Esok balik kampung, yay! Esok lepas kelas pagi, I akan ke Kuala Pilah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buah (betul la kot kalau sepupu Sayang punya anak kira pangkat anak buah la kan) dan juga kenduri tahlil untuk Arwah Uwan. In shaa Allah I akan bawa Mama balik. Mama tak boleh balik harini ikut Kak Lang, so Mama decide untuk follow I dan Sayang esok.
Kebetulan ada kenduri kahwin bergabung dengan tahlil, sepatutnya kami tidur di kampung tapi pada Ahad pagi tu I ada kelas pagi jugak. Maknanya lepas kenduri tahlil kami akan pulang semula ke pangkuan kucing. Hahaha. Actually, pada hari Sabtu siang kenduri di belah perempuan, malam kenduri tahlil, hari Ahad siang kenduri belah lelaki. Takpe, lepas kelas pagi nanti Ahad tu kami balik semula ke kampung.
Macam mana lah keadaan kenduri di Kuala Pilah ek. Ini pertama kali kot, macam nervous pun ada jugak. Tak pernah beraya disini, tak pernah join kenduri disini. My first experience goes to this event. Hopefully semuanya baik-baik saja. Semalam sempat jugak I interview biras I iaitu Kak Ratna. Hihihi nervous!
Mungkin nervous yang nak ke kelas pertama bercampur-campur dengan nervous first time kenduri kot. Hehehe. Dan aktiviti bersenam pada malam minggu ditangguhkan ke petang Ahad di Seremban 2 sahaja. Sebab sekarang pagi pun dah tak boleh :)
Amboi kemain peluh akak baju grey tu! Gambar takde kena mengena dengan event ye, harap maklum hahaha. |
Gambar di atas dicilok dari FB KEG.