Nuffnang Ads

Monday, May 5, 2014

Lagi Sekali... Broga!

Muka I dah hitam bak Dayang Senandung. Memang kelakor wey! Muka hitam, bibir ala-ala pinkish gitu. Tengok cermin dah gelak-gelak. Tu belum lagi cerita bab muka ada 2 tone warna. Part yang cover dengan tudung kemain terang jelas kalernye. Part yang terdedah tu mak aihhhh... Macam pakai foundation kaler paling gelap! Tak mampu nak repair dah. Sayang kata,

"....standard la, kata lasak, kata outdoor. Ape lagi, Fair 'n Lovely lah!.."

Oooo, memang tidak la. Dah penat adjust nanti berhitam balik sebab nak pegi pulau pulak. Muahaha banyaknya program. Kepala running je tu semua. Jadi ke tidak belakang cerita. Kalau tak jadi boleh je postponed kan. Kalau jadi memang syok la! 

hai! I sangat DS :)
Ahad lepas, ke Broga lagi. Kali ni ditemani Kak Long Niza, wife kepada Ayong, kakak ipar kepada Sayang dan biras kepada I. Amboi panjangnya title, semua nak disebutnya. Takpelah, janji faham dengan apa yang I cuba sampaikan. Patutnya Mama ikut lagi, tapi ade sikit tersilap info tu yang Mama tak jadi ikut walaupun hati meronta-ronta. Takpe lah Ma, Ahad ni ye kita pergi lagi ramai-ramai.

Tengok Kak Long ceria sangat! Nasib I takde gambo dia masa atas batu yang takut kemut-kemut tu hihihi
Kak Long steady, sebab dia dah biasa joging. Kali ni Broga tak ramai macam masa Labor Day. Takde lah sampai 2 bas parking dekat bawah. Masa kitorang naik tu dah ramai turun. Kena slow down sikit masa mendaki. Tu yang lambat sikit, chewahhh! Padahal ada orang tu pancit sikit kali ni. Katanya sebab Khamis lepas baru naik, so, Ahad masih penat lagi. Bahahaha! Sayang, I dah siap aerobic lagi malam tu. Tidur pun sama lambat dengan u. 
Kitorang ceria sebab dah makan nasi lemak. Kak Long tengah feel sambal kejap sampai tak sempat posing hehe
Eh eh! Samalah.... Love you, Sayang!
Semalam kitorang sampai dekat puncak terus makan nasi lemak. Memang sebelum naik tu kena isi perut. Kesan daripada tidak isi perut ialah Sayang loya-loya nak muntah. Like, seriously, sebelum mula perjalanan silalah makan roti sikit. Untuk lapik perut. Nasib baik, I beli nasi lemak bungkus dekat gerai bawah. Sampai atas terus Sayang isi perut. Baru lah dia bersemangat nak bergambar ape semua. Ok Sayang, we learnt a lesson for that day.

Kali ni dah tak cerita panjang lebar. Sebab nak tunjuk gambar je. Hehe.

Sorry yang kurus tu Kak Long bukan I hehehe~

No comments:

Post a Comment