Nuffnang Ads

Tuesday, November 18, 2014

Kenangan Paling Diingati

Seperti yang telah di'RSVP' kan minggu lepas I berkursus dengan rakan-rakan satu department di pejabat ni. Ke Pulau Langkawi wey! Best gila lah. Kursus best, lawatan pun best. Poket je tak best sebab koyak. Pffttt! Ok it doesn't matter la poket ke seluar ke beg ke koyak, yang penting happy. Sebabnya, kursus kali ni ada meninggalkan satu kenangan yang takkan pernah luput dan hilang dari ingatan untuk kami BERTUJUH.
Semua ni terjebak kecuali Kak Midah, room mate I yang paling hujung tu :)
Jangan ingat Pulau Langkawi ada Telaga Tujuh, kami pun ada bertujuh yang agak keras kepala jugak. Hahahaha. Tak berapa tujuh sangat kot sebab dewasa memang tujuh tapi ada satu bayi :D memang kelakar dan tak sangkalah benda ni happened. Tak tercapai dek akal kalau mak-mak orang, bapak orang, anak dara orang dan bini orang buat hal macam ni.

Kami yang bertujuh itu ialah I, Dell, Zana, Tulip, Helmi, Linda anak beranak, Fairuz dan Aqil telah melalui satu pengalaman yang sangat menghiburkan dan kelakor. Sampai ke office, gelak tak habis. Dan baru berani nak cerita dekat kawan-kawan lain!

Masa malam kedua, pada 15/11/14 tu kami dah planning best sangat nak ke pasar malam berhampiran Bazaar Pandak Mayah di Pekan Kuah. Ok, jalan kaki pun boleh sampai. Tetiba muncul si Helmi, datang ke pasar malam berkereta dengan Linda anak beranak. Bincang punya bincang, nekad nak ke Pantai Cenang. Kereta tak muat... macam mana?

Kalau dah nekad tu ada-ada je caranya.. Lepas dah cuba pelbagai posisi hahahahaha I dan Dell memutuskan untuk balik ke hotel dan biarkan diorang pergi berlima. Namun, bak kata Fairuz, "...kalau kita cuba jugak ni boleh jadi kenangan terindah..." hahahahaha lagi sekali! Gila la diorang ni!

Pantai Cenang berjaya kami takluki dengan menaiki kenderaan seramai 7 orang menaiki Nissan Sentra, bukan naik Alphard mahupun Ezora mahupun apa-apa kenderaan MPV. Sempoi kan... Tergelak-tegelak lagi kitorang dalam kereta dengan keadaan : I memandu kereta (legaaaa!), Fairuz memangku Linda dan Akil di sebelah pemandu (anak beranak hahaha), Dell dan Zana memangku Tulip yang duduk tinggi bukan main dan Helmi paling seleso sambil layan Waze

Punyalah takut kalau ada apa-apa hazard reported ahead, bak kata Waze. Bukan apa, ada road block memang masaklah we ols. Itupun ada 2 buat motosikal polis trafik lalu tepi kereta nasib baik gelap dia tak nampak kot.

I - Dell - Tulip - Zana - Helmi - Fairuz - Linda - Aqil
Apa pun, itulah kenangan paling gila sekali pada kursus kali ni. Alhamdulillah semuanya selamat. Semoga kejadian macam ni takkan berulang lagi. Untuk yang lain-lain, jangan contohi kami yang terdesak ni ok!

** gambar lain akan menyusul... banyak sangat nak kena edit nye pun! **

Jumpa lagi lain kali!

No comments:

Post a Comment