Nuffnang Ads

Friday, December 13, 2013

Kahwin Oh Yeah : Honeymoon Kemana?

Kepada yang mampu dan rasa free nak pegi honeymoon, go on, muka tengah berseri-seri orang akan tau pengantin baru tengah nak beramas mesra hahahaha. Lagi-lagi ada inai dijari. Eh, I pulak feeling lebih.. Pastu kan I suka tengok gambar pengantin-pengantin baru yang pegi honeymoon. Loving gila ok peluk kuat-kuat. Masalahnya, siapa snap gambar diorang? Honeymoon bersama keluarga atau kawan-kawan ke? Jauh sangat pemikiran tu..

We've decided not to go for honeymoon right after our wedding day. Got stuffs to be done. Rumah, both side kena kemas. Kenduri di rumah parents, takkan nak biarkan parents yang kemas sendiri. No good, Samani. Sebelum kahwin kena bekerja keras, lepas kahwin apatah lagi. So, ini adalah sebab pertama kami.

We were just moving out to our new home. Rasanya kelengkapan rumah lagi penting disini. Rumah, kita nak duduk bersama setiap hari, Sayang. Hotel, paling cikai RM130 per night kalau nak selesa katil queen boleh peluk-peluk time tidur, takkan 1 malam je kan. Nak puas kena lah 4 malam. Ok melampau. Kali campur bahagi tolak, boleh beli wardrobe atau mesin basuh dengan dryer sekali kot. Ni minded budak study finance sangat lah kan. Siap ada kiraannya. Hahaha. One more thing, nak honeymoon domestik memang jimat tapi kalau hati tergerak nak fly luar negara? Ouuuchh!

Kita tau kan, hujung tahun ni musim tak menentu. Banyak tempat di Malaysia cuaca tak stabil lagi. Pergi sana hujan, pergi situ banjir, syok ke berjalan dalam hujan. Better kita tunggu habis monsun. Dapat lah beraktiviti sikit. Lainlah orang yang nak berkepit aje dalam bilik. Memang suka sejuk-sejuk. Hihihi. SiDia yang I kenal, pergi mana-mana pun dia suka merayau tengok tempat orang. Nanti demam, Sayang. Kita tunggu cuaca stabil barulah senang hati nak kemana pun. Feeling budak-budak master dalam Geografi pulak dah. U berani nak naik flight dalam keadaan guruh ribut petir lepas tu flight goyang nak elak awan. Jangan muntah pulak nanti.

Keseronokan berkahwin tak terletak pada dimana kita pergi honeymoon. Situasi hidup bersama selepas kahwin lagi penting. Honestly, I memang jenis sukar nak pregnant. Bila dikira-kira, lagi bagus I buat rawatan TTC dari sibuk fikir nak kemana-mana. Mulanya first day cycle period lepas kahwin nanti I akan terus TTC. Berkobar sangat nak baby, semoga Allah perkenankanlah.

I tak nafikan keseronokan berbulan madu. Tapi kena berpada pada budget dan keadaan kita dan pasangan. Bagi orang lain, benda ini mudah tapi bagi kami ianya perlu difikir dari semua aspek. Kita sendiri menilai kemampuan diri jangan duk ikut orang aje. Nanti terlampau nak mengikut orang dah lain jadinya. Gambar di Facebook nampak bahagia tapi sebaliknya, serabut sana sini. Kita selesaikan yang penting dulu. Esok-esok honeymoon sangatlah berapa tahun u nak.

Kalau diberi kesempatan, dalam kepala dah ada beberapa wishlist untuk tempat honeymoon I, meraikan perkahwinan dengan orang yang paling I sayang. I pun suka tempat sejuk. Hajat hati nak fly jauh sikit. Kena plan betul-betul. Tunggu next winter, maybe. Kumpul-kumpul duit dulu sikit, boleh visit Anyah sekali kot. So ambitious la Samani. Tak salah berimaginasi sambil berusaha. Jangan cakap kosong. In shaa Allah, nak melawat bumi kangaroo lagi sekali lah. Takpe kita hold dulu. Dapat timing sesuai, kita jalan. For the time being kita honeymoon di rumah ye. Lagi puas dan selesa. Puas? Ok cut it short.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Kalau selepas entri ini ditakdirkan kami akan berbulan madu walaupun hanya dekat-dekat, tandanya rahsia Allah sangat luas. Dipermudahkan rezeki kami nak bercuti bulan madu. Ameeeeeeeeen!

No comments:

Post a Comment