Baru-baru ni masuk wad dah buka mata I untuk reduce weight yang dah melampau-lampau Obes Tahap 1 ni. Ya Allah obeskah hambaMu ini? Bila obes macam-macam penyakit lah timbul. Serius, I dah serik duduk hospital selama 6 hari. Termasuk dalam wishlist I untuk tahun depan ialah berkaitan dengan penjagaan berat badan dan kesihatan. Cewah.. I bebetul bukan suka-suka cakap ni. Berikut adalah perkara yang akan I jaga sepanjang Tahun 2013, insya Allah...
- Katakan TAK NAK! Perkara pertama yang I kena jauhkan. Jahat tau nikotin dan tar boleh membahayakan kesihatan paru-paru dan bahagian lain badan anda. Eishhhhh. Serik untuk duduk berjam di Asthma Bay. Cukuplah...
- Mengurangkan pengambilan air Milo walaupun ianya menjadikan I sihat dan kuat. Masalahnya I dah terlebih sihat ni. Aiseh, my favourite drink actually. I memang Hantu Milo. Pffffffffttt! I still ingat lagi Milo Blended dekat Watercolor Chalet, Pulau Perhentian arghhhh sangat cut-throat. Reduce sahaja ye bukan quit terus. Hehe
- Mengurangkan chocolate, chocolate, chocolate dan jugak chocolate. Termasuk cake, roti, Nutella dan kuih raya. Semua tu memang lah buat I gemuk tak tentu pasal nanti. Sebulan sekali mungkin boleh kot untuk rasa hujung-hujung lidah. We'll see!
- Nasi seminggu sekali. Boleh? Memang nasi boleh menggemukkan dan mulai Tahun 2013 I akan melantak lauk je tak kira lah apa nak jadi pun kena train diri sendiri tak boleh la ikutkan nafsu sesaja. Maknanya dalam bulan ni makan nasi puas-puas ke? Hahaha apalah maknanya.
- Jillian Michaels dan aerobic kena teruskan. Diet sahaja tak mencukupi kalau badan tak fit. Tahun depan semua workout akan diteruskan kembali bila keadaan badan dah stabil. I nak naik gunung! Seronoknya naik pagi turun petang.
- Minum banyak air suam. Penting! Setiap hari akan cuba habiskan 3 liter air ye. Bagus tau untuk memudahkan juga proses penyahtinjaan. Ahakz!
- PUASA. I cuba untuk berpuasa dan menggantikan puasa-puasa. Ingat zaman berjimat di Segamat dulu, hari-hari puasa Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Semoga kali ni pun sama lah hendaknya :) Rasa ringan badan...
Dapat body Beyonce ni pun jadilah... AHAKZ! |
I'm wondering while lying down on bed, can I reach to my expected weight? About 12 kg to go, babe... Sure can, may my die-hard-fan give full support on this matter :D
No comments:
Post a Comment