Nuffnang Ads

Tuesday, May 20, 2014

Mama Wanie Is Mak Teh Now

Pertama kali! Tak pernah ada gelaran-gelaran gini. Kalo tak dulu anak-anak buah I memang panggil Mama Wanie je. Kalau anak-anak buah yang 'dulu' memang panggil Mummy, sama dengan Aimy pun panggil Mummy gak. Kalau geng-geng punye junior pulak panggil Auntie Ticer atau Auntie Wanie. Takdelah complicated sangat. Senang nak nyebut pun kalau MaWanie tu. Mummy pun sama. Tapi, tapi, tapi... Mak Teh lagi senang sebut kot! 

Berikutan kepada Sayang adalah seorang Pak Teh, maka secara automatik akan terjadilah Mak Teh kepada 10 orang anak buah, cucu kepada Atok Miyah dengan Wan Pipah. Rasa cute lah pulak. Yerp, memang Pak Teh ada ramai anak buah sebab I ada 2 orang abang ipar dan seorang kakak ipar. Ramai kan! Seronok la bila pegi rumah Mama Baba memang riuh.

Ayong dan Kak Long ada 3 orang hero dan sorang heroin yang sulung, Ain. Lepas tu baru Afan, Rayyan dan Izz. Anyah pulak I belum pernah jumpa sebab Anyah dan Abang Adib sekeluarga sekarang dekat Melbourne dan I pernah jugak Tango dengan Maia, Una dan Ali Umar. Yang ketiga ialah anak-anak Abang dan Kak Ratna iaitu Alia, Farish dan Adam. Campur-campur semua jadi sepuluh orang. Yang sulung dah umur 10 tahun, Ain lah dan paling kecik I pun confuse sikit antara Ali Umar (Anyah) dan Izz (Ayong). For the time being, Pak Teh belum jadi Daddy hahaha soon, baby, soon!

Rumah Paroi memang riuh. Pastu datang lagi anak-anak buah yang lain. Masa kenduri kahwin punyalah ramai. Sebabnya Mama ada ramai anak buah kiranya sepupu kepada Sayang yang semuanya lagi tua daripada kitorang. Anak buah yang paling tua pulak umurnya dah 27 tahun dan bakal bertunang bulan Mac ni. Best nyeeeeeee! Memang Mak Teh suka kenduri-kendara ni.

Whatever it is, Mak Teh is just a name. Asalkan diorang kenal, Mak Teh, dah bagus sangat-sangat. Lagipun senang nak sebut Mak Teh kang kalau Auntie Wanie macam panjang benor kan. Harus, menghormati budaya family lain, once dah masuk dalam tu. Jangan ikut kepala kita aje. Kalau kita nak orang pun hormati kita. Belajarlah, jangan berhenti walau dah kahwin 20 tahun pun dengan pasangan.

Moh layan gambor anak-anak Mak Teh ni. I heart u all! And I'm so happy to be in this family.

Ini baru 3 orang... Ade lagiiiiiii~ Hahaha. 2 orang anak Abang dan sorang anak Ayong. Ceteka yang mana! hehe

No comments:

Post a Comment