Assalamualaikum! Sebagai wanita yang normal tetapi gemuk memang I selalu impikan susuk tubuh yang menawan. Berbagai cara telah I lakukan tapi, semuanya tak kekal kerana I pemalas :) Macam iklan produk kurus. The truth is, I did all the attempt to burn all the fats that covering my body and it works but not lasting. Hahaha my bad! No continuous undertaking on those methods. I am sorry may fats, I've thrown u away but then I kiss your ass back. Biar I share sini usaha yang telah I jalankan untuk menjadi kurus sementara waktu :
- Teh Orang Kampung - Don't you ever try it out kalau anda tiada masalah constipation dimana proses penyahtinjaan anda adalah normal kerana ianya membuatkan anda diarrhea tanpa simpati. Method ini I gunakan sewaktu bergelar pelajar kolej yang berusia 18 tahun dan berkeinginan untuk kurus dan langsing pabila memakai seluar hipster dan berambut panjang serta lurus (rebonding, what?). Sakit betul perut bila rasa nak membuang tu rasa nak pukul semua orang. Baru-baru ni ada sorang kakak dekat office ni memang syorkan minum Teh Orang Kampung tapi ambil yang serbuk jangan makan yang uncang baru boleh sukat ikut kesusaian dan ketahanan diri. Tapi... tidak lagi kot!
|
Teh Herba orang Kampung... Yummy! |
- Pil Xenical - I mula makan pil ni atas dorongan Fira Wondergirls dan Zana Wondergirls yang nak kahwin dan memerlukan badan yang kurus dalam tempoh segera. I terjebak dan sekali dengan senamrobik, YES! Berat I turun banyak. Tapi pil ni memerlukan preskripsi dari doktor dan bukan sesuka hati nak membeli sebab kiraan BMI pun penting sebelum doktor benarkan pesakit kegemukan mengambil pil ini. I suka pil ni, bila dah habis mula malas ke klinik semula dan badan menjadi bloated balik. Bukan salah pil tapi salah mulut yang asyik nak mengunyah. Amaran keras : Semua najis yang keluar selepas makan pil ini adalah berminyak dan anda perlu membawa sabun kemana sahaja sebab pada bila-bila masa kesakitan perut akan terasa hehehehe.
|
Bersedialah dengan sabun ye :D |
- Corset - Memanaskan, menyusahkan tapi berjaya membentuk tubuh. Malangnya, agak susah nak memakainya. Dengar cerita sekarang corset yang top ialah Premium Beautiful, agak tinggi kosnya tapi dah banyak keberkesanan yang I dengar. Siapa tak mau badan Rozita Che Wan? I nak. Tapi I bukan artis ada pembantu peribadi ada bersama I dimana-mana dan boleh tolong bantu menyelitkan lemak-lemak degil untuk masuk ke dalam corset.
- Herbalife - I sangat suka consume Herbalife. Sepupu I yang kenalkan dan cara pemakannya agak rumit. Selepas habis Xenical, I cuba pula Herbalife + senamrobik berserta jogging setiap petang. Ianya berhasil dan I berjaya mendisiplinkan diri sehingga nampak hasil yang ketara. Happy! Tapi sekejap je juga, sampai habis stok, kecelaruan jiwa pun melanda, berhenti ambil Herbalife dan seperti biasa, gemuk semula.
|
Kenapa kamu semua mahal? |
- Senamrobik - I suka menari, I suka bergelek, I suka melompat-lompat. Sebab tu I suka senamrobik. Compares to jogging, my passion in aerobic is different, I did it with my full hearted. Just follow the instructor and I'm very sure u can step as fast as they've stepped on the floor. Aerobic was fun!
- Jamu Ratu Dara - Pakej! Melangsingkan badan, menganjalkan payudara dan pinggul, melancarkan haid, mengurangkan senggugut dan melancarkan proses penyahtinjaan juga. I berjaya ikut jamu ni secara konsisten sehingga satu peristiwa berkenalan dengan WSR dan I stop Jamu Ratu Dara serta merta. I dalam perancangan untuk makan semula jamu ni bila dah betul-betul sembuh.
|
Recommended! |
- Plastik membalut - Pengaruh kawan-kawan sangat. I beli plastik ni untuk perut dan lengan I. Nak wrap memerlukan 1 orang untuk membantu. Sapu sapu sapu Losyen Mustajab dan nahhhh. Menyusahkan sangat. Masih simpan plastik ini dan baru terjumpa. Tahun depan pakai semula.
|
Ye.. inilah rupa plastik itu |
- Acai Berry PT Adonai - heboh orang perkatakan yang acai berry adalah sangat merbahaya. Kesan sampingan adalah menyerupai Duramine. Selama ni I tak pernah makan Duramine hanya Xenical sahaja. Memang tak dinafikan makan acai berry sangat berkesan dan I takde rasa lapar langsung. Memang patut boleh kurus ni. Kata-kata orang menakutkan I minta I berhenti dari makan acai berry. Maka, tersadailah acai berry di rumah I. Tak pasti kesahihannya boleh membawa maut atau hanya propaganda orang yang jeles kalau kami, si gemuk-gemuk ni kurus akan menggugat mereka yang kurus. Haha :D
|
Should I take it or just leave it? |
- Jillian Michaels 30 Days Shredded - Cuba ini! Highly recommended. Good workout comes with reasonable time period only 30 minutes per day and you'll be sweating crazily. Senamannya sangat bagus. Cuma buat sikit-sikit tapi dalam tempoh yang sekejap. Ada 3 level dan tolong, jangan paksa diri untuk buat apa-apa yang anda tak mampu. I dalam rawatan lagi dan I memang tak sabar nak beraksi semula. Ianya membentuk seluruh badan kerana seluruh anggota kita bekerja. Paling best, buat dekat rumah aje dan jangan risau dengan penampilan seperti nak ke gym. Senang! jangan lupa dapatkan dumbbell anda. Mine, 2 kg sahaja.
|
Bagus bagus bagus. Nak badan macam ni tak? |
- Felinna Inch Loss Lotion - Baru nak mencuba. Baru dapat postage and silly me, left it in the office. Tak sempat mencuba untuk weekend yang lepas. Tapi sempat sapu sikit di paha, mak oiiiii punyalah hangat tapi tak sehangat Losyen Mustajab. Perit kulit macam kena cakar-cakar. Silap I sendiri, bubuh banyak sangat. Review berkenaan dengan Felinna ni semuanya positif sebabnya rakan-rakan sendiri yang mencuba. Itu yang berkobar-kobar. What's next??
|
Soon to be try |
Owch, nampak tak dekat atas tu I memang kuat bersembang? Just sharing the information, review and experienced I've been through to reduce my weight. Semua diatas ialah cara saya yang dipengaruhi rakan-rakan keliling. Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment