Nuffnang Ads

Wednesday, February 19, 2014

Ex-Member Forum HA

Siapa yang pernah TTC dalam masa 5 ke 6 tahun lepas mesti pernah dengar nama forum ni. Diambil dari website Prof. Dr. Hamid Arshat, ada forum di dalamnya. Sangat top dulu. Dari forum ni jugak I dapat kenal ramai kawan-kawan. Kami semua senasib. Semuanya hal berkaitan zuriat. Share macam-macam benda dalam ni. Untuk yang tak tau, TTC ialah Trying To Conceive. Dalam bahasa I sendiri, nak dapat baby :) 

Zaman Forum HA masa tu I tengah study lagi. Dekat UiTM Segamat. Memang happening sangat. Setakat share pasal TTC tu perkara biasa. Macam-macam lagi kami share. Dari resipi sampailah masalah kesihatan yang lain. Tempat makan sedap pun boleh tanya dekat thread. Nak bercuti dan ada nak jual-beli barang second pun ade thread jugak. Masa ni memang best sangat, semua satu hati. Sakit yang sama, diubati dengan kata-kata semangat sesama sendiri. Masalah yang sama, dihuraikan dengan perbincangan sesama sendiri. Takde segan silu, sebab kami semua sama.

Antara ilmu yang I dapat masa Forum HA ialah : 

1. Jus Toge - I pernah cuba! Bluerrrrghhhhh!~
2. Buah Zuriat - belum ada kesempatan
3. EPO - belum ada kesempatan jugak
4. Folic Asid / Susu Anmum - banyak jugak dah telan sampai gemok hehehe
5. BBT - setiap pagi ok...
6. Urut - pernah cuba sekali je sebab geli la tak tahan
7. Clomid - berjaya! Walaupun miscarriage selepasnya tu...

... dan macam-macam lagi tak payah cerita la dari doa-doa sampai ke posisi semua kami cuba jugak. Semua berkat dari perkongsian dalam forum.

Kami rapat. Sampailah ada perjumpaan di Titiwangsa pada tahun 2009 memang I kecewa teramat sangat tak dapat join sebab ada final exam :'(  Sedihnya tak tau nak cakap macam mana. Padahal dah plan terbaik sangat. Tapi ada hikmahnya, walaupun tak join potluck tu tapi I tetap bersama dengan diorang sampai sekarang, Tak dinafikan faktor usia memang lah membantutkan ingatan kekal abadi. Lagipun, bukan 20 orang dalam forum tu mau hampir seratus orang yang betul-betul kita rapat dan berborak sesama sendiri. Sampai sekarang, masih ada nama yang terlupa...

Bila Iela naik status di FB pasal kawan-kawan forum, terus menderu komen semalam. Telefon I cepat turun bateri ye semalam. Hehehe. Ada pahit dan manisnya semua ni. Bila manisnya tu, seronok sangat nak recall tapi bila bab pahitnya tu terus terbantut rasa.. Banyak jugak kes penipuan, penyamaran dan perselisihan faham dalam forum. Apa pun, tak semua macam tu. Ada yang naif tapi ada jugak yang 'kepala' cuma bagi I, biarlah... Sampai bila pun diorang nak macam tu.

I cuma rapat dengan beberapa orang saja sampai sekarang dan tak perlulah I sebutkan nama setiap sorang sebab diorang sendiri tau siapa diorang tu. I seronok, dapat bawak kawan-kawan jugak masuk jadi geng forum. Semoga bermanfaat hendaknya. I terjumpa satu forum di Internet yang menyerupai Forum HA. I dah join pun Forum Ratuhati. Kadang-kadang ada perkara TTC yang dah terlupa I refer jugak pada forum ni. Bila tengok cara diorang berborak, serupa macam kami dulu. Rindunya...

Macam mana I boleh jumpa Forum HA ye? Waktu tu period I dah delay, dan I cari penyelesaian sebab UPT menunjukkan result yang negatif, means, not pregnant. I search dalam Google dan jumpa forum. Dari situ, terjebak siang malam pagi petang. Dulu takde smartphone, kerja kami, berkampung depan PC atau laptop masing-masing. Berjanji, bila habis waktu kerja menderu komen di thread. Susah mod nak control. Hahaha. Serius best time ni. Semuanya kenangan..... 

Pada waktu sekarang, kalau ada sahabat-sahabat yang nak berTTC kita sekarang ada banyak saluran yang boleh dijadikan rujukan. Kalau tak faham sangat bahasa formal macam doktor dan nurse bolehlah join jugak Forum Ratuhati. Sebijik macam kami berforum dulu gayanya. Best. Kalau ada yang masih TTC dan menanti kekuasaan Allah, di FB pun ada group TTC dan IVF/ICSI/IUI/Fertility. Sebenarnya, lagi senang tanya pada orang berpengalaman dan sama nasib kita. Berbanding nak tanya pada doktor, kadang gynae adalah lelaki. Tak mungkin dia berpengalaman. The best way, tanyalah yang orang yang mengalaminya bersama dengan kita. In shaa Allah mereka tak kedekut ilmu. 

Apa pun, the very best of luck to all my TTC's darlings. Jangan malu bertanya nanti sesat jalan. Tak salah benda baik kita bertanya. Kalau memandai sangat nanti bila dapat susah dah menyesal kemudian hari. Trust me, ask around and live happily. Get in touch with more TTC friends because they won't bite :)

Rindu Iela jugakkkkkkk!

1 comment:

  1. salam.. kak wanie... sy pn ttc jgak..now nk kena wat hsg test... mcm seriau jga...

    ReplyDelete