U dah rabun! U dah kena pakai spek :) Inilah perkara paling I tak suka nak buat for my whole life. I memang tak suka sangat-sangat. Pretending that I bukan orang yang rabun. Masa study di UiTM for my Bachelor Degree mulalah ada rasa susah untuk tengok kertas exam. Rasa tak puas tengok tulisan-tulisan kecil. Dan pening! Ambil keputusan pergi periksa mata, nahhhh, Rabun dekat! Mata orang tua kata tauke kedai spek tu. Tak patut betul. Tapi takpelah, I cuma beli reading glass tujuan untuk membaca masa ambil exam dan membaca majalah ke novel ke buku-buku kesukaan I ke hehehe. Baru puas mata memandang. Sama power dengan Ayah pulak tu. Share lah reading glass senang kan. Potong kuku pun kena pakai spek. Huaaaaaa~
Hari ni hari ketiga SiDia join the club jadi budak kaca mata jugak. Hari kedua dia dah mula pening kepala. Orang tak pernah pakai tu jadi pening, kesian SiDia. Tapi u memang perlukan spek tu untuk drive malam ye. Tolonglah, muka SiDia nampak matang, sangat matang. Segan pulak I sebab macam abang-abang je. My dear, hanya untuk kegunaan malam sahaja ye sebab silau u tersangat banyak damage :)
Kalau diberi peluang sampai tua dan akhir hayat I memohon kepada Allah untuk dikurniakan kesihatan mata yang baik dan tak mau pakai spek pun sebab faham kelecehan itu. I dikelilingi 'Orang-Orang Kaca Mata' dan I nampak kepayahan akibat rabun itu macam-macam perkara terbatas. Mungkin bagi sesetengah orang semua tu biasa-biasa tapi ini bukan perkara kecik. What if your spectacles broke while you were sleeping and you are about to drive on the next morning and the worst part is, you are staying alone. Itu hanyalah illusi I semata-mata.
nota kaki : 19 Disember 2012 hari yang sangat best. Pertama, dapat bonus kerajaan. Kedua, selang tujuh hari pastilah di'solex' sepenuhnya.
SiDia dan speknya kikiki |
Tak suka pakai spek! |
No comments:
Post a Comment