Nuffnang Ads

Wednesday, December 17, 2014

Pengalaman Ujian DRAC 1

Berjaya jugak sampai ke IDB di Bandar Tun Razak, Cheras walaupun kelewatan keluar rumah akibat masalah teknikal. Nama I tercalon untuk sesi kedua dengan angka giliran nombor 650. IDB merupakan singkatan kepada Institut Latihan DBKL. Waktu I sampai lebih kurang jam 9.20 am dan ramai sangat tengah menunggu di lobi. 

Untuk sesi kedua, sesi pendaftaran bermula jam 10.00 am sehingga 11.00 am. Lepas tu kami semua dibenarkan masuk. Sempat jugak I jeling tengok angka giliran adalah sehingga 798. Maknanya ada lebih kurang 798 orang calon jugak yang hadir mengambil ujian. Termasuk juga, calon KPSL dari DBKL sendiri. Ramai! Tak usah cakap la apa rasa bila tengok seramai itu calon. Dalam hati 50-50 jugak. 

Tepat jam 11.00 am, calon dibenarkan memasuki dewan peperiksaan dan perlu mengisi butiran pada borang jawapan yang disediakan. Peperiksaan bermula pada jam 11.15 am selama sejam dan tamat tepat jam 12.15 pm. Sebanyak 50 soalan 'multiple choice' disediakan diantaranya : 

  1. Pengetahuan Am
  2. Latar belakang DBKL
  3. Matematik dan Penyelesaian Masalah
  4. Isu Semasa
  5. 3 soalan berdasarkan artikel Bahasa Melayu
  6. 3 soalan berdasarkan artikel Bahasa Inggeris
Kalau ada rezeki, in shaa Allah dapatlah I ke peringkat seterusnya iaitu DRAC 2. I rasa dah buat sehabis yang terbaik tu. Soalan Matematik memang I rasa boleh score. Harap-harap ada rezeki I kali ni. Exam kedua untuk tahun ni daripada 3 percubaan panggilan temuduga dan peperiksaan. Macam biasa, I would like to say the magic word, DOAKAN I! 

Tq u all...

Good luck u ols!

2 comments:

  1. hye..I pun attend jgk exam ni hrtu. esok interview. nebes tp x prepare ape2 pun. gud luck for us.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai :) Sama jugak I takde preparation ni hehehe jumpa esok ye

      Delete