Nuffnang Ads

Monday, December 24, 2012

Cubaan Kali Keberapa Entah - Felinna Inchloss

Assalamualaikum! Sebagai wanita yang normal tetapi gemuk memang I selalu impikan susuk tubuh yang menawan. Berbagai cara telah I lakukan tapi, semuanya tak kekal kerana I pemalas :) Macam iklan produk kurus. The truth is, I did all the attempt to burn all the fats that covering my body and it works but not lasting. Hahaha my bad! No continuous undertaking on those methods. I am sorry may fats, I've thrown u away but then I kiss your ass back. Biar I share sini usaha yang telah I jalankan untuk menjadi kurus sementara waktu : 
  • Teh Orang Kampung - Don't you ever try it out kalau anda tiada masalah constipation dimana proses penyahtinjaan anda adalah normal kerana ianya membuatkan anda diarrhea tanpa simpati. Method ini I gunakan sewaktu bergelar pelajar kolej yang berusia 18 tahun dan berkeinginan untuk kurus dan langsing pabila memakai seluar hipster dan berambut panjang serta lurus (rebonding, what?). Sakit betul perut bila rasa nak membuang tu rasa nak pukul semua orang. Baru-baru ni ada sorang kakak dekat office ni memang syorkan minum Teh Orang Kampung tapi ambil yang serbuk jangan makan yang uncang baru boleh sukat ikut kesusaian dan ketahanan diri. Tapi... tidak lagi kot!
Teh Herba orang Kampung... Yummy!
  • Pil Xenical - I mula makan pil ni atas dorongan Fira Wondergirls dan Zana Wondergirls yang nak kahwin dan memerlukan badan yang kurus dalam tempoh segera. I terjebak dan sekali dengan senamrobik, YES! Berat I turun banyak. Tapi pil ni memerlukan preskripsi dari doktor dan bukan sesuka hati nak membeli sebab kiraan BMI pun penting sebelum doktor benarkan pesakit kegemukan mengambil pil ini. I suka pil ni, bila dah habis mula malas ke klinik semula dan badan menjadi bloated balik. Bukan salah pil tapi salah mulut yang asyik nak mengunyah. Amaran keras : Semua najis yang keluar selepas makan pil ini adalah berminyak dan anda perlu membawa sabun kemana sahaja sebab pada bila-bila masa kesakitan perut akan terasa hehehehe.
Bersedialah dengan sabun ye :D
  • Corset - Memanaskan, menyusahkan tapi berjaya membentuk tubuh. Malangnya, agak susah nak memakainya. Dengar cerita sekarang corset yang top ialah Premium Beautiful, agak tinggi kosnya tapi dah banyak keberkesanan yang I dengar. Siapa tak mau badan Rozita Che Wan? I nak. Tapi I bukan artis ada pembantu peribadi ada bersama I dimana-mana dan boleh tolong bantu menyelitkan lemak-lemak degil untuk masuk ke dalam corset
  • Herbalife - I sangat suka consume Herbalife. Sepupu I yang kenalkan dan cara pemakannya agak rumit. Selepas habis Xenical, I cuba pula Herbalife + senamrobik berserta jogging setiap petang. Ianya berhasil dan I berjaya mendisiplinkan diri sehingga nampak hasil yang ketara. Happy! Tapi sekejap je juga, sampai habis stok, kecelaruan jiwa pun melanda, berhenti ambil Herbalife dan seperti biasa, gemuk semula. 
Kenapa kamu semua mahal?
  • Senamrobik - I suka menari, I suka bergelek, I suka melompat-lompat. Sebab tu I suka senamrobik. Compares to jogging, my passion in aerobic is different, I did it with my full hearted. Just follow the instructor and I'm very sure u can step as fast as they've stepped on the floor. Aerobic was fun! 
  • Jamu Ratu Dara - Pakej! Melangsingkan badan, menganjalkan payudara dan pinggul, melancarkan haid, mengurangkan senggugut dan melancarkan proses penyahtinjaan juga. I berjaya ikut jamu ni secara konsisten sehingga satu peristiwa berkenalan dengan WSR dan I stop Jamu Ratu Dara serta merta. I dalam perancangan untuk makan semula jamu ni bila dah betul-betul sembuh.
Recommended!
  • Plastik membalut - Pengaruh kawan-kawan sangat. I beli plastik ni untuk perut dan lengan I. Nak wrap memerlukan 1 orang untuk membantu. Sapu sapu sapu Losyen Mustajab dan nahhhh. Menyusahkan sangat. Masih simpan plastik ini dan baru terjumpa. Tahun depan pakai semula.
Ye.. inilah rupa plastik itu
  • Acai Berry PT Adonai - heboh orang perkatakan yang acai berry adalah sangat merbahaya. Kesan sampingan adalah menyerupai Duramine. Selama ni I tak pernah makan Duramine hanya Xenical sahaja. Memang tak dinafikan makan acai berry sangat berkesan dan I takde rasa lapar langsung. Memang patut boleh kurus ni. Kata-kata orang menakutkan I minta I berhenti dari makan acai berry. Maka, tersadailah acai berry di rumah I. Tak pasti kesahihannya boleh membawa maut atau hanya propaganda orang yang jeles kalau kami, si gemuk-gemuk ni kurus akan menggugat mereka yang kurus. Haha :D
Should I take it or just leave it?
  • Jillian Michaels 30 Days Shredded - Cuba ini! Highly recommended. Good workout comes with reasonable time period only 30 minutes per day and you'll be sweating crazily. Senamannya sangat bagus. Cuma buat sikit-sikit tapi dalam tempoh yang sekejap. Ada 3 level dan tolong, jangan paksa diri untuk buat apa-apa yang anda tak mampu. I dalam rawatan lagi dan I memang tak sabar nak beraksi semula. Ianya membentuk seluruh badan kerana seluruh anggota kita bekerja. Paling best, buat dekat rumah aje dan jangan risau dengan penampilan seperti nak ke gym. Senang! jangan lupa dapatkan dumbbell anda. Mine, 2 kg sahaja.
Bagus bagus bagus. Nak badan macam ni tak?
  • Felinna Inch Loss Lotion - Baru nak mencuba. Baru dapat postage and silly me, left it in the office. Tak sempat mencuba untuk weekend yang lepas. Tapi sempat sapu sikit di paha, mak oiiiii punyalah hangat tapi tak sehangat Losyen Mustajab. Perit kulit macam kena cakar-cakar. Silap I sendiri, bubuh banyak sangat. Review berkenaan dengan Felinna ni semuanya positif sebabnya rakan-rakan sendiri yang mencuba. Itu yang berkobar-kobar. What's next??
Soon to be try
Owch, nampak tak dekat atas tu I memang kuat bersembang? Just sharing the information, review and experienced I've been through to reduce my weight. Semua diatas ialah cara saya yang dipengaruhi rakan-rakan keliling. Anda bagaimana?

Saturday, December 22, 2012

Misi Hampir Tercapai

Dah selesai mencari barang di Ikea. Senyum lagi sampai ke hemisfera serebrum pulak kali ini. Bukan dapat barang je, dapat makan meatball juga, dapat makan dark chocolate cake juga. Yang cake tu sangat penting dalam hidup I dan ianya sedap. Yelah sebelum berperang dengan diet. Bila nak makan lagi??? Ada ayat penegasan disitu ye harap SiDia faham. Kikiki

2 round buat kerja nak mencari rak buku. Dah dapat pilihan hati, masa display tu nampak kecil macam boleh lekat dekat dinding bilik kecil I tapi bila nak pergi ke market hall, nampak besar pulak and it cant be fit in my room. Alahai bilik comel itu. Rasa nak buang rak putih sebesar alam menyemak dalam hidup ni. Minggu depan jugak I akan buang. At last, I beralah dengan pilihan SiDia walaupun banyak konflik disitu. I lupakan hasrat nak amik Expedit shelf dan amik 2 pieces plank untuk lekatkan di dinding sahaja. 
cantik kan kan kan?
Oh ini rack I punye besi je
Baiklah Tuan Advisor, I menurut yang baik ye. Nanti mintak tolong lah u bagi pinjamkan drill untuk ayah lekatkan rak buku baru I. Walaupun u kepenatan berbaloi-baloi kan? Wishlist kalini dah granted! Yahoo!~

Penat ke? Ala baru Ikea :D
Muka cover penat padahal mencungap hehe
Agaknya bila lagi I dapat pergi Ikea ek? Tunggulah nanti bila dah selesaikan mengemas bilik yang 'comel' mungkin I akan menghajak lagi SiDia exercise di Ikea. Minggu ni weekend terakhir ada Big Bad Wolf Books dekat Mines. Kita excercise sana dulu ek. Terima kasih! Seronoknye I keliling buku-buku! Again Samani? Again? Yessssss hehe

P.s. Ada I kisah nak upload gambar-gambar? Nak kata apa pun katalah. Blog ini hanya ada kena mengena dengan diri I sahaja. Kalau setakat search dan follow senyap-senyap lepas tu mengutuk, sila cermin-cermin kan diri anda. Jeng jeng jengggggg... *emosi terlebih sudahh!*

Budak Kaca Mata

U dah rabun! U dah kena pakai spek :) Inilah perkara paling I tak suka nak buat for my whole life. I memang tak suka sangat-sangat. Pretending that I bukan orang yang rabun. Masa study di UiTM for my Bachelor Degree mulalah ada rasa susah untuk tengok kertas exam. Rasa tak puas tengok tulisan-tulisan kecil. Dan pening! Ambil keputusan pergi periksa mata, nahhhh, Rabun dekat! Mata orang tua kata tauke kedai spek tu. Tak patut betul. Tapi takpelah, I cuma beli reading glass tujuan untuk membaca masa ambil exam dan membaca majalah ke novel ke buku-buku kesukaan I ke hehehe. Baru puas mata memandang. Sama power dengan Ayah pulak tu. Share lah reading glass senang kan. Potong kuku pun kena pakai spek. Huaaaaaa~

Hari ni hari ketiga SiDia join the club jadi budak kaca mata jugak. Hari kedua dia dah mula pening kepala. Orang tak pernah pakai tu jadi pening, kesian SiDia. Tapi u memang perlukan spek tu untuk drive malam ye. Tolonglah, muka SiDia nampak matang, sangat matang. Segan pulak I sebab macam abang-abang je. My dear, hanya untuk kegunaan malam sahaja ye sebab silau u tersangat banyak damage :)

Kalau diberi peluang sampai tua dan akhir hayat I memohon kepada Allah untuk dikurniakan kesihatan mata yang baik dan tak mau pakai spek pun sebab faham kelecehan itu. I dikelilingi 'Orang-Orang Kaca Mata' dan I nampak kepayahan akibat rabun itu macam-macam perkara terbatas. Mungkin bagi sesetengah orang semua tu biasa-biasa tapi ini bukan perkara kecik. What if your spectacles broke while you were sleeping and you are about to drive on the next morning and the worst part is, you are staying alone. Itu hanyalah illusi I semata-mata. 

nota kaki : 19 Disember 2012 hari yang sangat best. Pertama, dapat bonus kerajaan. Kedua, selang tujuh hari pastilah di'solex' sepenuhnya.

SiDia dan speknya kikiki
Tak suka pakai spek!

Thursday, December 20, 2012

Ketagih Buku-Buku

Dah masuk kali ketiga I pergi BBW dekat Mines. Puas, walaupun ada buku yang I tak jumpa lagi. Tapi sampai 23 Disember 2012 saja ye. Lepas ni no more. Mari beli banyak-banyak dan stok baca untuk setahun. Hahaha satu buku pun belum dihabiskan. Itu yang menjadi kecelaruan di otak SiDia.

Keghairahan menjadi-jadi bila tengok keadaan dalam exhibition hall tu penuh dengan buku. Fuh turun naik nafas. Bukan senang nak dapat buku yang hard cover dengan harga yang sangat sangat sangat sangat affordable. Burppppp! Alhamdulillah. Dengar DJ tadi berchot-chet katanya weekend ni kemungkinan 60 jam lagi. Pening sudah... Yang penting dah book SiDia untuk hari Sabtu ni. Senyum lebar sampai medula oblongata. Ketagih. Dalam handbag sentiasa ada buku and they should organize more exhibition like this to enhance our reading power, ang buying power also!

Kebanyakan buku I beli dari bahagian Health & Beauty, Home Decoration dan Self-Enhancing kononnye nak memantapkan lagi diri sendiri dan relationship. And I'm being serious, to go through a serious relationship, with a serious man on earth. Mula merapu kerapu penyapu.

Banyaknya buku nak kena review. Banyak jugak rak nak kena beli (masih belum habis berbicara soal rak buku). Dalam perancangan, nak pergi Ikea dan cari tempat sesuai untuk meletakkan sang buku-buku itu.

Happy boy with his gf's books! Haha

Monday, December 17, 2012

Hari Penat Tapi Puas

Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah! Semua yang dirancang menjadi. Semua yang diaturkan sejak mesyuarat pertama adalah mengikut susunan. Mudah sangat bekerja dengan semua AJK Biro Ekonomi & Inovasi KSKJKRNS. Ada ralat sana sini memang adatlah semuanya di telan sebab jalan yang lain sangat mudah.

Exhibitors berjalan lancar, participants pun berjalan lancar dari pendaftaran ke pembahagiaan sijil. Kalau bekerja macam ni seronok sikit sebab sama sekepala. Banyak ni gambar nak up. Yes! I do need a photoblog and a book rack *tak berkaitan* sekian terima kasih.

Perserta khusyuk di pagi hari
Exhibitors
Sesi berborak
Peserta punya hijau Ija 
Dapat ni dan macam-macam lagi!
Tak tau ape function CIDB now dah tau 

Sambil berbengkel sambil menderma ye
P.s. Eh, macam mana nak susun gambar-gambar ni ek?????

Sunday, December 16, 2012

Bitten by BigBadWolfBooks 2012

It's hurting me! When I can just see the other books around me without carrying them home. The most sad part are, I love them all and I wish the fest will last like, FOREVER. I can see myself was under pressure to see all the books and people carrying so many books like they are driving a 3 tons lorry that park right in front of the exit door! Crazy man... I've been busy throughout this week at the office and I did read people mentioning about BBW but I just dont even care about it. I saw them posting about kids reading and kids rhyme and kids coloring books and I dont even think that there are also books about travelling, cooking and such. Feel like a dumb for not being there as early as others.

I reached about 11.00 pm at the MIECC and the parking was so easy. They opened the fest for 60 hours during this weekend and will be close on Sunday at 9.30 pm. We are all people not robots. The hall was so big and I believe what they had written on the banner, 'almost 3 million books' hey, do you think its crazy or cool or whatever?

My advice, do bring your backpack or shopping cart or the best thing is bring up your luggage as if you are going on a holiday for 5 days. No kidding, no joking, the place is for a book-a-holic nerds that wearing their goggle and swim in books.

I've got books for Mama and Ayah also. Hope they like it. This is only my first visit to BBW and I might visit that place for about everyday until its closing day. Nahhhh, only if my home just 10 steps away to MIECC. But the confession is, I will be visiting BBW again and no one can stop me but the financial barriers which I cannot do anything about this matter eventhough I have read the 'Woman and the Freakonomics' hahahaha.

Only a few pictures can be attached here as I've been attacked by the Big Bad Wolf and its chasing me off until I get there back. Phewwwwww! Get me some book rack, please, anyone!!?

Thank you, darl for bringing me there. You are such a wonderful person in this world. XOXO.

P.s. Early this day I've already bought a novel in Popular... The Godfather :D ngeeee~ but I didn't tell him. Run for your life!

Do you smell the books inside :)
Happy girl with books!
Round 1... more to come!
Kinda love this book! 

Friday, December 14, 2012

Lady Driver

Stereotype sangat dengan mulut orang Malaysia especially...GUYS! Dekat mana-mana pun, kalau nampak kereta ke kiri kanan tak tentu hala confirm terkeluar dari mulut, "...ni mesti pompuan yang bawak ni! Pfffftttt" kan kan kan? Kesiannnn orang perempuan walaupun sebenarnya yang drive itu ialah seorang LELAKI YANG BARU PASS LESEN dan kemungkinan fizikal dia seperti perempuan dan erti kata lain, berambut panjang atau memakai bandana *sangat tinggi imaginasi*.

Early this morning while i'm driving to office ada la pulak satu kereta ni best la jugak Peugeot ke ape tah, dengan perlahan duduk tengah lane macam nak conquer pulak Jalan Rahang tu. Ehhh mamat ni tak reti bawak kereta ke, dalam hati kata-kata sikit. Hummpphhhhh, bila potong tengok-tengok it was a Lady Driver! Terus potong mood I nak pergi kerja dengan hati bunga-bunga riang. Haduhhh, kalau lelaki tu memang I dah bagi isyarat bahasa tangan nak ajak gaduh tau (tak berani pun, bluwek!) tapi sama spesis. Pftttttttt again!

Kenapa orang selalu curse Lady Driver ek? Adakah kami, orang perempuan selalu membawa masalah ketika di jalan raya? Tidak berhemahkah kami? At least kami cuba mengelak lubang di jalan-jalan. Kalau nak beli kereta second hand pun orang akan beli kereta yang owner lama ialah PEREMPUAN. Tapi jangan salah sangka, tak semua perempuan bawak kereta teruk. Sama je! Kadang tu kaum lelaki pun serupa mintak makian dan carutan pengguna jalanraya yang lain. Sebagai Lady Driver yang macho seperti I dan rakan-rakan I yang lain, kami bawak agak perlahan macam 'siput' sebab kereta kami tak laju kalau bagi kereta racing dekat kami dah tentu berdesup peginya! Ok this is the serius part ya, I am 100% disagree with this thing called, 'Lady Driver'.. Sebabnya, jikalau tak mau ada istilah ini keluar dan segala curse terpaksa kami terima, anda, iaitu kaum lelaki kenalah meluangkan masa dengan menghantar dan menjemput kami, kaum wanita, kemana-mana sahaja kami nak pergi dan jangan benarkan kami memandu serta istilah lain, layanlah kami seperti permaisuri *lariiiiiiiiiiiiiiii...!

As we can see, dah banyak tugas orang lelaki dah berjaya sub kan pada wanita. Ambil anak di sekolah, pergi ke pasar, pergi pejabat dan pergi ke klinik kalau sakit semuanya kami pandu sendiri. Zaman nenek kita dulu, semuanya pengangkutan awam tapi zaman sekarang banyak kejadian jenayah di luar sana yang kebanyakannya dilakukan oleh kaum lelaki sehingga kaum wanita takut nak keluar sendiri sesuka hati. Ops, ini bukan entri untuk membidas kaum lelaki tapi this is life. May I ask? Selalunya mat rempit tu lelaki kan? Tanye je sebab 2 orang sepupu I pernah dibaling cermin keretanya dan cermin itu dipukul dengan kayu semasa sedang memandu di lebuhraya tanpa ada apa-apa sebab dan mungkinkah perbuatan itu untuk melakukan rompakan memandangkan mereka adalah wanita yang dianggap lemah? Alhamdulillah mereka selamat dari sebarang kejadian setelah kereta dipecut laju.

Keterlaluan kalau menuduh kaum lelaki itu ini. Terima kasih Ayah sebab bagi kebenaran untuk Samani bawak kereta selama ni dan sepanjang memandu Alhamdulillah baru sekali I mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa sendiri. Itupun I dilanggar oleh satu lori angkut tanah yang tidak memberi signal ketika nak masuk simpang dan pemandu itu ialah seorang lelaki :)

Thursday, December 13, 2012

RSVP : Hadir Sebagai Urusetia Bengkel

Sorry, nak taip dekat title panjang sangat lah Bengkel Pembinaan dan Penerapan Teknologi Hijau Serta Senggara Aset ye namanya. Memang ada dalam Takwim Tahun 2012 untuk Biro Eknonomi dan Inovasi Kelab Sukan JKRNS jadi kitorang sebagai AJK memang kena realisasikan bengkel ni seperti ketetapan berikut :

Pembinaan dan Penerapan Teknologi Hijau Serta Senggara Aset
Tarikh : 17 Disember 2012 (Isnin)
Tempat : Klana Resort, Seremban
Masa : 8.30 am - 5.30 pm
Penceramah :
Dr. Sarajul Fikri bin Mohamed (Pensyarah Senior UTM)
Puan Rosnida Mohd Yusof (Cawangan Alam Sekitar dan Teknologi JKR)
Ir. Mohd Azhari Mohd Salleh (Cawangan Kej. Awam, Struktur & Jambatan JKR)

Maka dengan itu, workload memang extreme sekarang. Tugas hakiki campur dengan tugas yang tak berapa hakiki kena seimbang. Kadang tu sampai confuse surat yang mana. Ohmaiiii, selama ni I tak pernah jadi Setiausaha dari sekolah memang tugas Bendahari sebab kewangan I boleh pegang. Tapi sekarang... baru I tau Setiausaha ni challenging jugak. Bertahan untuk tahun ni. Tahun depan, we'll see! 

Mana nak capai target, mana nak uruskan keperluan bengkel, mana nak coordinatekan peserta, mana nak uruskan penceramah. Padahal semua bukan keje I hahaha perasan nye! Ada la masuk sikit-sikit semua bab, memang overall tapi bagi-bagi kan aje lah. Manpower tak berapa ramai. Kena pandai cilok sana sini.

Oh dapat warning dari Setiausaha KSKJKRNS petang tadi sebelum dia balik. Katanya, "...tahun depan lagi banyak event besar tau..." Errkkk apakah tandanya? Adakah LNPT akan menggunung mencanak naik markahnya? Terima kasih.....

Wednesday, December 12, 2012

Bila Lagi?

Bila nak mula menembak semula?
Bila nak mula edit tembakan-tembakan lama?
Bila nak buka photoblog baru?
Bila nak asah skill lagi?
Bila nak upgrade peralatan menembak?
Bila nak bermain dengan tone?
Bila nak sibukkan diri lagi?

I memang gila kamera dan gila bergambar! Tak dinafikan. Ada rezeki lebih nak sambar satu dslr sendiri. Of course, I ade Nex-3 tapi serius tak puas... Tak mungkin kan I dapat Leica? In my dream... Dapat sambar instant camera pun dah ok for the time being. Tak mungkin Polaroid kan? Fujifilm pun jadilah...

Eh, banyaknye kemahuan. Nafsu atau memang kesukaan? I tak ikut orang, I buat apa yang I mampu, apa yang I minat, apa yang I suka. Mungkin ada rezeki nanti, sunyi sangat sekarang. Kena mencari 'sesuatu' untuk fill in the blank. 

Sekadar luahan perasaan...

Cerita Dinner Biasa-Biasa Je

Kenapa JAUH kan dah tak dapat red carpet sama-sama. Ada ke red carpet hahaha. Sedih la jugak sebab ade isu-isu tapi sebabkan BP dah rasa macam nak high tu yang kena cool down. Nyaris-nyaris tak pergi ye. Alasan sebab patah hati, memang tak logik, Samani. Dan agak tidak matang. 

Dinner biasa-biasa je dapat jugak duduk sama meja dengan Kak Shidah Gojez, Kak Leen Gojez, Kak Mun Gojez dan Hajar Wondergirls. Walaupun rompong satu :) Memang confirm semua ikut tema. Tapi tak mampu I nak pakai turban Yuna macam siput katenye. Takde apa sangat nak cerita sebab macam takde mood. Apapun Alhamdulillah I memang luck sangat masa tu dapat la lucky draw no.18 dan hadiahnya nanti boleh la buat bentang depan TV untuk baring-baring. Hihihi. Paling best, Amani dah boleh geng dengan Samani! Dulu malu-malu kuceng nyampahhhh sekarang dah besar anak ibu tu boleh gelak-gelak dengan Mama Wanie ye. Muah! Ucapan kepada Kak Leen Gojez, cuba lagi tahun depan untuk menang TV ye hehe.

Mehlah layan gegambar aje...
Amani & Samani
Kasut kesayangan I!
Alhamdulillah :)
Rakan semeja I
The ballroom 
Purple-Pink Affair katanye! *mato bongkak*

*** Kualiti gambar kurang memuaskan guna hemponnnn jeeee. Ruginye rasa tak bawak alatan menembak I..

Monday, December 10, 2012

Jauh!

Kenapa kena pergi jauh sangat? Segamat and Seremban takes about 2 or 3 hours to reached. Rasa kosong la, rasa sepi la, rasa nak gila pun ada, rasa tak ada orang kontrol itu ini, rasa selambe je hidup takde orang tu kiri dan kanan.

Sedih je takde orang teman ke dinner.. Takpelah takde rezeki nak pegi sama. Next time ada lagi :) positive! Ala pergi makan aje pun bukan kena angkat barang berat hehehe.

Semoga teman bergaduh I balik cepat ke Seremban. Keje dekat area Seremban kan bagus at least dapat jugak tengok muka walaupun kejap. Tah pukul berapa SiDia dapat sampai Seremban tah...

*hepppp mana ada I nangis :D

Rindukan Segamat :) Captured by SiDia

Sunday, December 9, 2012

RSVP : Hadir Majlis Makan Malam JKRNS

Setelah ditimbang kati dan dibuat kira-kira maka dengan rasminya I akan hadir Majlis Makan Malam JKR N.Sembilan 2012 yang akan diadakan di Seremban je hehehe. Nak kira apa lagi dah beli pun baju. Hari Isnin datang office terus I nak confirmkan dengan AJK boleh ke nak bawak orang lagi ni? Takut diorang dah siap-siap arrange tempat duduk kan ngam-ngam je. Ok, I nak pastikan SiDia pergi teman I. Ade I kisah mulut orang sekarang? 

Over kan gown
Adui macam mana nak carikan baju SiDia pulak ni. Casual sahaja ye tak perlu tux atau blazer bagai. Senang! But the time is running out. Mana mau cari? Samani, perlu ke perfection ini dalam hidup anda? This is me.... Bukan nak menang that so 'Pakaian Paling Gorgeous' tapi u really have to look good and great accordingly. Cewah!

Saturday, December 8, 2012

Pre Menstrual Syndrome (PMS)

Fitrah wanita tak dapat I elakkan. Hampir setiap bulan macam ni. Redha...

Sakit kepala (macam nak migrain selalu), sakit perut (lapar memanjang dan serius kuat menketedarah!), sakit tekak (haus, haus dan haus), sakit badan (sengal-sengal ubi sebab angin memang banyak), sakit hati (emosi tak stabil and this is what I hate most about my monthly PMS).

Tak tau dah nak lawan macam mana emosi yang tak stabil tu. Maafkan I ye semua...

Friday, December 7, 2012

Hari Pertama Kacau Bilau

Baru masuk hari pertama di office I dah kena face satu kejadian. Baru feel bekerja nak mari pagi-pagi dah siling atas workplace I kebocoran. Terpaksalah berusaha panggil juruteknik Wisma Negeri untuk tengok apa kena air meleleh dari atas siling ke dinding. Bahaya tau sebab PC yang I tengah gunakan sekarang ni betul-betul terletak di bawahnya. Eeeee boleh ke bayangkan kalau tiba-tiba air tu memancut keluar laju tak ke bermandi manda I dekat office.

Dapat je info yang nanti akan ada orang repair siling tu terus I nekad pindah ke rumah baru. Memang dah lama nak berpindah tapi terbantut niat tu memandangkan best je duduk depan sebelah CC tapi yang I perasan rumah baru I ni lagi terang dengan lampulah. Depan sana agak suram. Lagipun kawasan I macam cramp sikit dengan almari besi tak boleh letak luar. CC dah conquer kawasan tu I kena beralah. Dekat belakang ni I ade space sendiri. Depan cermin besar hikhikhik. Cermin kedua I, warna kuning jugak I dah wasiatkan pada Hajar Wondergirls sebab I berniat nak beli cermin lain nanti hehe. Cermin pertama dulu I pernah wasiatkan pada Kak Leen Gojez sebelum I sambung belajar Tahun 2008. Wow! Dah 7 tahun cermin tu dalam office ni sejak pertama kali I masuk kerja.

Semoga dengan duduknya I di tempat baru ni akan mengubah sensitiviti I terhadap kerja dan bekerja dengan lebih keras. Agak wishlist jugak lah kan kalau macam ni ye. Duduk tengah ni agak tenang tak payah angkat telefon CC ngahahahaha! Berdering kuat sangat. Grrrrrrrr~

Punca perpindahan rumah baru :D

Wednesday, December 5, 2012

Kedai Buku Best

Harini berjalan lah ke Sunway Giza atas urusan peribadi SiDia dalam memuaskan hati mendapatkan apa yang dihajati dan diidamkan. Pernah datang area ni tapi tak pernah masuk mall dia lah. Ok macam biasa ada macam-macam. Decoration untuk Krismas sangat cantik but don't get me wrong I just love the decoration because it really nice. Oh I love winter!


Dalam banyak kedai satu je yang paling menarik hati meruntun jiwa raga iaitu kedai buku! Ya Allah, dari dulu I suka sangat pergi ke area stationaries dan buku-buku. Sangat best Times ni. Tak besar macam MPH dan Popular apatah lagi seluas Kinokuniya tapi best! Kalau besar sangat buat lenguh kaki berjalan kan hahaha badan berat. I dah aim beberapa buku untuk disambar. Kata-kata SiDia tadi, "U satu buku pun belum habis baca.." sangat meresap dan berdetap jiwa ok. Takpe I'll prove to u nanti I akan datang balik satu hari nanti sebelum hujung tahun ni. Mark my words :D


For now, I tengah berhadapan dengan kedegilan yang baru tahap 15% agaknya. Jam dah lewat kira-kira 10.00 pm tapi kami masih di sini. Takpe untuk kepuasan hati SiDia kenalah I turutkan jua. Pengajaran untuk diri I pada hari ini ialah...

I have to face these kind of stubborness for my whole life. Beware of the test or I might need the 'Rules of Love' book. This is only a small part of him and I have more to learn although there is no such level so called 'introductory stage' in a relationship. Bluwekkkkk. Be patient :)
Cerita kedai buku hanyalah untuk mengaburi berkenaan sifat degil beliau. Sekian. Bahahahahahaha! But I really love the bookstore. Kisah 2 dalam 1. Alhamdulillah semakin mengenali.

Nampak tak rak belah kiri tu ngehehehe

Nak Kurus! Nak Kurus!

Baru-baru ni masuk wad dah buka mata I untuk reduce weight yang dah melampau-lampau Obes Tahap 1 ni. Ya Allah obeskah hambaMu ini? Bila obes macam-macam penyakit lah timbul. Serius, I dah serik duduk hospital selama 6 hari. Termasuk dalam wishlist I untuk tahun depan ialah berkaitan dengan penjagaan berat badan dan kesihatan. Cewah.. I bebetul bukan suka-suka cakap ni. Berikut adalah perkara yang akan I jaga sepanjang Tahun 2013, insya Allah...
  1. Katakan TAK NAK! Perkara pertama yang I kena jauhkan. Jahat tau nikotin dan tar boleh membahayakan kesihatan paru-paru dan bahagian lain badan anda. Eishhhhh. Serik untuk duduk berjam di Asthma Bay. Cukuplah...
  2. Mengurangkan pengambilan air Milo walaupun ianya menjadikan I sihat dan kuat. Masalahnya I dah terlebih sihat ni. Aiseh, my favourite drink actually. I memang Hantu Milo. Pffffffffttt! I still ingat lagi Milo Blended dekat Watercolor Chalet, Pulau Perhentian arghhhh sangat cut-throat. Reduce sahaja ye bukan quit terus. Hehe
  3. Mengurangkan chocolate, chocolate, chocolate dan jugak chocolate. Termasuk cake, roti, Nutella dan kuih raya. Semua tu memang lah buat I gemuk tak tentu pasal nanti. Sebulan sekali mungkin boleh kot untuk rasa hujung-hujung lidah. We'll see!
  4. Nasi seminggu sekali. Boleh? Memang nasi boleh menggemukkan dan mulai Tahun 2013 I akan melantak lauk je tak kira lah apa nak jadi pun kena train diri sendiri tak boleh la ikutkan nafsu sesaja. Maknanya dalam bulan ni makan nasi puas-puas ke? Hahaha apalah maknanya.
  5. Jillian Michaels dan aerobic kena teruskan. Diet sahaja tak mencukupi kalau badan tak fit. Tahun depan semua workout akan diteruskan kembali bila keadaan badan dah stabil. I nak naik gunung! Seronoknya naik pagi turun petang. 
  6. Minum banyak air suam. Penting! Setiap hari akan cuba habiskan 3 liter air ye. Bagus tau untuk memudahkan juga proses penyahtinjaan. Ahakz!
  7. PUASA. I cuba untuk berpuasa dan menggantikan puasa-puasa. Ingat zaman berjimat di Segamat dulu, hari-hari puasa Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Semoga kali ni pun sama lah hendaknya :) Rasa ringan badan...
Dapat body Beyonce ni pun jadilah... AHAKZ!
I'm wondering while lying down on bed, can I reach to my expected weight? About 12 kg to go, babe... Sure can, may my die-hard-fan give full support on this matter :D

Intai Sikit 2013

I ada banyak wishlist! Tercapai atau tak itu belakang cerita janji cita-cita tinggi sampai ke langit. Bak lagu Dato' Siti Nurhaliza, "kalau tinggi untung jadi bintang, kalau rendah masih jadi intan".. Correct me if I'm wrong. Banyak perkara hebat akan berlaku bila masuk tahun baru nanti contohnya tempoh tersebut akan tamat dan I memang kena ambil dokumen penting yang nak sahkannya. Awak yang berkenaan, dengan rasmi juga saya akan melupakan segalanya walaupun hakikatnya dah berbulan lepas saya anggap awak tiada...

I nak jadi penjawat awam yang baik! Tahun 2012 banyak cabaran dengan masuk hospital la masalah negara la Perang Dunia la macam-macam. Tahun depan disiplin akan ditingkatkan dan kerja akan dilaksanakan seHalal yang mungkin. Siapa nak sakit? If only I could turn back time, macam-macam akan I ubah but it's too late. Dugaan Allah :) Ini yang I cuba belajar, untuk menjadi lebih redha dan tak merungut-rungut. Astaghfirullahalazim... Jauhkanlah I dari sifat macam tu.

Semoga tahun 2013 akan jadi tahun rezeki berganda juga kalau nak simpan duit dan ikut jejak langkah Hani. Makan 4,5 tahun jugak kalau tanya pada diri I bilakah masanya. Belum bersedia buat masa sekarang. Biar Allah tentukan. Sambung belajarkah I? Mula ada kearah itu.. Survey dulu, yea!
Intai sikit-sikit nanti lama-lama jadi bukit. Gambar tiada kene mengena dengan I atau SiDia hanya suka tengok kebahagiaan macam ni :)

Berangan tak salah kan

Saturday, December 1, 2012

Cerita Kahwin Lagi

At this age sepatutnya kawan-kawan semuanya dah menamatkan zaman bujang dan dah ada 5 ke 6 orang anak. Ok just kidding. But not for me! Luckily I ramai kawan-kawan yang muda remaja daripada I. Pertama, sebab I kan baru habis study kiranya I ada ramai kawan yang agak muda dari I. Kedua, mungkin zaman sekarang ramai yang ambil keputusan untuk kahwin dalam usia yang lanjut, errrr usia emas kot. Antara faktor-faktor, mungkin kewangan, takutkan komitmen (I think I know why) dan mungkin lelaki terlampau banyak pilihan wanita cantik di luar sana.

Tak mau cerita hal orang. Tapi Imran, kawan pertama I dekat UiTM Segamat is getting married soon! Kami mula kenal around 2008 masa mula daftarkan diri. Masa tu kelakar sebab kami masing-masing takde kawan langsung. Usia hampir sebaya pun faktor sebabnya Imran muda setahun je dari I. Itu buat kami rapat dan selalu buat assignment dan study nak exam sama-sama. Senang sikit bercakap dengan orang yang hampir sebaya. Lama-lama Imran mula berubah nama ke Hotguy sebab dia jenis pemalu tapi still perempuan nak bercakap dengan dia.

Lepas habis belajar Hotguy balik kampung dan cari kerja dekat belah utara je. Seronok dengar cerita Hotguy pasal kampung, sawah, keluarga dan loghat utara yang takkan hilang dari mulut dia. Kali terakhir jumpa Hotguy masa kenduri kawin Leez dan kami sempat borak sikit dan sambung lepak ke karaoke dan makan-makan. Lama tak borak, macam-macam cerita keluar. Paling tak sangka :) keluar cerita dalam group Whatsapp yang Hotguy nak kawin Krismas ni. I terus serang dekat FB Messenger and its true! Alhamdulillahhhhhhh. Bila dapat tau dari Hotguy sendiri lega rasa hati dan ini adalah sepatah dua kata untuknya :

"Aku selalu doa hang dapat perempuan yang baik untuk hang dan semoga perempuan tu menghormati Mak Pak dan adik hang sebab hang dan keluarga orang baik-baik. Aku happy dengaq hang dah nak kawen. Yang lepaih biaqkan la Hot.. Semoga segala kebaikan hang pada Mak Pak hang tu Allah balas dengan kebaikan. Aku tak sabaq nak tengon hang bersanding jangan nak gelak-gelak sangat nanti ataih pelamin sebab hang akan jadi raja sehari. Semoga lekaih jugak dapat Hot Jr. mesti nanti gelak lagu hang gak! Hahaha. Kekal lah hubungan hang dengan bakal isteri (Maria) sehingga ke syurga. Semoga Allah permudahkan segalanya. Jaga isteri baik-baik bagi dia gelak sakan sampai gemuk lagu aku :)"

Takde aral yang melintang sampailah I ke Jitra, Kedah untuk majlis kawan pertama merangkap kawan baik yang tau susah senang macam mana warga emas macam I ni nak menghadapi peperiksaan.
Dari Seremban ke Jitra berapa jam ek? Aiyokkk!

Tu dia! Segak naaaa hahaha

J P Oh no!!

Tempat yang bakal menghabiskan duit dan merabakkan poket sesiapa yang pergi. Sebelum pegi memang berdebar dada I. Risau tak dapat kawal nafsu. Gila betul kan. Alang-alang dah sampai JB. Haruslah pergi. Yahoo! My first time ok.

Oh no! Banyak butik dekat sini. Mata I stuck pada satu beg dan I akan dapatkan beg tu secepat mungkin. Banyak beg-beg yang menarik. Perfume lagi. Kasut lagi. Baju-baju tak payah cakap. Stress! Best la orang JB senang selalu pegi JPO.

Dekat nak 3 jam jugak berjalan dekat JPO ni. Dapat sambar sepasang dua terus chow balik Seremban. Betul la segala kata-kata orang dekat sana semua season yang 2 ke 3 tahun lepas punye stok. I saw one bag in Roxy and the price had reduced a lot since I saw the beg in Australia in 2009. Luckily, banyak size besar sana sebab normally Malaysian ialah antara size S dan M untuk baju-baju. I tak follow all those designers cloth and accesories so part yang branded semua I tak berapa faham dan tau pasal season lama atau baru.

Apa pun I puas hati dapat pergi. Next destination..? Wait and see....

Jeng3! *usha wallet dulu ngahaha
Puas!

Misi Mencari

Mencari baju purple pink. Mencari masa bersama. Mencari tempat dating baru. Mencari haiwan. Keputusan tiba-tiba SiDia memang mengejutkan hehehe. Plan nak ke sana sini tapi akhirnya ke selatan Malaysia. I tak pernah berjalan ke sana. Bagus jugak ye dapat tengok tempat orang. Tapi sehari je tak puas! I nak pegi lagi boleh?

Sampai ke JB awal pagi terus pass through Danga Bay dan ke Setulang untuk cari breakfast. Sementara tunggu tempat lain buka kami jalan-jalan lah dulu ye. SiDia pernah duduk JB tapi dah berubah sikit jalan katanya. Hehehe I co-pilot aje. Baru I tau dekat JB ada Zoo Johor. Murah tau RM2 je untuk dewasa. Actually banyak je tempat menarik yang boleh pergi dekat JB tapi masa mencemburui sangat lah. Kalau bawak passport boleh ke USS. Kalau banyak duit boleh ke Legoland dan JPO. Ahakx!
Berjaya dapatkan baju pink dan purple! Itu yang paling penting. Terima kasih, cinta hahaha pilihan u memang tak pernah hampakan I. Bukan  sehelai tapi 2 ok. Walaupun City Square JB sedang under construction tapi kedai semua ok. Selesai cuci gambar. Selesai cari baju. Selesai makan tengahari. Masa memang tepat kalau dengan SiDia. Nak harapkan I, ayoyo... Lupa semua sakit ye dapat berjalan. Bila sampai rumah berdenyut pulak. Alasan!

Oh ye sepanjang berjalan silalah pastikan telefon ada bateri secukupnya. Gunakan aplikasi Waze untuk smartphone. Boleh bercakap, boleh tunjuk mana jalan jam dan of course boleh navigate kita ke mana-mana. Good application actually. Sebelum ni tak pernah gunakan tapi tiba-tiba semalam nak guna dan SiDia suka! Tu yang penting.

Bersambung cerita ke tempat seterusnya selepas ini....

Danga Bay for my first time, baby!
Reflection
Sempat ek?

Lain Orang Lain Cara

I lain dan orang lain pulak tak pasti macam mana caranya. Cara I meluangkan masa kalau tak kerja atau tak keluar atau senang cerita bila masa lapang ialah dengan menulis belog baru ni. Sungguh berkesan dengan menggunakan smartphone bilamana macam-macam aplikasi berguna boleh dapat dari Play store. Kebanyakan entri dari blog I adalah dari telefon. Cuma editing sikit-sikit kena buat menggunakan laptop. Agak Bahasa Melayu baku ye entri I hahaha.

I captured the moment by using Camera 360 and it really works. Gambar-gambar yang dihasilkan semuanya cantik. Banyak effect yang boleh gunakan untuk macam-macam keadaan dan yang paling I gunakan ialah Magic Skin :) Memang magic! Terima kasih Norain Wondergirls sebab kenalkan I dengan aplikasi ni. Silalah install dan godek pasti tak rugi. Free kan...

Semua gambar kan kononnye copyright mesti nak ada watermark. Chehh macam production besar je kan. Nak edit apa-apa ke macam crop ke watermark ke rotate ke memang I tak pernah gunakan aplikasi lain PicsArt sahaja pilihan hati. Terima kasih adik Eppy sebab kenalkan I dengan aplikasi ni. Senang dan sangat user friendly and I believe it has the same meaning. Apa lahhhh.

Akhir sekali, aplikasi Blogger di telefon. Puas hati! Dah update yang baru best sikit. Mula-mula I nak pakai Bloggeroid tapi 2 entri I masih dalam status publishing agak-agak u all bila akan di publish? Dah seminggu lebih tau. Marah sangat ni.. Ok lepas ni Bloggeroid akan di'uninstall' agar tak mengaburi mata I untuk guna lagi. Paling best aplikasi Blogger ni pun boleh guna untuk edit juga ye. Kesimpulannya, bagus ye ada smartphone. Zaman siber katanya. Takde alasan untuk I bosan kalau cuti tak kemana :)
P.s. Lepas layan Captain America dekat HBO sekarang I tengah pegang perut layan Maharaja Lawak Mega 2012 pulak. Hensem la Captain America tu kan?!

Langkah 1 :  Ambil gambar menggunakan ini
Langkah 2 : Edit gambar dan letak watermark menggunakan ini
Langkah 3 : Post entri menggunakan Blogger