Alhamdulillah. Lega sikit, baju semua pun dah ok. Takde sendat lagi. Dah rasa selesa sikit bila berpakaian. Tak macam sebelum-sebelum ni. Bila nak pakai sesetengah baju fikir juta kali lepas tu bertukar baju macam dekat fitting room je, nak mengemas dah satu hal. Pathetic sangat.
Kesinambungan dari post sebelum ni, nak jugak cerita macam mana I buat sampai turun 5kgs dalam masa seminggu. Sebelum ni 2 minggu bekerja keras baru dapat cut down 5kgs. Fuh, kerah tenaga bukan main! Lepas habis kenduri kahwin, masih maintain berat badan I dalam angka 78kg. Masa tu rasa selesa lagi. Duduk rumah selesa sangat. Masak dan makan dan masak dan makan lagi dan masak dan makan. Haih!
Selepas 3 bulan, dan selepas berjaya mengumpul 10kgs yang menjadikan berat I ialah 88kg, maka, I pun berubah balik. Muahaha! Terpaksa, atas sebab-sebab yang peribadi. Lagi satu I dapat rasakan dengan pengambilan Clomid tu buat I jadi selera dinosaur.
Untuk kali ni I ada add on sikit perkara-perkara yang boleh dibuat untuk mengurangkan berat badan. It works! Walaupun baru seminggu tapi I rasakan perubahan tu mendadak.
- Minum air dengan kuantiti yang sepatutnya mengikut berat badan. Janganlah minum sekaligus, kembung pulak nanti. Minum sikit-sikit ye.
- Tidur awal, bangun awal. Tidur dalam 6 ke 8 jam. Baru rasa puas. Please elakkan dari lepak sampai lewat malam dan tidur lambat. Bangun seawal 6 pagi. Takdelah Subuh gajah nanti.
- Puasa. I baru je mula selama 2 hari berpuasa. Di samping ganti puasa, dapat kawal nafsu itu ini. Alhamdulillah, rasa ringan badan.
- Senaman secara konsisten pun memainkan peranan penting. Rabu malam dan Sabtu malam memang I free kan diri sebab waktu ni je lah untuk I erobik. Setakat ni masih konsisten dan belum ponteng.
- U-Trim. Setiap pagi, sebelum breakfast. Dan malam, kalau nak berpuasa esoknya. Tapi I kalau puasa memang tak shake langsung U-Trim. Alhamdulillah. Cuma rasa lemah di hujung-hujung petang.
I tak mampu untuk berjogging sebab tak minat. Apatah lagi threadmill bukan ada dekat rumah. Tak register untuk apa-apa gym atau fitness center langsung. Soon, maybe. Sekarang I buat cara sendiri je. Harap dapat capai target. Dan untuk TTC juga.
In shaa Allah. Aminnn~
In shaa Allah. Aminnn~
No comments:
Post a Comment