Nuffnang Ads

Friday, May 9, 2014

So Key Ell. Phew!

Kadang-kadang kelakar tengok orang dari luar KL yang berhijrah ke kotarayaku tu. Gayanya taknak kalah, bahasanya so pelat Mat Saley, cara hidupnya macam anak jati Sri Hartamas. Padahal bukan kita tak tau life sebenar dia macam mana. Cuma tak berkenan dengan 'act' dia yang over gitu. Nak kata lupa asal-usul tak jugak, tapi bila dia jejak je KL macam hebat and gah sangat. Fuyyo!~ 

Respect la akak tu orang KL... Keje KL, stay KL dah rasa 'havoc' sangat la kot. Makan pun tempat best-best. Tak macam kita yang duduk Seremban ni, makan pun paling best Windmill je. Takde Wondermilk, Victoria Station, Chilli's dan yg busuk-busuk pun, takde Auntie Anne's pun dekat sini. Kat KL macam-macam ada. Sikit-sikit post kesana sini. Banyak duitnye ye. 

Cuma nak pesan, tak payah berlagak sangat lah... Buat relax sudah. Nak berlagak KL sangat tak payah. Rasanya clan-clan yang pure KL takde pun mengelabah sangat macam tu. Cool je. Kawan-kawan I, sepupu-sepupu I, dan kitorang adik beradik, memang orang KL, kitorang relax je. Tapi yang setahun jagung, sekolah dulu pun tah ceruk mana, perghhhh! Hebat!

Shopping tempat best-best je. Maklumlah orang KL semua berduit, gaji besar. Kitorang duduk Seremban, keje Kerajaan pulak gaji ciput. Tak setanding kot dengan environment dia yang shopping barang branded je. Erghhhh! Please lah jangan berlagak sangat...

Derr, sampai bila pun nak megah. Kitorang dah puas duduk KL tu. Dari zaman sekolah dah redah Bukit Bintang, PJ segala. Setakat OU, alahaiiii. Putra LRT dari naik free kitorang dah terjah lepas balik skolah pakai baju sekolah je. Weekend, lepas tuisyen, kitorang pergi OU nak release tension. KLCC? Dari zero ke hero kitorang dah ngadap. Balik keje hari-hari lepak Chinoz ape ade hal. Celebrate birthday dekat TGI Friday pun dah bosan. 

Rasanya kawan-kawan kitorang jarang dah kot lepak Starbucks, baik pergi makan puas-puas dekat Murni atau William lagi sedap kot. Paling heaven dalam dunia sampai tekak gulp-gulp sekarang ialah Malis. Tak pun Nasik Lemak Antarabangsa je. Apa ada hal.

Paling orang tak tau, walaupun kitorang asal KL tapi berkawan je dengan semua warna kulit. Berkawan je dengan semua keturunan. Berkawan je dengan semua orang. Ye, ada antaranya lahir dari banglo mewah, ada yang lahir di rumah pangsa, ada jugak dari kawasan setinggan. Tak pernah pulak kitorang bangga, megah, riak dengan diri sendiri (kecuali kata-kata dekat atas tadi memang menampakkan yang I bermegah-megah). Cukuplah dengan apa yang ada...

Bukan nak up diri sendiri, bukan nak bangga lahir di KL tapi kadang-kadang kesal dengan sesetegah manusia yang berlagaknya macam bagus sangat macam la boleh bawak style KL tu sampai ke kubur. Bagi kitorang yang dah puas dengan kehidupan di KL tu yang berubah angin kebanyakannya. Dari yang jahil kepada yang lebih berhati-hati dengan duniawi. Alhamdulillah, kebanyakannya kawan-kawan I yang budak 'KL' tak rosak sangat macam budak yang baru nak up dan datang keje atau study dekat KL dan dia claim dah power dan familiar sangat dengan KL dan lifestyle yang hebat itu. Tak perlu lah....

Alhamdulillah, KL jugak yang mengajar kitorang, langit dan bumi cuma pinjaman dari Allah. Dah puas Dia pinjamkan keseronokan di KL dan kitorang pun jenis biasa-biasa je. Tak extreme mana pun. Semoga Allah selalu pelihara hati kitorang tak kira dimana kitorang berada.

Amin.

This is my hometown :)

No comments:

Post a Comment