Nuffnang Ads

Tuesday, November 11, 2014

Ipoh Mali - Day 2

Bangkit jam 9.00 am, haih, letih benor ke Yong? Maunya tak letih, sampai ke bilik malam tadi dah jam berapa, borak-borak, gelak-gelak lagi dah jam berapa pulak. Konon nak bangun awal, cari breakfast sekitar Manjoi, in your dreams aje lah memasing. Hahaha.
Pengantin di hari persandingan mereka
SABTU - 08.11.2014

Tepat jam 12.00 tengahari kami memang punctual kami checkout dari Hotel Manjoi Inn. Menggunakan sepenuhnya apa yang dibayar, katanya! Hehe. Terus kami ke Dewan Orang Ramai Manjoi untuk upacara persandingan Wawa dan Benos. Alhamdulillah, just right on time. Orang belum ramai. Pengantin pun belum berarak lagi. Dapat meja tepi air-cond dan sebelah meja buffet. Best kan lokasi pemilihan table kami hihihihi.

Family portrait kami. Sambil makan pun boleyyy~
Selamat sudah persandingan pengantin Frozen pada hari itu. Sepupu pengantin paling happy, dapat gelak-gelak dengan sedara-mara, dapat makan melantak sampai kenyang pastu rasa berdosa sebab lupa diet dan dapat bergambor sana sini. Cuaca pun elok sangat di Manjoi. Dalam jam 2.30 pm kami meneruskan perjalanan pulang pula... Niat hati nak pergi lagi makan ketam tapi apa kan daya....

Ambik kesempatan sikit bergambor dengan retis.
Bob - Niezam Zaidi - Adik
Family portrait depan pintu dewan pulak
Salanglyn - Samama - PC Lan - Acunen - Samani demok (demoknye I!)
Cantiknya pengantin Frozen niiii
Perjalanan pulang pun macam-macam perancangan tu. Lepas I transformed di R&R Tapah, terus Mama dan Acu decide untuk ke Teluk Intan, kampung deme le tu. Tujuannya nak makan Mee Rebus yang famous tu dan berjumpa sedara mara Warisan Bandor dekat sana. 
Samama!
Sekali lagi, berpandukan Waze, jam 4.40 pm kami berjaya sampai di Mastan Ghani yang berhampiran dengan Menara Condong Teluk Intan. Amboi, makan Mee Rebus sampai tapau 7 bungkus. Puas! Hahahaha. Lepas makan, mengeletis I nak bergambor dekat Menara Condong Teluk Intan. Gambar I tak tercapai tapi gambar Mama tercapai dengan jayanya. Siap ada promosi untuk Ewal AF dekat situ. Kalau nak ke Mastan Ghani Mee Rebus dan Rojak bolehlah berkunjung ke :

No.62, Jalan Selat
Teluk Intan, Perak

atau boleh click DISINI ada menyatakan beberapa alamat lagi. Silalah ye :)

Kedai asal Mastan Ghani
Dah puas bergambar, bertolak balik la kami ni ke Seremban. Ingatkan dah selesai acara makan-makan, rupanya ada destinasi terakhir yang diorang nak tuju. Apa lagi kalau bukan nak singgah Pau Yik Mun di Tanjung Malim! Fuh! Fuh! Fuh! Ini mendera perut I namanya....! Nasib baik tapau je pau dan makanan-makanan lain. Sampai pun dah Maghrib. Dengan perut full lagi. Tapau pun berbelas jugaklah pau tu. Jangan tak makan habiskan siaplah kome ye! Untuk alamat kedai di bawah I dapat dari SINI ye : 

No. 1,3,5, Jalan Besar
35900 Tanjung Malim, Perak

Pau dah ada dalam perut.. Gambar signboard je yang mampu tayang dekat sini haha
Setakat ini saja perjalanan kami mencari makanan walaupun tujuan perjalanan ialah untuk menghadiri persandingan Wawa dan Benos. 2 hari macam tak cukup lah. Sebab itu pun ada lagi kedai yang belum sempat kami jalan. Ikutkan Mama, dia nak ke Mee Udang Kuala Sepetang. Jauh Ma, dekat Taiping nun. Lainkali ye...

Apa pun, Alhamdulillah kami sampai di rumah masing-masing jam 9.30 pm dengan perut yang kenyang. 

No comments:

Post a Comment