Hari 2 : 14/01/2014 (Isnin)
Yayyy! Bangun awal, sarapan pagi dan siap-siap untuk snorkeling! Nak jugak rasa pengalaman kalau snorkeling dekat Pangkor ni macam mana. Dengan bayaran RM100 untuk kami berempat dan bot besar berbumbung, abang bot bawak kami ke Coral Island. Sempena banyak coral agaknye.
Guys, sila berhati-hati bila bot sampai tepi batu-batu tu. Senang diingatkan bahawa coral-coral ini adalah sangat tajam. Bagi mereka yang belum kebal sepenuhnya silalah dengan yakin pakai kasut yang senang cover tapak kaki dan keliling kaki dari terpijak dan tersepak coral-coral tajam berikut. Ok senang cerita, I pakai kasut Crocs perempuan tu aje. Dan di antara kami berempat hanya 1 sorang yang tak cedera dilanggar coral. Hahaha. Eh tapi ini serius ok.
Atas bot gelak-gelak, dalam air cungap-cungap :D muahaha |
Memang ada 2 port snorkeling tapi sebelah pantai tu takde finding yang menarik. Kekeruhan air dekat Pulau Pangkor itu menyebabkan kami tak nampak ikan cantik-cantik. Mungkin silap musim lagipun, malam semalam hujan turun dengan lebat. Angin pun main peranan. Sibuk click-click gambar tak sedar dah dekat tengahari. Selepas dah dibawak berjalan seround dua, kami pun balik ke Teluk Nipah.
Mak aih, teruknya I edit gambor ni! :p |
Sambung pulak berkayak. Dengan harga RM30 untuk 2 jam. Part ni yang lemah ni. Macam nak tercabut ketiak malam tu. I bersungguh-sunguh berkayuh. Hello, angin kuat ok dah melambung-lambung air kena kitorang. Repeat lagi ke Coral Island, oh mai! Memang cantik untuk bergambar dekat sini. Untuk buat BBQ pun boleh dekat pulau ni. Tapi kitorang tak survey harga. Lepas posing maut sepam dua kitorang balik ke Teluk Nipah. Lega! Sampai jugak tau walaupun keletihan.
Superhero hati I! |
Haipp! Cerita hari kedua belum habis lagi! Hahaha. Kami balik berkayak sambung makan-makan dekat kedai mamak tepi laut. Dah kenyang memasing, terjun pool lagi sekali. Best sangat kalau holiday tiap-tiap hari. *tepuktepukpipi* Jangan bermimpi Samani...! Hentak-hentak kaki sikit dekat tanah. The truth is, anak orang kaya pun masih bekerja cari duit sendiri. Itu je kata-kata hikmat hahahahaha.
Laut sudah, pool pun sudah. Masa untuk mandi manda sudah abis bro! Sekarang misi perabih duit dengan memusing satu pulau cari kedai yang best. Takde berapa sangat yang best tapi kalau I duk Pangkor memang kopak gak mak ayah skali I pau nak beli dress dan benda-benda lain. Satu pulau berjaya dironda dengan menaiki skuter sewa. Memang mencabar. Bukit kalau tinggi tu memang semput la skuter tu bawak kitorang berdua yang gebu-gebu montel ni.
Berjaya jugak kitorang cuba tanya pada penduduk tempatan untuk dinner yang best dan murah. Tolonglah, kami taknak tertipu lagi macam semalamnya T___T Mengikut kata orang Pangkor, dekat Pasir Bogak ada kedai makan seafood yang sedap dan murah. Ok jom!
Mamat kaki luka dah ready nak kuar dinner :) |
Buat pemakan-pemakan sekelian macam kami, kalau berkunjung ke Pulau Pangkor dengan rasminya I nak announce, sila makan di Abea Tomyam yang betul-betul dekat Pasir Bogak. Kedainya tepi laut. Senang cerita menu malam tu : nasi putih 4, tomyam ayam 2 orang makan, ayam masak pedas 2 orang makan, ikan Siakap 3 rasa size ngam la untuk 4 orang, telur dadar 2 biji dan air buah 2, air Nescafe dan Milo (kalau tak silap) adalah semuanya berharga RM60 lebih SAHAJA! Berbeza dengan semalamnya di Teluk Nipah : nasi putih 2, sambal sotong dan tomyam ayam 2 orang makan, air milo ais dan teh o ais dengan harga yang sama! RM60 lebih! Sila jangan tension. Kitorang lagi ralat je rasa sampai hari ni. Pfffttttt!
Selesai makan, balik resort dan packing up things. Esok nak balik dah. Huaaa!
No comments:
Post a Comment