Nuffnang Ads

Monday, April 14, 2014

Senamrobik Di Seremban

Nah! Suddenly I came up with this idea to share with you girls who really need to burn their fat off. But, strictly for Seremban people only. Untuk warga Seremban saja sebab I memang jarang keluar dari sini. Buat apa pergi jauh-jauh kos tinggi. Kita sepatutnya lagi jimat kos kan hahaha. For the time being, I masih lagi mengikuti satu group ni. Entah, I rasa selesa kot. Walaupun I memang pergi sorang diri membawa diri yang lara ni je. Tapi I redah lantak lah...

Sekarang ni ada 3 tempat yang group akak ni buat. Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Taman Tasik Seremban dan Taman Tasik Seremban 2. Orang Seremban familiar la dengan tempat ni. Orang luar Seremban tapi balik Seremban hujung minggu melawat sedara mara dan mertua boleh la erobik jugak. Kalau nampak I tegur-tegur la insan kesepian ni ye :)

KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN, PAROI
Hari : Rabu malam dan Sabtu malam
Jam 9.00 pm - 10.00 pm
Bayaran : RM3.00 sahaja
Pakaian : Pink (hari Rabu) dan Merah (hari Sabtu)

TAMAN TASIK SEREMBAN
Hari : Sabtu pagi dan Ahad pagi
Jam : 7.45 am - 8.45 am
Bayaran : tak pasti ada atau tak sebab tak pernah join.
Pakaian : tak pasti jugak, boleh rujuk FB untuk group ini

TAMAN TASIK SEREMBAN 2
(Betul-betul belakang Restoran Oriental sahaja)
Hari : Ahad petang
Jam : 5.30 pm - 6.30 pm
Bayaran : Percuma
Pakaian : so far, akak tu kata colorful hehehe.

Yang dekat Seremban 2 tu baru je mula sebab I pun first time pergi semalam, hari perasmian la kot ek. Strategik jugak la tempatnya dan kalau boleh datang awal sebab space kecik je nanti kena erobik atas rumput hehehe. Yang KOMBES tu memang I wajib pergi sebab tah bila lagi I nak berpeluh kalau 2 hari tu I tak join. Yang dekat Lake Garden tu I tak pernah pergi sebab awal sangat 7.45 am I ada banyak komitmen la kalau weekend. Komitmen tidur kot. Haha.

So, jomlah orang Seremban yang sporting. Satu benda je nak cakap, kalau nak fikir orang yang tengok kita dekat tempat public tu akan tergelakkan kita sebab step ke laut, lagi better kita dari diorang sebab at least kita boleh lah buat daripada diorang kan. Cuba letak diorang pulak dekat sebelah kita suruh buat jugak. Entah-entah ke gunung banjaran mana tah.

Cuba.. cari dalam FB. Paling malu, ada gak gambo I :')

3 comments:

  1. Salam sis.. Follow u :)
    Sis aktif lagi ke senamrobik ni??

    ReplyDelete
  2. Salam sis.. Follow u :)
    Sis aktif lagi ke senamrobik ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... utk lepas raya ni i belum pernah pergi lagi xtau lah diorang dah mula ke belum :D

      Delete