Nuffnang Ads

Wednesday, February 12, 2014

Escape Plan

Pegi tengok cepat-cepat sebelum basi! Kalau tak sempat tengok wayang pegi Astro First eh Best eh First, ah mana-manalah tapi yang kena SMS untuk tengok 2 hari tu. Tak mahal mana der, RM10 boleh tengok 2 hari, nak tegolek telentang dua hari berturut depan TV pun ada orang kisah. Takat nak pegi toilet, next show boleh tengok balik scene yang kita terlepas 2 minit tu (kalau perempuan la 2 minit peruntukan masa nak ke toilet sebab macam-macam hal) hahaha tengok dah terpesong.

Ok cerita dia macam biasa omputih kan power semuanya. Mamat nama Ray Breslin (Sylvester Stallone) ni paling power la escape dari penjara. Keje dia dapat gaji mahal ok tapi macam nak berbunuhan la dalam tu bayangkan penjara ye. Dia dengan team dia akan setup dengan penjara dan dengan segala kepakaran dia akan meloloskan diri dari penjara yang dia masuk. Sambil tu dia tulis report dan terbitkan buku dengan semua pengalaman dia dekat dalam tu.

One day, leceh cakap omputih, ada satu hari datang sorang pompuan nak masukkan Ray dalam satu penjara swasta yang paling mantap sebab penjenayah paling ganas dan setan seluruh dunia akan ditempatkan dalam situ. Ray setuju macam biasa dia ingatkan sama dengan penjara cokia-cokia yang dia penah masuk tak tau nanti ko nak kena lenyap terus dari muka bumi.

Dipendekkan cerita, Ray jadi bff pulak dengan Emil Rottmayer (Arnold Schwarzenegger) yang bantu dia nak loloskan diri dari penjara tengah laut. Ops terbagitau klimaks. Sorry la excited sangat. Rupanya ada orang betray si Ray dan memang taknak dia keluar dari situ. Tapi power la tempat kurungan dia dari tempered glass (ni I pepandai sendiri sebut) dan warden dia gunakan sepenuhnya buku Ray untuk wujudkan penjara yang sangat hi-tech gitu. Siapa si Rottmayer tu sebenarnya...?

Nak tau yang lagi klimaks sila tengok. Memang sakit jiwa tengok warden penjara hi-tech tu nganjing Ray. Jahat wey. Ok dah habis cerita. Terima kasih Radhi dan Ida yang suggest tengok movie ni. Tak rugi wo! Paling best tengok ngan laki sambil peluk-peluk hahaha.

Sila tengok bila ada masa, daripada mengumpat je dekat opis :D

No comments:

Post a Comment