Nuffnang Ads

Thursday, November 20, 2014

Nak Kurus : Cabaran 15kg

Dah tak tau nak jawab mampu ke tidak... Masa merubah segalanya. Apa yang I boleh cakap ialah.. Yakin boleh! Dukacita dimaklumkan, I memang terpaksa turunkan sebanyak..... 

AT LEAST 15KG! 

Atas desakan dan keperluan untuk I menjalani temuduga, memang I kena cut off 15kg ni untuk achieve BMI ke 26. Sekarang BMI ialah 32 T______T menangis dah takdak lagu, ayaq mata pulak dah keghin, la  ni mata duk rasa macam ada pasiaq sikit. Baru I terbaca syarat untuk Pemeriksaan Fizikal bagi temuduga yang akan I hadiri pada 6.11.2014 ni di Putrajaya. 

Suruhlah I berlari, ukurlah ketinggian I. Tapi, bukan ukur berat I! Memang pada mulanya I nak mengalah dah, I taknak hadiri pun temuduga tu, bila difikir balik macam menyesal nanti padan muka I kan. Dengan itu, I berjaya tekadkan hati, kuatkan semangat dan turunkan sebanyak mana kilogram yang boleh. Kalau tak berjaya 15kg pun mungkin 10kg dah mencukupi. Dan I yakin selama 3 minggu, I mampu buat. In shaa Allah...

Hari Isnin yang lepas, bermula dengan berat sebanyak 86kg, I dah mulakan corak pemakanan yang baru. Nasib baik I dah mula saja-saja untuk tak minum air manis dalam Cabaran 10 Hari Air Kosong yang I berjaya lakukan dan degilkan tekak untuk tolak air manis. Kali ni, cabaran untuk kurus bermula lagi dengan langkah-langkah seperti di bawah :

CABARAN AIR KOSONG

Dengan itu diisytiharkan bahawa cabaran ini akan berlangsung sampai hujung tahun. Untuk temuduga, untuk TTC sekali. 2 dalam 1 pun boleh. Cabaran ini diteruskan sebab I rasa ada kebaikan untuk I dalam macam-macam perkara.

CABARAN NASI  

Actually, Sejak awal minggu I memang dah tolak 100% nasi putih. I memang tak makan nasi langsung, seriously! Macam tak percaya Samani boleh tolak nasi putih macam tu kan. Jangan tak tau, pening di lewat petang masih I terasa. Petang ni pun dah terasa mild aje sakit kepala ni... Walaupun tak makan nasi, I masih makan mihun sup dan tomyam untuk mengenyangkan perut. Senang je dengan Samani, ayam goreng pun boleh je untuk diratah.

CABARAN BERSENAM

Ini memang I konsisten lakukan sebanyak 3 kali seminggu. Cuma akan ada sedikit penambahan kepada aktiviti. Kalau takde aral, samada malam atau petang selepas balik kerja I akan ke KOMBES, Paroi atau lake garden Seremban untuk joging. So far, I ada jugak print senaman yang disyorkan oleh Kevin Zahri, selain dari tengah fikir macam mana I nak buat Jillian sedangkan I takde TV boleh cucuk pendrive. Mungkin akan letak laptop depan I hahaha.

Itulah target I untuk cabaran kepada diri sendiri. Semoga menemui kejayaan dengan izin Allah. I berharap sangat dapat jawatan baru ni... Eh taknak cakaplah sebab apa nanti sedih. Ok babai!

Daripada berat dan BMI macam ini : 


I nak ke BMI macam ini :


Boleh click terus ke link di bawah untuk ukur BMI u ols pulak k. 

No comments:

Post a Comment