Hari tu, terdetik nak explore something new dalam Instagram. I tak pernah follow IG Erma Fatima sebelum ni. Kalau I explore apa-apa, perkara pertama yang I akan nampak ialah gambar baby atau budak-budak. Terpanggil sungguh jari I nak tengok gambar seribu makna, seorang wanita sedang mendukung seorang anak kecil. It was Erma Fatima's. Baca saja caption kepada gambar tersebut, meleleh air mata seorang wanita lemah yang penuh dengan penantian ini... Allah!
Dia menyatakan bahawa malangnya seorang wanita yang tak dapat memberikan zuriat kepada suaminya, Kak, sedihnya saya dengan caption akak tu. Tak tau macam mana nak gambarkan kesedihan sangat-sangat tu bila ditambah lagi dengan semua komen-komen motivasi yang diberikan oleh semua peminat.
Bukan la tujuan I menulis dekat sini nak memberi nasihat mahupun nak memuja mahupun nak menidakkan segala butir ayat pada caption beliau, tapi, I nak berkongsi kesedihan yang dialaminya. Ye, memang sedih, pedih dan sayu dengan apa yang dilaluinya. Dan dia sangat kuat daripada I sebenarnya. Baru lah I tau yang ada orang lagi sedih dan sakit daripada I. Ya, I pun belum ada zuriat dari benih sendiri. I ada sebab dan alasan tersendiri. Bukan itu yang diminta, cuma pasrah dan redha dengan ketentuan dan rezeki dari Allah.
Memang sedih sangat bila diri sendiri tak dapat memberikan zuriat kepada pasangan. Lagi sedih bila pasangan tu dah berkahwin lain dan dikurniakan zuriat. I faham.. Sesungguhnya, I faham... Tahniah kepada pasangan Z & D yang sedang menunggu kelahiran cahayamata pertama, atau mungkin sudah lahir di dunia, I sendiri tak pasti status mereka samada telah menyandang gelaran ibu dan ayah atau belum. Cuma mendapat perkhabaran gembira ini dari salah seorang ahli keluarga mereka. Alhamdulillah. Tak pernah I nak doakan keburukan atau apa juga yang tidak baik untuk keluarga itu. Yang pasti, mereka sudah bahagia bersama. Ya, Z ialah bekas suami I yang telah berkahwin lain dengan gadis pilihannya. Tak perlu sebarang pertanyaan, tak perlu sebarang pertikaian. I menghormati suami I sendiri dan seluruh keluarga mertua I sekarang...
Kak Erma, kita carilah bahagia kita sendiri. Kita tak mampu dari segi itu, kita mampu dari segi lain. Kalau bercerita ke seluruh pelusuk dunia, kalau dikhabarkan kepada serata alam semesta, SATU saja yang akan menjadikan ia seperti yang kita mahu. SATU saja yang berkuasa ke atas kalimah 'KUN FA YA KUN' dan pastinya bukan manusia, bukan juga apa-apa yang dapat dilihat dengan mata zahir, cuma Allah yang Maha Berkuasa untuk memberi rasa puas itu.
Kak Erma, hidup kita yang kekal akan tiba nanti. Hidup kita yang abadi akan menyeru kita tak lama lagi. Kak, kita hidup diatas kemampuan kita sahaja. Walaupun tak semua faham kemampuan kita, tapi kita sendiri faham diri kita. Kak, tak perlu harap pada orang lain untuk segala rasa itu. Sakit kita, senyum kita, sedekah kita, amalan kita semua milik Allah. Orang sealiran kita, tak pernah malang, malah, disanjung tinggi, kerana kekebalan kita, menghadapi mereka yang cabul mulutnya. Orang seperti kita, kuatnya hati mereka menyimpan perasaan seribu makna di kala manusia lain memperlekehkan dan mengejek. Orang sehebat kita, kuat berusaha kalau nak dibandingkan dengan orang yang senang dapatnya, sedang tersenyum bangga.
I masih mendoakan diri sendiri, mendoakan Kak Erma, mendoakan semua rakan-rakan seperjuangan yang sedang bertempur dengan emosi. I mendoakan kebahagiaan kita, rahmat kita dan rezeki kita. Senjatanya, doa. Bukanlah pekik lolong dan ayat berbisa. Senang... I harap sangat Kak Erma lebih tabah, lebih kuat, lebih menyengat dalam industri dan lebih kuat hati dan jiwanya. Sama seperti I, jauh lagi perjalanan I, banyak lagi cemuhan dan perlian yang bakal menanti. Sabar, sedang menyiapkan kekebalan diri agar tidak akan jatuh sampai bila-bila.
|
Alhamdulillah & Tahniah :) |