Yeah! Melayang lagi duit gaji bulan ni. Harapan nak simpan untuk ke pulau, terbang jugak sikit untuk my best buddy ever. Nak panas hati sangat pun tak boleh sebab handphone tu bila dia rosak, lagi panas body dia macam nak terbakor. Dan inilah kali kedua telefon I dinodai perjalanan sistemnya.
Pertama dulu, sebab software tiruan. Memandai-mandai konon dekat home screen tu nak ada air kocak-kocak macam S3 tapi apakan daya, tak mampu telefon I nak tampung ye. Telefon jadi panas, meracau-racau, sawan agaknya. Nasib tak cirit-birit. Alhamdulillah, beratus jugak duit ubatnya, nyawanya masih dapat diselamatkan. Lega seribu tahun tau!
Kali kedua, dia punya hang, macam kena stroke. Kadang gegar-gegar badannya, kadang celik elok pulak. Cuma badannya macam dah kebas, bila click dekat touchscreen dah takde respon. Memang lain macam, sebab tekanan bateri pun menurun laju. Risau tak dapat selamat je ni. Macam-macam khazanah dalam tu, jangan mati dulu sayang!
Jalan penyelesaiannya, bawak pergi Terminal One, kedai leng chai yang first dulu I baiki telefon dan dia bagi 50-50. Kalau pasal system boleh fix lagi tapi kalau pasal nyawa jantung telefon tu, sila survey iPhone 5S untuk kegunaan harian. Wahhhhhh~
Alhamdulillah, nyawanya masih panjang. Jodoh kami kekal lagi. Jangan buat hal lagi tau. Cerai mati nak buat macam mana, redha je la... Tapi kalau u buat hal, i terpaksa jatuhkan talak dekat u. Bertahan ok dengan perangai I. Hahaha, kasih sayang sangat dengan telefon!
No comments:
Post a Comment