Nuffnang Ads

Wednesday, February 19, 2014

Ex-Member Forum HA

Siapa yang pernah TTC dalam masa 5 ke 6 tahun lepas mesti pernah dengar nama forum ni. Diambil dari website Prof. Dr. Hamid Arshat, ada forum di dalamnya. Sangat top dulu. Dari forum ni jugak I dapat kenal ramai kawan-kawan. Kami semua senasib. Semuanya hal berkaitan zuriat. Share macam-macam benda dalam ni. Untuk yang tak tau, TTC ialah Trying To Conceive. Dalam bahasa I sendiri, nak dapat baby :) 

Zaman Forum HA masa tu I tengah study lagi. Dekat UiTM Segamat. Memang happening sangat. Setakat share pasal TTC tu perkara biasa. Macam-macam lagi kami share. Dari resipi sampailah masalah kesihatan yang lain. Tempat makan sedap pun boleh tanya dekat thread. Nak bercuti dan ada nak jual-beli barang second pun ade thread jugak. Masa ni memang best sangat, semua satu hati. Sakit yang sama, diubati dengan kata-kata semangat sesama sendiri. Masalah yang sama, dihuraikan dengan perbincangan sesama sendiri. Takde segan silu, sebab kami semua sama.

Antara ilmu yang I dapat masa Forum HA ialah : 

1. Jus Toge - I pernah cuba! Bluerrrrghhhhh!~
2. Buah Zuriat - belum ada kesempatan
3. EPO - belum ada kesempatan jugak
4. Folic Asid / Susu Anmum - banyak jugak dah telan sampai gemok hehehe
5. BBT - setiap pagi ok...
6. Urut - pernah cuba sekali je sebab geli la tak tahan
7. Clomid - berjaya! Walaupun miscarriage selepasnya tu...

... dan macam-macam lagi tak payah cerita la dari doa-doa sampai ke posisi semua kami cuba jugak. Semua berkat dari perkongsian dalam forum.

Kami rapat. Sampailah ada perjumpaan di Titiwangsa pada tahun 2009 memang I kecewa teramat sangat tak dapat join sebab ada final exam :'(  Sedihnya tak tau nak cakap macam mana. Padahal dah plan terbaik sangat. Tapi ada hikmahnya, walaupun tak join potluck tu tapi I tetap bersama dengan diorang sampai sekarang, Tak dinafikan faktor usia memang lah membantutkan ingatan kekal abadi. Lagipun, bukan 20 orang dalam forum tu mau hampir seratus orang yang betul-betul kita rapat dan berborak sesama sendiri. Sampai sekarang, masih ada nama yang terlupa...

Bila Iela naik status di FB pasal kawan-kawan forum, terus menderu komen semalam. Telefon I cepat turun bateri ye semalam. Hehehe. Ada pahit dan manisnya semua ni. Bila manisnya tu, seronok sangat nak recall tapi bila bab pahitnya tu terus terbantut rasa.. Banyak jugak kes penipuan, penyamaran dan perselisihan faham dalam forum. Apa pun, tak semua macam tu. Ada yang naif tapi ada jugak yang 'kepala' cuma bagi I, biarlah... Sampai bila pun diorang nak macam tu.

I cuma rapat dengan beberapa orang saja sampai sekarang dan tak perlulah I sebutkan nama setiap sorang sebab diorang sendiri tau siapa diorang tu. I seronok, dapat bawak kawan-kawan jugak masuk jadi geng forum. Semoga bermanfaat hendaknya. I terjumpa satu forum di Internet yang menyerupai Forum HA. I dah join pun Forum Ratuhati. Kadang-kadang ada perkara TTC yang dah terlupa I refer jugak pada forum ni. Bila tengok cara diorang berborak, serupa macam kami dulu. Rindunya...

Macam mana I boleh jumpa Forum HA ye? Waktu tu period I dah delay, dan I cari penyelesaian sebab UPT menunjukkan result yang negatif, means, not pregnant. I search dalam Google dan jumpa forum. Dari situ, terjebak siang malam pagi petang. Dulu takde smartphone, kerja kami, berkampung depan PC atau laptop masing-masing. Berjanji, bila habis waktu kerja menderu komen di thread. Susah mod nak control. Hahaha. Serius best time ni. Semuanya kenangan..... 

Pada waktu sekarang, kalau ada sahabat-sahabat yang nak berTTC kita sekarang ada banyak saluran yang boleh dijadikan rujukan. Kalau tak faham sangat bahasa formal macam doktor dan nurse bolehlah join jugak Forum Ratuhati. Sebijik macam kami berforum dulu gayanya. Best. Kalau ada yang masih TTC dan menanti kekuasaan Allah, di FB pun ada group TTC dan IVF/ICSI/IUI/Fertility. Sebenarnya, lagi senang tanya pada orang berpengalaman dan sama nasib kita. Berbanding nak tanya pada doktor, kadang gynae adalah lelaki. Tak mungkin dia berpengalaman. The best way, tanyalah yang orang yang mengalaminya bersama dengan kita. In shaa Allah mereka tak kedekut ilmu. 

Apa pun, the very best of luck to all my TTC's darlings. Jangan malu bertanya nanti sesat jalan. Tak salah benda baik kita bertanya. Kalau memandai sangat nanti bila dapat susah dah menyesal kemudian hari. Trust me, ask around and live happily. Get in touch with more TTC friends because they won't bite :)

Rindu Iela jugakkkkkkk!

Tuesday, February 18, 2014

MengGEMOK!

I'm gaining weights! Banyak ok. 5 kg dan badan dah menjadi buntal. Banyak yang kena repair balik. Seluar dah sendat. Lengan dah besar. Ya Allah, ni lah orang kata penangan kahwin. Hati senang, perut pun kenyang. Fuyyo, I tak sangka perubahan 'besar' sangat ni. Daripada 79 kg I dah naik ke 84 kg. Ini harus dihentikan serta merta. Cutting lari jauh woi!

Berbeza sangat dah rupa bila I pakai satu t-shirt ni masa sebelum dan selepas kahwin. Waktu tu I realize yang I bukan macam sebelum ni. Zaman main netball, setiap minggu ke Tepian Gelanggang Paroi untuk aerobic dan training fitness setiap petang. I need to move on now. Tak boleh macam ini.

Ianya akan bermula malam ni, Selasa malam ada aerobic dekat Tepian Gelanggang. Harus pergi. Demi menjaga balik cutting yang dah lari jauh. Utrim pun nak kena minum balik. Dan paling penting, nak korek balik video Jillian Michaels. Rumah baru takde player mahupun TV yang boleh cucuk external hard disk. Kena usahakan beli player best-best sikit. Selama ni tak terfikir kepentingannya hahaha.

I need to workout! Tak mampu nak membawa badan macam ni lagi. Tiba-tiba teringin nak join program-program kurus. Tapi, bak kata Sayang, "dulu single sekarang dah berlaki.." nampaknya memang kena fikir berjuta kali. Semoga dipermudahkan segala urusan I.

Mulai sekarang, blog ini akan dipenuhi balik cerita-cerita Samani nak kurus. Hahaha silalah hadap sampai muntah selagi I tak kurus. Lagipun, hujung bulan Mac ada kenduri. No way, I tak boleh gemuk lagi. Nanti dalam gambar nampak tak elok ok. Dahlah kenduri belah mertua, anak-anak buah semua kurus halus macam kerengga. Mak buah amboihhhhh~

First thing yang I akan buat, banyak-banyak telan air kosong. Formula paling bagus setakat ni. Jangan malas. Lagi-lagi dengan cuaca panas. Eloklah minum air kosong.

Jom mula semula.

I am 84 kg now *nangis!*

OH NOOOOOOOO!!!~

Monday, February 17, 2014

Lawatan Ke A'Famosa Resort

Tiba-tiba punya planning. Nuin, Kecik, korang memang kurang asam jawa. Nasib baik murah bayaran banglo tu. Pandai game ko ye Nuin hahaha. We just came back from our Pangkor's trip and they came up with the idea of, "...sesiapa yang ada masa mehlah join kitorang nak lepak dekat Melaka sebab akak aku ade banglo dekat A'Famosa..." kata Nuin dalam group whatsapp. Hati getar jangan cakap. Maklumlah pengantin baru. Mana-mana je orang ajak mesti nak pegi. Sayang pun setuju hihi.

Kitorang sampai dekat banglo pun dah lewat dalam jam 8.00 pm. Jalan semua clear dan ok. Sampai ke banglo terus dinner. Tak buang masa, lepas makan terus balik. Setting katil dan bilik ape semua terus yang suami-suami, mengerjakan swimming pool dan biasalah, isteri-isteri menyibuk keluar masuk rumah dan duduk sofa dan setelkan budak-budak dan mandi dan berborak sambil gosip. Nahhh, lelaki fokus pada satu je kenapa kita pompuan banyak benda kita buat :D

Terima kasih Wawa sebab bawakkan KFC pukul 12.30 tengahari untuk kitorang breakfast. Pffffftttt! Lepas breakfast tengahari tu kitorang terus ke Safari Wonderland. Nak tengok binatang ni semua la SiDia suka. Pakai binatang ni la pun I pancing SiDia nak kesini hahaha. Sorry Sayang, I terpaksa buat  ni semua untuk kebaikan kita. Dengan bayaran RM45 dapatlah tengok macam-macam dan I kagum dengan show dari burung-burung dekat sana. Comel dan bijak sangat. Gajah pun sama. Sedih tengok diorang tapi better diorang dibela dalam Safari ni daripada duduk dekat luar yang terdedah dengan orang jahat. Sorry, minded I memang macam ni. Sian tengok binatang ni semua....

Lepak dulu. Pasni baru mengah hahaha
Sawan buaya!
Ha ni lah budak dia yang excited tengok buaya dan binatang lain hahaha
Birds parade ni best!
Tak mencengkam ke tuh?
Perjalanan singkat diteruskan masuk dalam kawasan Safari yang betul punye. Binatang memang lepas macam biasa dan kita duduk dalam truck. Ini pengalaman yang sangat mengujakan. Walaupun bukanlah macam dekat Afrika yang Safari beriya ada macam-macam tapi pengalaman macam ni pun I dah excited. Kalau ke sana macam manalah agaknya...

Inilah truck yang bawak kitorang ke Safari. Kalaulah ghimau tu terkammmm
Our short trip continued with some archery activity at the entrance gate of Safari Wonderland. This is my first ever experience and its quiet hard to pull off the string, or whatever it is called. Lepas sepanah dua I dah pun surrender. And its already late, too. Kitorang in hurry nak balik ke Kuala Pilah pulak lepas tu. Ape pun, sempat kitorang tunjuk skill terjun pool setelah dua technician dan sorang ahli kimia menggodek swimming pool agar boleh dimasuki oleh semua. Thanx korang!
Gepren Legolas LOTR biasa lahhhh :D
Tengoklah dua beranak ni hehehe
Apa pun, short trip ni sukses la. Memang happy kitorang walaupun 4 kerat je yang dapat join. Memang best banglo kakak Nuin tu. We are looking forward to bring our family there, in shaa Allah.

Oklah, kalau nak bawak family untuk weekend. Great moment we had there. Especially with the kids. But for me, I would never go back to the Safari. I may be go for the Water Theme Park. 


Nape muka u camtu, Sayang. Excited ek!

RSVP : Hadir Hari Keluarga K.A.M.I

Ye lah kan Hari Keluarga sangat. Dah setting tempat dan aktiviti tapi belum book lagi apartment. Harap sempatlah. Kerja I dah setel, tukang survey port mana yang best. Sekarang tugas diorang pulaklah, nak deal dengan tarikh dan kerja mem'booking'.

So far, yang nampak cantik dan selesa untuk kami ialah Puteri Resort di Blue Lagoon, Batu 9. Dulu tak silap Permaisuri nama dia. Sekarang dah jadi Rumah Peranginan Persekutuan. Tempatnya ok, ada pantai yang tak macam Teluk Kemang yang sangat crowded dan tak berapa bersih. Keluar je dari gate resort dah ada pantai dan ada water sport activity yang harapnya disukai oleh kaum-kaum Ayah. Alaaaa, terabai la kitorang. Hahaha.

BBQ pun akan diusahakan nanti. Cuma belum discuss untuk apa menu dan untuk berapa pax. Untuk budak-budak akan diusahakan oleh Reen yang akan bawak sikit goodies. Eyna pulak nak bawak birthday cake untuk February and March babies. Wahhhh, this gonna be great. Meriah sangat. I'm thinking of bringing stuffs for the party.

Yang paling best, dah ada tshirt ok. Itinerary belum ada so tak pasti lagi nak pakai bila. Samada pagi Ahad atau petang Sabtu. Harapnya menjadi lah planning untuk 22 hingga 23 Februari ni. Dah macam-macam dalam kepala hotak nih!

Can't wait to see you girls again :)

Samani On HSG - Seram Nih!

Alhamdulillah. Selesai satu perkara. Lega dah kerisauan yang bersarang di hati. Punyalah mengeletar tadi sebelum masuk OT Room. Allah je tau perasaan yang tak tentu arah tu. Walaupun BP normal dan cantik reading dia tapi dup dap dup dap bukan boleh buat tipu-tipu.

Firstly, of course tukar outfit untuk masuk OT. Lepas dah tukar baju tu yang kritikal sikit rasa nak kencing la macam-macam lagi. Nasihat dari yang berpengalaman, buang segala apa yang patut. U'll never knew what will happen inside the room. Kemudian, berbaringlah kamu di atas katil tengah-tengah OT Room tu.
Dalam tu suami memang tak dibenarkan masuk. Yang ada sekali memang doktor, CR dan seorang staff nurse bertugas. Sebelum buat procedure nanti doktor akan tanya pernah buat atau tak dan dia akan terangkan apa perkara yang dia akan buat.

This is what I've experienced in the OT Room:

Fuh, fuh, fuh!

1. Berbaring. Dalam kedudukan macam nak buat PAP Smear..

2. Doktor akan cucikan kawasan luaran vagina.

3. Satu alat akan dimasukkan ke dalam vagina dan menurut kata doktor dia akan masukkan macam 'belon' yang digunakan untuk memudahkan cecair berwarna untuk memasuki kawasan uterus. Oh, sangat sakit masa ni. Kena tahan sikit. Sementara nak tunggu masukkan cecair tu. 

4. Proses memasukkan cecair sangat sakit jugak. Sebab nya doktor akan masukkan perlahan-lahan. Memula ke dalam rahim lepas tu ke tiub fallopio kanan dan kiri. Waktu ni la perlukan kita buang air kecil sebelum prosedur. 

5. Sebelum masukkan cecair, mesin xray pun didekatkan dengan kita dan doktor akan siap sedia untuk xray setiap proses. 

6. Siap cecair dimasukkan ke uterus, satu gambar ditangkap. Kemudian cecair dihalakan ke tiub fallopio kanan dan snap. Dan seterusnya tiub fallopio kiri. Siap.

7. Selesai semua, doktor terus pergi dan satu pad akan diberikan. Untuk mengelakkan dari cecair tu terkena seluar.

8. Bleeding. Confirm akan ada. Rasanya tak berapa lama. In my case, 24 jam selepas procedure dah berhenti darah tersebut. Ada bertali-tali sikit lepas tu. First day saja I pakai pad.

9. Result akan diberikan immediately. Doktor akan terangkan kalau ada sebarang blockage.


Sekian penerangan dari insan yang dah cuba rawatan HSG. Harapnya semua baik-baik saja semuanya selepas ni. Tak perlu la tau result I. Procedure seterusnya akan diberitahu kemudian.

Note kepada sahabat-sahabat TTC yang bakal buat HSG - sepanjang tempoh sebelum buat HSG memang TAK BOLEH MELAKUKAN SEBARANG HUBUNGAN SEKS dan SILA BERCUKUR bagi memudahkan doktor melakukan procedure dan berjalan dengan lancar. In shaa Allah..

p.s. Semua penerangan dalam bahasa pasar sahaja. Tak reti nak guna istilah-istilah doktor. Kalau nak penerangan yang lanjut silalah Google saja ye :)

Terima kasih suami sebab tunggu dari awal procedure sampai habis.
I Love You, Sayang!

Friday, February 14, 2014

RSVP : Hadir Rawatan HSG

Bismillahirrohmanirrohim.

Ya Allah mudahkan urusan I pada hari ini, 14 Februari 2014. Nama I dah ada di OT Room untuk satu procedure yang tak pernah I alami selama ni. Actually, dah lama I tak masuk hospital atau ward untuk setahun ni. Kali terakhir, adalah Disember 2012. Nervous tak payah nak cakap.

HSG ni untuk apa, silalah Google. Kalau geng TTC mesti tau. Tak perlu I terangkan panjang lebar. Dah setel nanti baru I explain sini macam mana procedure tu. I sendiri pun tak tau.

Doakan semua yang baik-baik saja untuk I dan suami. Umur pun dah meningkat. Tak perlu tunggu lama-lama. I ada target I sendiri dan yang pasti, semua atas kemahuan I sendiri. Semoga Allah mudahkan urusan kami pada hari ini. Teringin sangat nak suami I masuk sekali dalam OT Room. Itu pun kalau boleh. Ok dah jom siap sedia.

Wednesday, February 12, 2014

Escape Plan

Pegi tengok cepat-cepat sebelum basi! Kalau tak sempat tengok wayang pegi Astro First eh Best eh First, ah mana-manalah tapi yang kena SMS untuk tengok 2 hari tu. Tak mahal mana der, RM10 boleh tengok 2 hari, nak tegolek telentang dua hari berturut depan TV pun ada orang kisah. Takat nak pegi toilet, next show boleh tengok balik scene yang kita terlepas 2 minit tu (kalau perempuan la 2 minit peruntukan masa nak ke toilet sebab macam-macam hal) hahaha tengok dah terpesong.

Ok cerita dia macam biasa omputih kan power semuanya. Mamat nama Ray Breslin (Sylvester Stallone) ni paling power la escape dari penjara. Keje dia dapat gaji mahal ok tapi macam nak berbunuhan la dalam tu bayangkan penjara ye. Dia dengan team dia akan setup dengan penjara dan dengan segala kepakaran dia akan meloloskan diri dari penjara yang dia masuk. Sambil tu dia tulis report dan terbitkan buku dengan semua pengalaman dia dekat dalam tu.

One day, leceh cakap omputih, ada satu hari datang sorang pompuan nak masukkan Ray dalam satu penjara swasta yang paling mantap sebab penjenayah paling ganas dan setan seluruh dunia akan ditempatkan dalam situ. Ray setuju macam biasa dia ingatkan sama dengan penjara cokia-cokia yang dia penah masuk tak tau nanti ko nak kena lenyap terus dari muka bumi.

Dipendekkan cerita, Ray jadi bff pulak dengan Emil Rottmayer (Arnold Schwarzenegger) yang bantu dia nak loloskan diri dari penjara tengah laut. Ops terbagitau klimaks. Sorry la excited sangat. Rupanya ada orang betray si Ray dan memang taknak dia keluar dari situ. Tapi power la tempat kurungan dia dari tempered glass (ni I pepandai sendiri sebut) dan warden dia gunakan sepenuhnya buku Ray untuk wujudkan penjara yang sangat hi-tech gitu. Siapa si Rottmayer tu sebenarnya...?

Nak tau yang lagi klimaks sila tengok. Memang sakit jiwa tengok warden penjara hi-tech tu nganjing Ray. Jahat wey. Ok dah habis cerita. Terima kasih Radhi dan Ida yang suggest tengok movie ni. Tak rugi wo! Paling best tengok ngan laki sambil peluk-peluk hahaha.

Sila tengok bila ada masa, daripada mengumpat je dekat opis :D

Monday, February 10, 2014

Sabar Itu Indah

Alhamdulillah. Terasa diri masih di bawah lindungan Allah dengan ujian berat yang diterima. Masih, mengharungi ujian yang sama. Allah berikan kerana Allah sayang. Allah berikan kerana ingin kita lebih berusaha. Allah berikan kerana masih nipis doa-doa kepadaNya.

Kepada semua kaum keluarga, sahabat dan insan-insan.senasib janganlah bersedih dengan ujian Allah yang satu ini. Kita yang masih berusaha mendapatkan zuriat haruslah percaya pada takdir Allah. Jangan marah dengan pertanyaan dari orang-orang yang tak merasa. Kerana pertanyaan itu juga digerakkan oleh Allah dalam naluri mereka untuk bertanya keadaan kita.

Selagi ada kudrat, selagi itulah kita kena berusaha. Walaupun baru sebulan pernikahan kami, tetap ada perasaan sebegini wujud. In shaa Allah, tak selamanya kita bersedih. Tetap ada sesuatu yang Allah akan tambah dari kekurangan kita ini.

Terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang I dapat dari Facebook seorang rakan sekelas UiTM. Tersentak dan terus tersedar. Ohh, betapa kerdilnya tahap keimanan diri. Jom sama-sama kita tingkatkan :)

Saturday, February 8, 2014

Hati Menangis Gembira

Cukup dengan apa yang ada

Atas semua kasih sayang
Atas semua senda gurau
Atas semua rajuk manja

Aku bukan dari keluarga mewah
Aku bukan model pentas peragaan
Aku bukan penyair hebat
Aku cuma ada kau

Kau pencinta terhebat
Kau chef yang terulung
Kau penjagaku yang setia
Kau tempatku bergantung

Kita yang melengkapkan kita
Siang dan malam
Jaga dan tidur

Berbaiklah kita
Jangan ada jurang
Biar ada rindu melekat selalu

Walau kita tak hebat
Walau kita tak sempurna

CUKUP DENGAN APA YANG ADA :)

♥♥♥

Friday, February 7, 2014

Kahwin Oh Yeah : Video Kahwin Fizie & Wanie Yay!

Awesome! Cun dan sempoi sangat. Terima kasih Herri merealisasikan highlight video yang best ni. Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang sporting. Video ni adalah highly recommended untuk semua bakal-bakal pengantin. Bak kata orang, dah tak zaman video panjang-panjang record semua orang merenjis. Cukup sekadar highlight yang penting sahaja.

Guys, boleh request pada Herri anda nak lagu apa dan moment yang macam mana. Its on you. Tapi dalam kes video kami, semua on Herri. Kami serahkan 200% semua creativity dan trust pada Herri sepenuhnya untuk tolong kami abadikan video pernikahan dan persandingan ini. Dan hasilnya, dangg! I puas dengan hasil kerjanya.

Untuk B2B a.k.a bakal pengantin di kawasan Seremban kalau nak khidmat Herri mengambil video amatlah dialukan. Sila tengok video kami di bawah ni dan hubungi Herri secepat mungkin untuk tempah tarikh korang. Frankly, kami ialah pengantin pertama yang dirakam dan for sure, there will be more good things to come for next video. Memang I takkan teragak-agak nak promote Herri pada orang lain.

MAJLIS PERNIKAHAN


MAJLIS PERSANDINGAN


Sumpah jahil! Menulis, mungkin I berbunga-bunga baitnya. Tapi bab teknologi, arghhhhh~ Hahahaha Sebenarnya I tak reti nak upload video tu dari YouTube ke sini. Pandai-pandai lah click link di atas ye.

Thursday, February 6, 2014

Manja!


Dulu,
Ayah hantar pergi sekolah
Sekarang, 
B hantar pergi kerja

Dulu,
Mama masakkan ayam goreng! Nyums!
Sekarang,
Hari-hari B masakkan nasi goreng sedap gile!

Dulu, 
Tidur berbantalkan lengan Ayah Mama
Sekarang,
Tidur dalam pelukan B

Dulu,
Pergi sekolah salam cium tangan Ayah Mama
Sekarang,
Salam peluk cium B setiap hari

Dulu,
Puas Ayah Mama suapkan ubat kalau sakit
Sekarang,
B suap ubat, sapukan minyak, tuamkan ais

Dulu,
Hidup bawah ketiak Ayah Mama
Sekarang,
Asyik bau ketiak B pagi petang siang malam

Ayah... Mama...
Penjaga terbaik, pemanja terhebat
Tiada galang gantinya
Kasih sayang tiada kurang
Sampai ke Syurga ingin ku peluk mereka

B...
Kau ambik diriku dari Ayah dan Mama
Sama rasanya tempat bermanja
Cuma, lain sungguh caranya
Tiada galang ganti juga
Moga kasih sayang kita ke Syurga

Sumpah,
Rindu sangat dekat Mama dan Ayah
Rindu sangat nak bermanja
Rindu sangat nak menggedik

Sumpah,
Sayang sangat dekat B
Sayang sangat masa yang kita berjauhan
Sayang sangat dengan waktu indah kita

Sumpah,
Aku anak manja Ayah
Aku anak manja Mama
Aku budak manja B

SELALU... SAMPAI BILA-BILA...

Monday, February 3, 2014

Dalam Banyak-Banyak Kedai...

Kedai mana yang akan terpaut dekat hati bak 'love at first sight' bila masuk shopping mall je terus nak kesitu. Senang aje formula dia, walaupun takde duit, asalkan dapat melawat kawasan pun jadi lah buat lepas gian, geram dan kempunan. Hahaha, tak susah sangat nak jawab soalan macam ni. Kalau u tanya I, memang kedai buku lah jawapannya. Bookstore

Even, kalau ke Tesco atau Giant, confirm la kawasan stationery dan buku-buku jadi pilihan hati. Leka! Tak tau kenapa. Macam semua benda dekat bahagian buku-buku dan pen, pisau, crafty stuffs ape semua dah pukau I gila-gila punya. Bila tengok wrapping paper cantik-cantik rasa tangan tu ringan je nak belai-belai. Boleh lah nak kata gila tu tak sangat tapi sewel datang merasuk dan lama gak nak release hihihi. Wey, cantik kot puncher yang berpattern cantik tu. Dalam otak I ade je terfikir macam-macam. Kalau tak, takkan lah I beli rubberstamps dengan carving knife for nothing, semata nak cuba what it takes to make your own hand-carved rubberstamp. Aiyooo! Dan paling best, dek minat kan benda-benda crafty ni, I berjaya buat my very own hand-made wedding invitation card. Yahuuuu!

Stationery satu hal, buku pun 1 hal jugak. Letak I dalam Kinokuniya, u shopping la 18 jam dalam tu, dah nak balik tolong jemput I ye dan make sure I tak beli apa-apa, tapi kena janji esok datang lagi. Hahahaha! Apa la ktirikal sangat ni. Owh, I just love books. Banyak gila buku masa kecik-kecik dulu, omaigad, sayang gile ok nak jual Full House - Stephanie tuh. Berani sentuh dan letak dalam plastik bag untuk jual pada Ah Chai Paper Lama, meh bertumbuk dulu. Paling nak, pegi Big Bad Wolf. Muntah darah tengok buku kiri kanan depan belakang atas bawah tegolek sana sini. Rasa macam nak baca semua buku tapi apakan daya, dah beli, ade berbakul dekat rumah, tapi sayang, setiap minggu lap habuk. Hahaha. Bukan tak mau baca tapi takde masa sesuai. Mana nak kurus lagi, nak baca buku lagi, nak bersihkan rumah lagi, nak lipat kain lagi. 

Semua orang ada favoritism masing-masing la kan. Kalau masuk je shopping mall, terus tuju kedai yang kita dah niat dalam hati, "bila sampai aje Sunway Pyramid, aku berjanji pada diriku akan ke....". Macam budak-budak, sampai je shopping mall dalam kepala dah ingat kedai mainan. Kalau mak-mak, sampai je shopping mall mata jeling tajam ke kedai emas. Typical huh! Haha. 

Books are where u gain your knowledge. In addition of your life experiences, books are adding up their value to your brain in order expand the power of your mind. Pantang I kalau nampak orang melangkah-langkah buku ni. Titik kaki dengan rotan sat gi kang. 

Ini bukan kempen mari baca buku atau projek Nilam sekolah or whatever. Ini merupakan cerita merapu kerapu petang sebab duk menunggu Sayang ambik. Sokay yang, bawak kete elok-elok. Biar lambat asal selamat. I tunggu u...

Asalkan u upah pegi BBW minggu depan! 

Aw-wwwwww-wwwoooooooooooo!


Getaway : Pulau Pangkor / Kellie's Castle / Ipoh

Hari 3 : 15/01/2014 (Rabu)

Masih dalam mood holiday. Tapi terpaksa bangun awal nak check out. How time flies. Mulalah semua madah pujangga keluar. Apakan daya, lepas breakfast, terus buat final check. Dan kitorang meninggalkan Anjungan. Selamat semuanya, tertinggal satu benda je, TORCHLIGHT! Eeeee geramnye, marah betul I kenapa Sayang tinggalkan.

Hey, bye-bye guys :) Thanx for being nice to us
Sampai di jeti, pencarian satay ikan bermula. Beli sikit-sikit barang makanan untuk cenderahati dan paling penting ikan Kurau masin seekor untuk Mama. Terbayang masak lemak Mama. Sedapnya... Nasib baik semua ni ringan sesaja. Sebab beg memang dah penuh. Beli punya beli, sudah cukup sudah. Jom balik!
Ha tu dia! Pose peace-peace yaw dari Radhi dan Ida :D
Senyum pun dah layu-layu kan sebab letih
Perjalanan diteruskan ke Ipoh pulak sebab Radhi ada business discussion dengan business mate dia. Apa I melalut! Tak sangka perjalanan ke Ipoh menemukan kitorang dengan Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak. Singgah lah jugak alang-alang. Sekarang memang semua benda pukul alang-alang je. Backpackers katanye!

Dalam Kellie's Castle yang penuh kontroversi tu
So far so good, walaupun lately Malaysia disajikan dengan berita yang kurang enak pasal entiti di Kellie's Castle. Kitorang pun cuma tangkap gambar je lepas tu chow. Masuk pun ke RM5. Rugi la tak snap gambar kan. Pertama kali jejak ke sini. Selalu tengok dalam gambar je. Oklah, tempat dia cantik untuk bergambar. Cuaca pun baik. Ada kena mengena?

Ni luar dia, cantik....
Meneruskan perjalanan ke Ipoh dengan harapan nak makan Nasi Ganja a.k.a Nasi Vanggey yang terletak di tengah bandar Ipoh. Macam biasa, bantuan Waze la kitorang sampai. Kalau takde Waze memang hancur la! Hahaha. Termakbul semua yang diidamkan. Lepas Radhi bermesyuarat, kitorang pun pulang. Dapat sambar Rojak Mak Bee dekat RNR hehehe nak jugakkkk.

Second last destination, One Utama mari mari mari. Satu tujuan, cari snorkel sendiri sebab geli pulak sewa-sewa suma mulut dah masuk. Hasil discussion dalam kereta masa on the way balik, tetiba decide nak pegi Mabul! Hoihhh! Gila sungguh! Terus nak amik lesen dive! Hoihhh! Tak menyempat, terus ke Global Scuba dan Sealantis. Next entri ye, tak mampu nak menaip pasal dua tempat best nih! Geram! Hihi

Amboi sempat lagi kan... Ok kali ni last destination. Kitorang serbu Murni SS2! Mesti dah tau kan.... 

Okbai!

Getaway : Pulau Pangkor (Hari 2)

Hari 2 : 14/01/2014 (Isnin)

Yayyy! Bangun awal, sarapan pagi dan siap-siap untuk snorkeling! Nak jugak rasa pengalaman kalau snorkeling dekat Pangkor ni macam mana. Dengan bayaran RM100 untuk kami berempat dan bot besar berbumbung, abang bot bawak kami ke Coral Island. Sempena banyak coral agaknye.

Jom!
Guys, sila berhati-hati bila bot sampai tepi batu-batu tu. Senang diingatkan bahawa coral-coral ini adalah sangat tajam. Bagi mereka yang belum kebal sepenuhnya silalah dengan yakin pakai kasut yang senang cover tapak kaki dan keliling kaki dari terpijak dan tersepak coral-coral tajam berikut. Ok senang cerita, I pakai kasut Crocs perempuan tu aje. Dan di antara kami berempat hanya 1 sorang yang tak cedera dilanggar coral. Hahaha. Eh tapi ini serius ok.

Atas bot gelak-gelak, dalam air cungap-cungap :D muahaha
Memang ada 2 port snorkeling tapi sebelah pantai tu takde finding yang menarik. Kekeruhan air dekat Pulau Pangkor itu menyebabkan kami tak nampak ikan cantik-cantik. Mungkin silap musim lagipun, malam semalam hujan turun dengan lebat. Angin pun main peranan. Sibuk click-click gambar tak sedar dah dekat tengahari. Selepas dah dibawak berjalan seround dua, kami pun balik ke Teluk Nipah.

Mak aih, teruknya I edit gambor ni!  :p
Sambung pulak berkayak. Dengan harga RM30 untuk 2 jam. Part ni yang lemah ni. Macam nak tercabut ketiak malam tu. I bersungguh-sunguh berkayuh. Hello, angin kuat ok dah melambung-lambung air kena kitorang. Repeat lagi ke Coral Island, oh mai! Memang cantik untuk bergambar dekat sini. Untuk buat BBQ pun boleh dekat pulau ni. Tapi kitorang tak survey harga. Lepas posing maut sepam dua kitorang balik ke Teluk Nipah. Lega! Sampai jugak tau walaupun keletihan.
Superhero hati I!
Haipp! Cerita hari kedua belum habis lagi! Hahaha. Kami balik berkayak sambung makan-makan dekat kedai mamak tepi laut. Dah kenyang memasing, terjun pool lagi sekali. Best sangat kalau holiday tiap-tiap hari. *tepuktepukpipi* Jangan bermimpi Samani...! Hentak-hentak kaki sikit dekat tanah. The truth is, anak orang kaya pun masih bekerja cari duit sendiri. Itu je kata-kata hikmat hahahahaha.

Laut sudah, pool pun sudah. Masa untuk mandi manda sudah abis bro! Sekarang misi perabih duit dengan memusing satu pulau cari kedai yang best. Takde berapa sangat yang best tapi kalau I duk Pangkor memang kopak gak mak ayah skali I pau nak beli dress dan benda-benda lain. Satu pulau berjaya dironda dengan menaiki skuter sewa. Memang mencabar. Bukit kalau tinggi tu memang semput la skuter tu bawak kitorang berdua yang gebu-gebu montel ni. 

Berjaya jugak kitorang cuba tanya pada penduduk tempatan untuk dinner yang best dan murah. Tolonglah, kami taknak tertipu lagi macam semalamnya T___T  Mengikut kata orang Pangkor, dekat Pasir Bogak ada kedai makan seafood yang sedap dan murah. Ok jom!
Mamat kaki luka dah ready nak kuar dinner :)
Buat pemakan-pemakan sekelian macam kami, kalau berkunjung ke Pulau Pangkor dengan rasminya I nak announce, sila makan di Abea Tomyam yang betul-betul dekat Pasir Bogak. Kedainya tepi laut. Senang cerita menu malam tu : nasi putih 4, tomyam ayam 2 orang makan, ayam masak pedas 2 orang makan, ikan Siakap 3 rasa size ngam la untuk 4 orang, telur dadar 2 biji dan air buah 2, air Nescafe dan Milo (kalau tak silap) adalah semuanya berharga RM60 lebih SAHAJA! Berbeza dengan semalamnya di Teluk Nipah : nasi putih 2, sambal sotong dan tomyam ayam 2 orang makan, air milo ais dan teh o ais dengan harga yang sama! RM60 lebih! Sila jangan tension. Kitorang lagi ralat je rasa sampai hari ni. Pfffttttt!

Selesai makan, balik resort dan packing up things. Esok nak balik dah. Huaaa!

Getaway : Pulau Pangkor (Hari 1)

Nope, I dengan suami (ecehhh! malu-malu lagi nak guna kata ganti diri SiDIa nih!) takde plan apa-apa untuk ke mana-mana selepas berkahwin. Control cun sikit nak duduk rumah je takde plan kemana pun. As per mentioned before dalam cerita Honeymoon Kemana? memang I pun anggap ni percutian dengan kawan-kawan. Yeah, kami tak pergi berdua tau. Dengan kawan-kawan best sikit.

Pergi berempat, sekali dengan Radhi dan wife, Ida. Ini pun kitorang amik peluang cuti Maulud Nabi, birthday Yam Tuan Besar N.Sembilan dan Thaipusam. Tapi Thaipusam not included dalam hari yang kitorang pergi lah. Heaven sangat ambik cuti 2 hari dah boleh cover seminggu. Setahun sekali je camni hokay! Lepas ni dah takde public holiday untuk Negeri Sembilan sampai lah ke Mei 2014. Phew!

Day 1 : 13/01/2014 (Isnin)
Kami bertolak dalam jam 8.00 am dari Seremban. KONONnye nak bertolak 6.00 am tapi sebabkan masalah teknikal pada tank minyak Satria Baja Hitam terpaksa ditangguh perjalanan. Alhamdulillah, dengan kereta kuat Radhi, berjaya kami sampai di Jeti Lumut lebih kurang tengahari dan terus beli tiket feri berharga RM10 (return). Sila memilih feri ok! Kalau naik feri yang tertutup sepenuhnya tu memang tak feel macam cerita Titanic. Feri kitorang boleh naik atas bumbung ada fresh air hahaha.

Acara beli tiket
Sorry, kat jeti pun dah kitorang rasmikan 
Berjaya sampai ke Pulau Pangkor dan turun di jeti yang kedua. Terus kitorang sewa motosikal 2 buah untuk RM60/hari cuma perlu isi minyak je. Mula-mula kitorang ke Puteri Bayu Resort, nampak dull sangat. Takde orang dan tak happening. Last-last baik ke plan asal, kitorang terus ke Anjungan Beach Resort & Spa yang betul-betul dekat Teluk Nipah. Lega sikit, walk in tapi nasib baik ada bilik. Malam pertama harganya RM180 dan malam kedua RM240 sebab esok tu kan public holiday Maulidur Rasul. Sementara tu, Radhi dan Ida terpaksa balik ke kereta sebab tertinggal barangan berharga dalam kereta, I dan Sayang keluar ke town carikan birthday cake! Esok birthday Ida actually, so malam ni surprise-surprise sikit la gitu. Dan berjaya!

Lepas merayau petang-petang dekat Teluk Nipah dan kawasan sekitar, macam biasa kitorang terjun pool pulak. Hihihi macam tak pernah jumpa air! Rindulahhhh... Nak tau tak, rugi sangat-sangat makan di Teluk Nipah. Menyesal tak tanya dekat orang tempatan makan mana yang best. Memang mahal sangat-sangat makan tepi laut dahlah lambat pulak tu. Arghhh tekanan sangat. Nak release stress, kitorang cuba mencandat sotong tepi pantai. Yes! Dapat seekor jadi lah... Dapat habuan baling mata kail sejam jadilah. Malam ni kena buat surprise!

Ahha, inilah birthday girl!
Apa pun, selamat hari lahir Ida yang ke 25 (alahai muda lagi!) semoga diberkati Allah duni akhirat. Aminnnn. Sedap kan kek tiramisu pilihan hati I. Hehehe, 2 hari makan tak habis wey!

Manusia


Macam-macam warna kulitnya
Macam-macam bau ketiaknya
Macam-macam bentuk badannya
TAPI, itu semua pinjaman dari Allah

Loan je pun, Allah adalah pemberi pinjaman
Kita, adalah peminjam
Gagal melunaskannya, balasan Neraka menunggu
Elok jalannya, Syurga menanti kita

Tiada secebis takutkah
Dengan semua kata-kata nista
Dengan semua bicara dusta
Dengan semua perbuatan dosa
Dengan semua keangkuhan rasa

Hebat manusia sekarang
Bangga sangat, berkata-kata besar
Di'claim'nya semua kesempurnaan diri adalah darinya semata
Berlagaknya...

Doa untuk diriku dan suami
Semoga kami bersederhana

Doa untuk kalian yang dikasihi...
AL-FATIHAH :)