Nuffnang Ads

Wednesday, December 17, 2014

Car Boot Sale @ KOMBES Paroi

Lagilah meriah! Mula-mula dengan adanya padang sintetik. Lepas tu peralatan sukan memang best dan macam-macam ada dekat sini. Lagi happening bila ada lagu aerobic yang rancak dan meriah dan dengan ramainya yang join. Tambah lagi dengan car boot sale dekat parking lot sini. Ahha, car boot sale y'all! 

I pelik jugak kenapa parking dah tak banyak, bukan main jugak pakcik tu tutup jalan masuk, bila ke dalam baru nampak sebenarnya dah mula ada jualan dekat sini. Cun sangat! Cun sangat untuk insan-insan baru nak menapak macam I ni kan. Bila nampak je terus berpuluh macam jenis mentol muncul dekat kepala ni. Bestnye! 

Lokasinya ialah di KOMBES Paroi punya parking lot. Senang cerita depan dewan badminton dan TV besar. Alahai, kalau masuk dari pagar jalan terus je nanti dah nampak. Bermula jam 7.00 pm setiap hari Jumaat dan Sabtu. Dan bermula pada hari ni. Time cuti sekolah ni memang molek benar lah sebab orang Seremban ramai turun sini untuk beriadah malam hari. Almaklum, siang tu kalo panas memang tak boleh handle. So, malam memang strategik la. 

In shaa Allah, akan I hubungi MPS untuk double confirm berkenaan tapak jualan di sini. Nampak menarik dan boleh buat something yang I rasa belum ada orang yang buat. Doakan kami!

Tak berapa luas tapi banyak jugak meniaga sini.
Ha situ bawah spotlight tu la...

No comments:

Post a Comment