Nuffnang Ads

Tuesday, February 18, 2014

MengGEMOK!

I'm gaining weights! Banyak ok. 5 kg dan badan dah menjadi buntal. Banyak yang kena repair balik. Seluar dah sendat. Lengan dah besar. Ya Allah, ni lah orang kata penangan kahwin. Hati senang, perut pun kenyang. Fuyyo, I tak sangka perubahan 'besar' sangat ni. Daripada 79 kg I dah naik ke 84 kg. Ini harus dihentikan serta merta. Cutting lari jauh woi!

Berbeza sangat dah rupa bila I pakai satu t-shirt ni masa sebelum dan selepas kahwin. Waktu tu I realize yang I bukan macam sebelum ni. Zaman main netball, setiap minggu ke Tepian Gelanggang Paroi untuk aerobic dan training fitness setiap petang. I need to move on now. Tak boleh macam ini.

Ianya akan bermula malam ni, Selasa malam ada aerobic dekat Tepian Gelanggang. Harus pergi. Demi menjaga balik cutting yang dah lari jauh. Utrim pun nak kena minum balik. Dan paling penting, nak korek balik video Jillian Michaels. Rumah baru takde player mahupun TV yang boleh cucuk external hard disk. Kena usahakan beli player best-best sikit. Selama ni tak terfikir kepentingannya hahaha.

I need to workout! Tak mampu nak membawa badan macam ni lagi. Tiba-tiba teringin nak join program-program kurus. Tapi, bak kata Sayang, "dulu single sekarang dah berlaki.." nampaknya memang kena fikir berjuta kali. Semoga dipermudahkan segala urusan I.

Mulai sekarang, blog ini akan dipenuhi balik cerita-cerita Samani nak kurus. Hahaha silalah hadap sampai muntah selagi I tak kurus. Lagipun, hujung bulan Mac ada kenduri. No way, I tak boleh gemuk lagi. Nanti dalam gambar nampak tak elok ok. Dahlah kenduri belah mertua, anak-anak buah semua kurus halus macam kerengga. Mak buah amboihhhhh~

First thing yang I akan buat, banyak-banyak telan air kosong. Formula paling bagus setakat ni. Jangan malas. Lagi-lagi dengan cuaca panas. Eloklah minum air kosong.

Jom mula semula.

I am 84 kg now *nangis!*

OH NOOOOOOOO!!!~

No comments:

Post a Comment