Nuffnang Ads

Monday, February 17, 2014

Samani On HSG - Seram Nih!

Alhamdulillah. Selesai satu perkara. Lega dah kerisauan yang bersarang di hati. Punyalah mengeletar tadi sebelum masuk OT Room. Allah je tau perasaan yang tak tentu arah tu. Walaupun BP normal dan cantik reading dia tapi dup dap dup dap bukan boleh buat tipu-tipu.

Firstly, of course tukar outfit untuk masuk OT. Lepas dah tukar baju tu yang kritikal sikit rasa nak kencing la macam-macam lagi. Nasihat dari yang berpengalaman, buang segala apa yang patut. U'll never knew what will happen inside the room. Kemudian, berbaringlah kamu di atas katil tengah-tengah OT Room tu.
Dalam tu suami memang tak dibenarkan masuk. Yang ada sekali memang doktor, CR dan seorang staff nurse bertugas. Sebelum buat procedure nanti doktor akan tanya pernah buat atau tak dan dia akan terangkan apa perkara yang dia akan buat.

This is what I've experienced in the OT Room:

Fuh, fuh, fuh!

1. Berbaring. Dalam kedudukan macam nak buat PAP Smear..

2. Doktor akan cucikan kawasan luaran vagina.

3. Satu alat akan dimasukkan ke dalam vagina dan menurut kata doktor dia akan masukkan macam 'belon' yang digunakan untuk memudahkan cecair berwarna untuk memasuki kawasan uterus. Oh, sangat sakit masa ni. Kena tahan sikit. Sementara nak tunggu masukkan cecair tu. 

4. Proses memasukkan cecair sangat sakit jugak. Sebab nya doktor akan masukkan perlahan-lahan. Memula ke dalam rahim lepas tu ke tiub fallopio kanan dan kiri. Waktu ni la perlukan kita buang air kecil sebelum prosedur. 

5. Sebelum masukkan cecair, mesin xray pun didekatkan dengan kita dan doktor akan siap sedia untuk xray setiap proses. 

6. Siap cecair dimasukkan ke uterus, satu gambar ditangkap. Kemudian cecair dihalakan ke tiub fallopio kanan dan snap. Dan seterusnya tiub fallopio kiri. Siap.

7. Selesai semua, doktor terus pergi dan satu pad akan diberikan. Untuk mengelakkan dari cecair tu terkena seluar.

8. Bleeding. Confirm akan ada. Rasanya tak berapa lama. In my case, 24 jam selepas procedure dah berhenti darah tersebut. Ada bertali-tali sikit lepas tu. First day saja I pakai pad.

9. Result akan diberikan immediately. Doktor akan terangkan kalau ada sebarang blockage.


Sekian penerangan dari insan yang dah cuba rawatan HSG. Harapnya semua baik-baik saja semuanya selepas ni. Tak perlu la tau result I. Procedure seterusnya akan diberitahu kemudian.

Note kepada sahabat-sahabat TTC yang bakal buat HSG - sepanjang tempoh sebelum buat HSG memang TAK BOLEH MELAKUKAN SEBARANG HUBUNGAN SEKS dan SILA BERCUKUR bagi memudahkan doktor melakukan procedure dan berjalan dengan lancar. In shaa Allah..

p.s. Semua penerangan dalam bahasa pasar sahaja. Tak reti nak guna istilah-istilah doktor. Kalau nak penerangan yang lanjut silalah Google saja ye :)

Terima kasih suami sebab tunggu dari awal procedure sampai habis.
I Love You, Sayang!

No comments:

Post a Comment