Nuffnang Ads

Wednesday, November 12, 2014

Jemput Makan : Mastan Ghani Mee & Rojak

Kalau nampak ada lanca di depan kedai asal Mastan Ghani, memang dah lama lanca tu digunakan. Sejak dari zaman Mama duk kopek udang dengan Auntie Sabariah memang itulah lancanya. Ini bukan subjek Sejarah tapi itulah throwback cerita dari Mama yang pernah menjadi sebahagian dari ahli keluarga Mastan Ghani

Kalau orang Teluk Anson mesti tau kedai ni dan mereka ada regular customer yang akan berkunjung setiap kali balik ke kampung di Teluk Intan / Teluk Anson. Macam tu jugak dengan Mama sekeluarga, kalau lalu aje ke arah utara mesti kedai ni nak disinggah. 

Dulu, ada satu je kedai asal Mastan Ghani tapi sekarang dah ada beberapa cawangan. Kedai asal yang satu ni je Mama suka pergi yang terletak betul-betul di tengah town Teluk Intan berhampiran dengan Menara Condong. Memang betul dekat, jalan kaki pun boleh.

kaki pun boleh sampai. 

Untuk sampai di kedai lama ni bolehlah Waze terus ke Menara Condong Teluk Intan dan sila cari di Jalan Selat. Maka akan nampak satu kedai di bahagian tengah dan satu lagi di corner lot seberang jalan kepada kedai yang asal. In shaa Allah akan jumpa. Kalau susah sangat sila tanya orang keliling. Itu je konsep I. Kalau nak senang lagi, Waze terus di Mastan Ghani yang terletak di Taman Ros.

Pandangan hadapan kedai asal Mastan Ghani Mee Rebus & Rojak
Di kedai asal Mastan Ghani hanya ada makanan Mee Rebus dan Rojak sahaja. Tapi di kedai hujung yang terletak berhampiran ada makanan lain, Nasi Ayam pun ada. Kami sekeluarga hanya ke kedai asal untuk menikmati Mee Rebus dan siap bawak balik bungkus. Airnya pula, ada lah adik order Air Jagung. Menu air yang lain ialah ABC dan Cendol. Memang sedap. Kadang tu rasa menyesal pulak I diet sebab tak dapat menikmati kesedapan air-air lain tu. Fuh fuh fuh! Sabar ye Samani...

Eh bila XL ni besor pulak muka Adik Kakak!
Ok Mee Rebus Mastan Ghani ni memang tempting!
Sebelum balik, siap kami membungkus untuk Ayah dan Sayang yang tinggal di Seremban dan tolong jaga kucing-kucing. Nasib baik pembantu kedai membungkus dengan mengasingkan taugeh, mee dan kuah. Dapat Ayah dan Sayang makan sampai licin.

Kalau ke Teluk Intan, singgah-singgahlah ye Mastan Ghani Mee Rebus & Rojak. Pasti tak menyesal. 

1 comment:

  1. Hmmm ... rasa mee rebus Mastan Ghani tak berapa nak kick jika dibandingkan 20 tahun dulu. Tapi aroma udang kering dalam kuah pekat dia masih lagi sama ... :)

    ReplyDelete