Nuffnang Ads

Tuesday, April 29, 2014

RSVP : Attending Dance Marathon

Of course, tiket dah beli untuk kami bertiga. Kali ni I akan pergi dengan Kecik dan Put sahaja. Yang lain belum bagi jawapan pasti. Yang penting 3 tiket ni dah dalam tangan. Nak tau dekat mana dan bila? I pernah post gambar tu tapi mehlah I post lagi sekali.

Jom! 
Semangat sikit bila Kecik dengan Put nak join. Kalau tidak Qma, kawan zaman kolej I pun nak pergi tapi ada komitmen lain. Eh kali ni pergi takkan nak kena beli baju baru. Hari tu beli seluar. Muahahaha! Jahat la... Jahat! Serius kena tengok barang baru ni. Kot-kot la berkenan. Hari tu target nak beli kasut tapi belum pergi buat risikan dan siasatan lagi pattern mana yang nak beli. Amboi, semangat kemain!

Tapi event ni terbuka untuk semua. Lelaki pun boleh. Adakah I akan memaksa Sayang untuk dance sekali?? Rasanya, biarlah Sayang lepak dengan Abang Bas je nanti. Sementara sang isteri-isteri sibuk melayan jiwa groove. Hahaha. 18 Mei 2014 ye kita jumpa dekat sana :)

No comments:

Post a Comment