Nuffnang Ads

Friday, April 18, 2014

Perangai Tu....

Macam-macam perangai manusia. Ada yang tak sedar diri, ada yang macam bagus, ada yang cakap tak serupa bikin. Tak lupa juga, ada yang baik dan ada yang jahat, ada yang penyibuk dan ada yang buat derkk. Memang susah nak cari orang yang betul-betul baik. Makin lama kena makin tau perangai sebenar makin meluat rasa.

Sekadar nak mengadu rasa. Bila kita lambat sampai pejabat, bila kita selalu hilang dari pejabat, bila balik awal sikit, semua tu dipandang orang. Yang menjadi kemusykilan, bila I tiba awal ke pejabat jam 7.32 am sedangkan waktu masuk pejabat I ialah 8.30 am (WP3) kenapa tak nampak ek? Musykil lagi sekali, bila I tak keluar minum pagi dan makan tengahari kerana berpuasa, kenapa tak tanya, "...wanie, u tak minum ke.." Jom layan musykil lagi, bila I sorang-sorang je yang ada di pejabat sebab yang lain berkursus, cuti dan pelbagai hal lain, I lah yang mengangkat telefon pejabat, dia takde skali bersama I kot tu yang tak nampak. 

Lepas tu, ditanya laporan perakam waktu, tiada kah nama I dalam laporan kelewatan? Perghhhh, tamparan yang hebat sekali. Diperkukuhkan lagi dengan kenyataannya, "..eh, wanie tu bukan selalu lewat ke?" Hello, takde kerja lain ke? Nak tengok kelewatan I je. Macam biasa la, lepas punch card I minum lah, sama kan dengan orang lain? Kenapa I yang dipandang? Jarang sekali I keluar makan dan minum berjam-jam pada waktu pagi selalunya tak sampai sejam! Yang lain? Sejam lebih, keluar berkumpulan, oooo, itu tak salah. Nak cuba buat jugak lah harap tak jadi kesalahan :)

I takde masa nak tagih Anugerah Cemerlang atau APC atau apa-apa je lah. Sebab sedar diri ni di tahap mana. Tapi jangan lah aniaya I sampai macam ni ye. Dahlah disuruh tanggung kerja yang I memang tak mampu nak buat, semuanya nak urgent belaka. Bila I menolak sikit demi sikit dengan alasan tak mampu kenapa tak dipandang masalah I? Bila yang lain menolak nak buat tanggung kerja tu, oh tak mampu, oh tak reti, oh banyak keje, oh Wanie kan ada! Hahahaha senang nye... Cuba duduk dekat meja I.

Ye, I masih mampu lagi nak senyum-senyum, update blog dan online dengan WhatsApp. Sebab apa tau, sebab tak kuasa nak menyemakkan diri dengan benda keliling. Baik I buat kerja I, sampai habis then boleh bersuka ria. Nak fokus sangat pun buat apa pening kepala. Takde yang sudi pandang dengan semua pengorbanan. Menyusahkan lagi ada. Bila mintak tolong bukan main manis ucapan dan muka tapi bila ada satu silap kecil yang besar kuman, sampai gajah depan mata pun boleh dia buat tak tau. Standard lah.

Bosan lah dengan orang-orang perangai macam ni. Baik buat kerja diam-diam, asalkan settle. Tak perlu lah nak 'menjilat' sangat punggung orang atasan. Takkan ada hasil apa-apa. Trust me, sekali orang dah nampak busuk kita, sampai bila-bila la takkan nampak baik yang kita dah tabur. I sedih sebenarnya, kerja  9 tahun tapi, NOTHING. Takpelah... Yang pasti, Allah kan ada. Allah beri kesusahan ni sebab Dia sayang kita. Ingat tu je ok... 

Chow!~

No comments:

Post a Comment