Nuffnang Ads

Wednesday, December 3, 2014

RSVP : Ujian Khas DRAC 1

Alhamdulillah dapat lagi satu panggilan untuk jawatan baru. Kali ni tukar angin pulak dari SPA ke PBT. Memang I ada apply hari tu tapi kebiasaannya tak pernah pun dapat panggilan macam ni ke DBKL, mungkin kali ni rezeki Allah bagi nak cuba sini pulak. Takpelah, ujian aje, berjaya ke tak belakang cerita cuma kena struggle sikit sekarang. I ada komitmen untuk dua ujian dan temuduga. Untuk hujung minggu ni I akan ke SPA dan ujian di DBKL seperti gambor di bawah.

Surat jemputan belum dapat..
Walaupun I tau, dalam PBT macam ni kebiasaannya ada internal punya calon tapi I tetap nak pergi mencuba. At least tau la apa soalan yang akan keluar kalau untuk jawatan N41. Ini pertama kali I nak ke ujian untuk jawatan ini. Tiba-tiba kan, rasa nervous la pulak! Padahal dah berapa kali exam. Hahahaha.

Kebanyakan yang I tau jugak, macam DBKL ni, MPS dekat Seremban ni, diorang pentingkan aktiviti sukan. I cuma ada bakat netball aje, dengan Zumba! Boleh pakai ke muahahaha! Tiba-tiba macam nervous tu dah double up. I harap ni berbekalkan netball aje le... Berserah!

Oklah untuk kawan-kawan yang di luar yang dapat jugak jemputan ke ujian ni, semoga berjaya dan sama-sama kita berjuang. Ewaaaaahhhh! Macam askar le pulok! 

Ok bai!

1 comment: