Ye lah kan Hari Keluarga sangat. Dah setting tempat dan aktiviti tapi belum book lagi apartment. Harap sempatlah. Kerja I dah setel, tukang survey port mana yang best. Sekarang tugas diorang pulaklah, nak deal dengan tarikh dan kerja mem'booking'.
So far, yang nampak cantik dan selesa untuk kami ialah Puteri Resort di Blue Lagoon, Batu 9. Dulu tak silap Permaisuri nama dia. Sekarang dah jadi Rumah Peranginan Persekutuan. Tempatnya ok, ada pantai yang tak macam Teluk Kemang yang sangat crowded dan tak berapa bersih. Keluar je dari gate resort dah ada pantai dan ada water sport activity yang harapnya disukai oleh kaum-kaum Ayah. Alaaaa, terabai la kitorang. Hahaha.
BBQ pun akan diusahakan nanti. Cuma belum discuss untuk apa menu dan untuk berapa pax. Untuk budak-budak akan diusahakan oleh Reen yang akan bawak sikit goodies. Eyna pulak nak bawak birthday cake untuk February and March babies. Wahhhh, this gonna be great. Meriah sangat. I'm thinking of bringing stuffs for the party.
Yang paling best, dah ada tshirt ok. Itinerary belum ada so tak pasti lagi nak pakai bila. Samada pagi Ahad atau petang Sabtu. Harapnya menjadi lah planning untuk 22 hingga 23 Februari ni. Dah macam-macam dalam kepala hotak nih!
Can't wait to see you girls again :)
No comments:
Post a Comment