berusaha kalau nak dibandingkan dengan orang yang senang dapatnya, sedang tersenyum bangga. 

I masih mendoakan diri sendiri, mendoakan Kak Erma, mendoakan semua rakan-rakan seperjuangan yang sedang bertempur dengan emosi. I mendoakan kebahagiaan kita, rahmat kita dan rezeki kita. Senjatanya, doa. Bukanlah pekik lolong dan ayat berbisa. Senang... I harap sangat Kak Erma lebih tabah, lebih kuat, lebih menyengat dalam industri dan lebih kuat hati dan jiwanya. Sama seperti I, jauh lagi perjalanan I, banyak lagi cemuhan dan perlian yang bakal menanti. Sabar, sedang menyiapkan kekebalan diri agar tidak akan jatuh sampai bila-bila.

Alhamdulillah & Tahniah :)

Wednesday, December 17, 2014

Pengalaman Ujian DRAC 1

Berjaya jugak sampai ke IDB di Bandar Tun Razak, Cheras walaupun kelewatan keluar rumah akibat masalah teknikal. Nama I tercalon untuk sesi kedua dengan angka giliran nombor 650. IDB merupakan singkatan kepada Institut Latihan DBKL. Waktu I sampai lebih kurang jam 9.20 am dan ramai sangat tengah menunggu di lobi. 

Untuk sesi kedua, sesi pendaftaran bermula jam 10.00 am sehingga 11.00 am. Lepas tu kami semua dibenarkan masuk. Sempat jugak I jeling tengok angka giliran adalah sehingga 798. Maknanya ada lebih kurang 798 orang calon jugak yang hadir mengambil ujian. Termasuk juga, calon KPSL dari DBKL sendiri. Ramai! Tak usah cakap la apa rasa bila tengok seramai itu calon. Dalam hati 50-50 jugak. 

Tepat jam 11.00 am, calon dibenarkan memasuki dewan peperiksaan dan perlu mengisi butiran pada borang jawapan yang disediakan. Peperiksaan bermula pada jam 11.15 am selama sejam dan tamat tepat jam 12.15 pm. Sebanyak 50 soalan 'multiple choice' disediakan diantaranya : 

  1. Pengetahuan Am
  2. Latar belakang DBKL
  3. Matematik dan Penyelesaian Masalah
  4. Isu Semasa
  5. 3 soalan berdasarkan artikel Bahasa Melayu
  6. 3 soalan berdasarkan artikel Bahasa Inggeris
Kalau ada rezeki, in shaa Allah dapatlah I ke peringkat seterusnya iaitu DRAC 2. I rasa dah buat sehabis yang terbaik tu. Soalan Matematik memang I rasa boleh score. Harap-harap ada rezeki I kali ni. Exam kedua untuk tahun ni daripada 3 percubaan panggilan temuduga dan peperiksaan. Macam biasa, I would like to say the magic word, DOAKAN I! 

Tq u all...

Good luck u ols!

Car Boot Sale @ KOMBES Paroi

Lagilah meriah! Mula-mula dengan adanya padang sintetik. Lepas tu peralatan sukan memang best dan macam-macam ada dekat sini. Lagi happening bila ada lagu aerobic yang rancak dan meriah dan dengan ramainya yang join. Tambah lagi dengan car boot sale dekat parking lot sini. Ahha, car boot sale y'all! 

I pelik jugak kenapa parking dah tak banyak, bukan main jugak pakcik tu tutup jalan masuk, bila ke dalam baru nampak sebenarnya dah mula ada jualan dekat sini. Cun sangat! Cun sangat untuk insan-insan baru nak menapak macam I ni kan. Bila nampak je terus berpuluh macam jenis mentol muncul dekat kepala ni. Bestnye! 

Lokasinya ialah di KOMBES Paroi punya parking lot. Senang cerita depan dewan badminton dan TV besar. Alahai, kalau masuk dari pagar jalan terus je nanti dah nampak. Bermula jam 7.00 pm setiap hari Jumaat dan Sabtu. Dan bermula pada hari ni. Time cuti sekolah ni memang molek benar lah sebab orang Seremban ramai turun sini untuk beriadah malam hari. Almaklum, siang tu kalo panas memang tak boleh handle. So, malam memang strategik la. 

In shaa Allah, akan I hubungi MPS untuk double confirm berkenaan tapak jualan di sini. Nampak menarik dan boleh buat something yang I rasa belum ada orang yang buat. Doakan kami!

Tak berapa luas tapi banyak jugak meniaga sini.
Ha situ bawah spotlight tu la...

Big Bad Wolf.... AGAIN?!

Berhantu! Menyampah betul la... Kali ni diorang buat non-stop pagi petang siang malam. It supposed to end on Tuesday night at 9.00 pm but they extended the sale till 11.59 pm, 21/12/2014! Ini memang kerja gilo. Diorang ni macam tau je yang I ada beberapa buku tak dapat lagi. Ecehhhh, macam ayat manis nak ajak Sayang pergi lagi jer ni :D Hihihihihihihihi!

Bestnye!
Ceritanya yang buatkan I pergi ke Mines untuk Big Bad Wolf ini ialah bila I habis je ujian khas di Cheras tu. Ahha, nak tau ape cerita I pergi ke DRAC 1 di IDB bolehlah KLIK SINI untuk cerita selanjutnya. Tu yang dah alang-alang sehala je kan dari Cheras ke Seremban moleklah kalau kaki ni melangkah ke Mines barang sejam dua tiga empat lima jam. Alhamdulillah, Nak jugak Sayang bawak I.

Kemain banyak bukunya! Pengsan....
Kalau pergi malam takdelah ramai macam ni kot
Kali ni, sebesor-besor tu, 3 buah buku je I beli. Tu pun, 2 buku untuk Ain, sebagai bahan bacaan boring-boring cuti sekolah. Lagi satu buku masak-memasak untuk I. Kononnya nak cari minat baru la nak memasak pulak kan. Mana tau boleh buat duit dengan masak sedap-sedap ni. Tunggu lah nanti I demo cara-cara dalam buku tu. Nampak macam simple dan menarik. Sayang pun boleh try, katanya. Nak tengok nanti dia buat ke tidak hehehe.

Datang lagi sekali I nak cari buku ni. Bagus sangat. Persediaan untuk anak-anak Mummy ecehhhh!
Kali ni BBW banyak novel Bahasa Melayu. Satu improvement jugak dapat menarik penggemar novel Bahasa Melayu. Dekat belah luar tu pulak ada bahagian charity books. Kita beli buku dan donate pada beberapa rumah anak yatim yang memerlukan bahan bacaan. Ada jugak beberapa poster yang Sayang macam dah target je tu. Haihhhh, I suka yang Marilyn Monroe la... Paling menarik minat I ialah lampu ala-ala konsert ni. Rasa macam nak buat dekat rumah je. Hahahaha. Serius I suka!

Ala pakai mentol bulat lampur bilik air je pun... Boleh ek Sayang. Kita buat nama kita gabung-gabung haha
Oleh kerana pay day dah dekat, BBW pun extend, bolehlah meracau ke sana lagi. Kena gosok lebih dekat Sayang ni. Nak beli buku  masak-masak la. Kalau boleh buku jahit langsir ke jahit manik ke. Pastu nak cari gak buku Sophie Kinsella yang series lain. Tak kira!

I yang paksa Sayang bergambor macam ni. Maapkan isterimu ye. Tapi comel!
p.s. Now I'm wondering why I'm so 'mak-mak' lately. Not only the 'mak-mak' thingy but I also bought some girly stuffs like make ups, skirts and new scarves. This is just not me!


Tuesday, December 16, 2014

Tips Kurangkan Nafsu Membeli Makanan

Tips lagi! Yay! I dah implement dalam kehidupan seharian. Kali ni usaha I agak berjaya. Hal-hal macam ni, kena keras hati, degil dan kejam. Gitu sikapnya kalau nak berjaya ye. Bukan apa, sikap untuk berjaya dalam benda yang baik tak salah kan. Nak seribu dua ribu tiga ribu daya, taknak sejuta dua juta tiga juta dalih. Ahha, terasa sangat nih.

Ceritanya begini, setiap kali I pergi ke shopping mall, tak kiralah di Seremban pun, macam banyak gila kot benda-benda yang menarik untuk dimakan. Kalau ke supermarket tu selalu ternampak cokelat yang tempting macam apa je. Kalau ke cafe atau booth dalam shopping mall lagilah macam apa je air liur ni. Contohnya, Palm Mall yang ada J.Co tu. Mencabar nafsu betul. I bukan jenis makan steamboat ke burger ke pizza atau pasta secara extreme. Tapi kalau bab coklat dan pastries, serah pada Waniesamani! Ok setelah introduction sepanjang 5 kilometer, meh I bagi tips yang I gunakan untuk mengawal nafsu membeli makanan terutama untuk macam I ni yang suka gila coklat.

Bawak air kosong / mineral water

SELALU! Jangan malas dan jangan mengelat. Nak keluar je terus bawak botol air kalau boleh 1 liter, Kalau berat dan beban sangat rasa air tu bawak Tupperware 750 ml pun dah ok asalkan muat masuk handbag. Kalau terlupa sangat sangat, belilah mineral water RM1 dekat kiosk yang jual suratkhabar dan majalah tu. Tak susah kan. Nampak je benda yang tempting sikit macam Famous Amos tu terus selawat dan minum air. Semoga nafsu nak ke arah booth Famous Amos tu terbantut. 

Banyakkan berjalan ke kedai lain

Jangan asyik pusing-pusing food court je. Selalunya dalam shopping mall kan ada khusus level yang semua kedai makan je kan. Avoid! Hahaha sila retour kan perjalanan anda ke level lain. Jangan buat hal, kang ada yang masa keluar rumah 90 kg, bila sampai rumah terus naik 98 kg., Amboiiiiii! Ok, ingat tau, jangan round area restoran nanti termakan hahahaha.

Tetapkan matlamat

Macam I pada hari ni, niat nak ke Mydin Mall Seremban 2 sebab nak tengok kedai tudung Aidijuma dan nak cari bedak Chriszen. Mata tetap tersasar ke promo coklat-coklat sempena Krismas ni. Faham aje lah, kalau dulu dekat nak Krismas mesti coklat belambak jual dekat tengah-tengah mall, mesti I beli! I siap dah buat kira-kira tadi, setakat Toblerone paling besar tak effect kot berat badan, baru berapa RM. Last sekali, terus tangkap dalam otak, boleh beli mascara ke dengan bedak sekali ni kalau tak beli coklat. Pastu, dapat grab tudung A.J ke shawl satin dekat WeenWeen Bazaar pun cun jugak. Niat nak beli Toblerone tu terbatal. Alhamdulillah........ Selamat duit hihi.

Terus ke bahagian sayuran

Untuk yang ke supermarket tu, terus ke bahagian sayuran segar dan ayam, daging dan makanan laut segar. Jangan pergi area makanan dalam tin mahupun bahagian tit bits. Untuk lagi accurate, terus ke bahagian salad ke, lemon ke, tomato ke timun ke yang semuanya bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman. Think of it, beli lemon ape semua boleh buat detox water. Detox water untuk cleanse kan sistem pencernaan dan boost immune system kita. Kan?????

Setakat ini, tu je lah tips yang dapat I bagi. In shaa Allah, I masih dan akan amalkan semua tips ni secara berkesan. Macamlah I takde cheat langsung kan? Ada tu tetap ada. Tipu lah satu hari pun takde I makan burger sedap dengan kek coklat. Adaaaaaa.... tetap ada. Cuma I paling kontrol tak minum yang bergas dan manis-manis. Kalau nak sedap sangat pun air tetap I ambik je air buah tidak bergula. Tapi bukan carrot susu tau! 

Wednesday, December 10, 2014

Ada Apa Dengan RM1Juta?

Boleh tanya ada apa? Macam-macam ada tau tak hihi. Kisahnya, tempoh hari masa teman Sayang di Metro Point Kajang, dah lama sangat menunggu, I pun dengan Farish cuba lah berjalan-jalan dekat bawah kompleks. Masa nak turun ke eskalator, berkepuk duit RM50 kitorang nampak. Terbuntang lah mata sekejap. Serentak I dengan Farish jerit, "Ehhhh duit!" hahaha anak beranak sama-sama terbuntang. Entah duit siapa, entah berapa jumlah, entah tujuan apa duit tu, entah siapa ambik. Mungkin orang kaya, terlampau kepuk duit tak muat masuk poket dan beg, mungkin orang tak berapa kaya, baru dapat gaji, begnya bocor T_____T duit siapa pun harap dapat lah tuannya kembali...

Ada apa dengan RM1Juta?

Bagi pada I. Sekelip mata ghaib. Ada satu benda je yang I nak laksanakan kalau betul-betul I dapat duit terpijak ni. RUMAH PENJAGAAN KUCING TERBIAR. Dengan sejuta ini, I betul-betul nak membela nasib anak-anak bulu yang terbiar dekat tepi-tepi jalan.

Actually, I ada terbaca berkenaan satu rumah penjagaan kucing terbiar yang yang memang sengaja mem'biar'kan kucing-kucing yang berada di dalam jagaan mereka. Ya Allah... Tak takut ke balasan Allah. I baca sampai meremang bulu roma, meleleh air mata... Sampai berbunuh sesama sendiri, makan keluarga sendiri dan mendapat penyakit dikerjakan oleh tuan empunya rumah tersebut. Tak pasti dengan kesahihan ceritanya, tapi ianya sangat memberi kesan yang sangat dalam jauh di lubuk hati I. Orang sepak kucing pun I emosi, ini kan pulak buat macam ni...

Kalau betul I ada duit sebanyak tu. meh sini hantar stray cats dekat rumah perlindungan I. Lepas dah hantar stray cats tu akan dimandulkan. Supaya mengelakkan dari menambah zuriat mereka. Ya Allah, janganlah kata I kejam sebab buat begini pada kucing. Inilah inisiatif yang paling baik bagi mengelakkan pertambahan mereka. Tengok saja dekat kedai-kedai makan dah banyak sangat kucing terbiar. Kesian, tak terjaga, ada mati je macam tu. Dekat pasar lagilah selalu orang hantar.

Entah, I sensitif sangat pasal hal kucing ni. Nak kata I pencinta haiwan sangat takdelah kot sebab hamster I geli dan takut! Haha. Cuma I memang sayang gila dekat kucing-kucing. Comot ke hitam ke kurus ke kurap ke semua I pernah jaga dan looking forward to have more..

Karpet. Matanya hilang sebelah sebab bergaduh dan infection masa masih lagi seekor stray cat.
Sekarang dah makin debab dan bersih sebab duduk dalam rumah je. Gigi depan dedua pun dah takde tu lidah sentil hehe.
Itulah impian I. Mewujudkan rumah untuk kucing terbiar. Sebak masa menulis entri ni. Mungkin sebab I baru kehilangan Koko. Atau mungkin I tak tahan dengar kucing comot yang masih kecik menjerit bergaduh belakang rumah. Nak ambik, tapi tak dapat persetujuan bersama. Terpaksa pekakkan telinga. Alhamdulillah, masih diberi makanan oleh Mama.

Comomot. Berjaya jugak masuk ke White House ikut grill belakang dan duduk antara pintu kayu dan grill.
Dah tak dengar bunyi kucing menjerit lagi sebab Comomot dah selamat dalam rumah. Cuma Blackie tah mana pergi...
Doakan I berjaya capai impian I dan dikelilingi oleh budak-budak bulu ni. In shaa Allah...

Gambar hiasan : Mumu Gemok pakai jersi dah get ready nak main bola agaknya :)