Nuffnang Ads

Wednesday, November 12, 2014

Selamat Tinggal, Sayangku Koko

Daripada Allah ia datang, kepada Allah jua ia kembali... My lovely cat left me last night. He suffered for 3 days and now he's already gone to see his Creator. Koko pergi bila kami berdua tiada di rumah. Setibanya I di Kelisa pagi tadi, tercari-cari Koko... Naluri hati dah berkata-kata yang Koko dah pergi ni... Koko dah pergi meninggalkan I dan Sayang... 

Waktu I balik dari Ipoh, hari Sabtu, Koko sihat lagi, masih menyambut I di sliding door dengan aksi mencakar cermin dia tu. Ahad pulak dah nampak Koko tak mau makan. Muka penyet je, cium-cium makanan lepas tu blah. Mumu makan macam biasa dengan lahapnya. I tak rasa lagi apa-apa akan berlaku. Seems like everything is normal, Koko masih duduk atas ribaan I dan bermanja-manja sambil meleser sana sini.

Isnin pagi, sebelum ke office, kitorang perasan ada beberapa spot yang macam kena air kencing kuning warnanya. Ingatkan takde apa, mulalah marah Mumu kencing merata. Koko diam je... Sebelum ke pejabat I sempat bagi makanan lagi. Macam tu jugak Koko tak mau makan. I relax lagi... Balik dari pejabat bila Sayang jemput I, terus balik ke rumah, air kuning tu banyak lagi. Cari Koko takde, rupanya dia menyorok dekat dapur. Air kuning tu bukanlah air kencing tapi rupanya, muntah koko. Allahhhhh! Apa kena ni sayang........ I dan Sayang suapkan air Zam Zam di mulut Koko.

Koko nampak lemah dan lembik. Nekad I dan Sayang nak bawak ke Klinik Haiwan Kesayangan di Pejabat Veterinar Seremban, Jalan Jelebu pada pagi Selasa dan kami sampai awal pagi. Dia masih mengiau garang tapi lemah sangat bunyinya. Something is wrong with him... I dah dapat rasa yang Koko takkan lama bersama kami. Kata pegawai yang attend kami, kalau lagi 2 hari dia tak makan kena bawak semula. Katanya lagi, Koko ada cacing tu yang dia taknak makan... Cadangnya, hari ini (hari Rabu, 12/11/14) kami nak bawak Koko ke vet lain...

Lepas injection dan diberi medication, Koko masih lemah dan tak mau makan. Hari Selasa pulak Sayang kerja malam dan I risau kalau apa-apa berlaku dekat Koko. Sampai ke malam I mengadap Koko. Selepas dah masak dinner, I menguruskan Koko sebelum hantar Sayang ke tempat kerja dan I akan terus ke rumah Mama. I upload kan gambar Koko dalam FB untuk mintak pandangan dan petua kawan berkenaan condition Koko. Sempat I ber'Whatsapp' dengan Ain, dia ceritakan pengalaman kucingnya dan Ain mintak I ke rumahnya untuk ambil supplement dan wetfood untuk Koko berserta ubat demam. Waktu pun dah lewat sangat, I berjanji dengan Ain untuk datang awal pagi lepas ambil Sayang dari pejabat. Walaupun hati dah berat mengatakan Koko akan 'pergi' malam ni...

Ye, Koko pergi meninggalkan kami T_____T Allah lebih sayangkan Koko dari kami sayangkan Koko. I am so speechless, I can't say a word kecuali doa yang mengiringi pemergian Koko. Sayang balut Koko dengan kain pelikatnya, dan Koko ditanam di Memorial Peringatan Dusun Setia, bawah pokok mangga, tanah perkuburan yang sama dengan Shipitam dan Bobby. Pergi lah Sayang, sambutlah panggilan Allah, Samani redha... Setakat itu saja yang dapat I katakan. Sebelum Koko pulang I dah puas cium dia, gomol dia, peluk dia dan belai dia. Alhamdulillah, terubat hati dengan keredhaan yang Allah dah berikan untuk I tidak terlampau sedih...

Koko suka plastik yang kena simpul. I miss you, sayang....
Koko ku sayang, Koko adalah kucing termanja Samani dan Safizi. Koko adalah abang terbaik untuk Mumu. Samani ingat lagi wajah Koko yang selalu sambut Samani dekat muka pintu. Mengiau dan stretching badan di sliding door sambil cakar-cakar cermin tu, macam budak-budak minta di peluk. Ye, kami tak ada zuriat sendiri lagi. Koko dan Mumu tempat kami bermanja, kami mencurah sepenuh kudrat dan kasih sayang kami. Kami menjaga Koko seperti lebih dari seorang anak. Kami risau kalau Koko keluar digigit anjing. Kami simpan Koko di rumah sebab kami sayang....

Walaupun Koko sombong dengan orang lain, tapi, Koko terpaling manja dengan Samani. Samani ingat lagi pandangan mata Koko yang manja dan 2 hari lepas, pandangan manja itu semakin lemah dan ianya merobek hati Samani. Berdarah rasa hati ini dan pedihnya Allah saja yang tahu.. Ekor Koko yang pendek tu selalu meleser pada Samani tak kira masa, lebih-lebih lagi kalau Samani ke dapur. Koko nak minta makanan... Koko manja sangat, tidur pun nak di atas Samani. Koko jarang tidur di atas Safizi sebab itu port Mumu kan... Koko anak manja Samani sangat..

Sekarang, Koko dah takde, Koko dah pergi mengadap Illahi meninggalkan Samani, Safizi dan Samumu. Pergilah, jangan menderita terlampau lama. Pergilah, jangan risaukan kami bertiga. Pergilah, Mumu akan dijaga baik. Pergilah, ke tempat yang abadi dan bermainlah, bermanjalah di sana sepuas hatimu. Itu tempat untuk Koko sekarang. Berkawanlah dengan Shipitam, Kiko, Bobby, Bunny, Opie dan semua. Jumpalah Abang Tam, dia baik, manja dan sangat protective. Sampaikan salam rindu teramat sangat pada Abang Tam, Opie, Kiko, Bobby Lembik, Bunny dan Kiko. Tolong sampaikan peluk cium Samani pada diorang semua terutama Abang Tam. Koko pesan pada Abang Tam jangan risau Samani baik-baik saja nanti tunggu Samani dekat sana. Koko jangan risau nanti Mumu akan Samani sayang banyak-banyak dan manjakan dia macam mana sebelum-sebelum ni. Samani takkan abaikan Mumu. Sayang, doakan Samani, Safizi, Samumu selamat dunia akhirat. I love you so much, Koko

Terima kasih Allah atas rasa yang telah Kau berikan kepadaku. 

Kesayanganku, kemanjaanku
RIP Koko. 

No comments:

Post a Comment