Nuffnang Ads

Friday, May 2, 2014

Bercuti Di Broga Lagi

Wahaha~ macam la Bukit Broga tu port percutian yang paling menarik di Malaysia. Maksud kepada title diatas ialah - HARI PEKERJA DAN KAMI MENGHABISKAN WAKTU CUTI KAMI DI BROGA. Kali ni bertiga sahaja. Dengan Mama Paroi! Kuat weh... Umur 69 boleh tawan Broga. Malu gilos kalau muda remaja macam kita yang sihat walafiat buat statement, "..ala... tak larat la takut pancit..." Ooooppp, maaf maaf, pilihan masing-masing ye :)
Ini Mama saya! Power kan beliau :)
Kali ni kami bergerak lambat sikit dari Seremban atas faktor-faktor kekurangan tidur selama beberapa hari dan disebabkan I bersenam dengan peluhnya pada Rabu malam. Alasan lagi, sebenarnya terbangun lewat. Cuaca mendung-mendung, syok wo! Dalam 7.15 am baru bergerak dari rumah, ambik Mama, isi minyak, beli cikedis dan jalan.

Sampai je dekat parking kelapa sawit, umang aiiii, ramainya orang pada hari ni. Semua berebut-rebut nak turun. Walhal, kitorang baru je sampai. Dengan kitorang pagi tu ada dalam satu bas pelajar dari Sekolah Menengah Pendeta Zaaba, Paroi Jaya. Ooooohhh, sangat ramai ye korang ni adik-adik. Siap ada yang tangkap gambar dengan Mama tau. Sebab Uwan ni kuat la sampai ke puncak Broga hehehe. Eh lupa nak bagitau, dari parking bawah ke puncak pertama kira terer la Mama first-timer dan agak emas usianya buat selama 30 minit sahaja. Please la jangan compare dari bawah sampai atas 15 minit je ok. Terima kasih.
Apa pun, yang paling menyayat hati ialah bila telefon I jatuh terhempas atas batu! Huaaaaaa :'( Gila sedih tahap maximum. Dalam hati berdoa, bertawakal je. Alhamdulillah masih ok. Time tu kepala otak dah buntu sangat. Kalau telefon ni rosak alamatnya setahun lagi kumpul duit baru dapat beli baru...

Ahad ni naik lagi, sebab nak jaga stamina katanya. Kitorang dah ada plan nak naik gunung lain pulak. Semoga Allah pemudahkanlah. Nuang, Datuk, Angsi, Tok Wan tunggu kitorang k. Hehehe. Minggu depan akan naik beramai-ramai. Tunggu Abang balik dari outstation, tunggu Noyin turun Seremban, tunggu Angah Ina free, tunggu Kak Lang bagi kata putus.

Meh belanja gambar sikit. Aummmmmm!
Sory Ma, your menantu is so gewdix :D
Nampak tak ramainya orang kat situ...
At last~
Wuuuuuuu~


No comments:

Post a Comment