Nuffnang Ads

Friday, December 14, 2012

Lady Driver

Stereotype sangat dengan mulut orang Malaysia especially...GUYS! Dekat mana-mana pun, kalau nampak kereta ke kiri kanan tak tentu hala confirm terkeluar dari mulut, "...ni mesti pompuan yang bawak ni! Pfffftttt" kan kan kan? Kesiannnn orang perempuan walaupun sebenarnya yang drive itu ialah seorang LELAKI YANG BARU PASS LESEN dan kemungkinan fizikal dia seperti perempuan dan erti kata lain, berambut panjang atau memakai bandana *sangat tinggi imaginasi*.

Early this morning while i'm driving to office ada la pulak satu kereta ni best la jugak Peugeot ke ape tah, dengan perlahan duduk tengah lane macam nak conquer pulak Jalan Rahang tu. Ehhh mamat ni tak reti bawak kereta ke, dalam hati kata-kata sikit. Hummpphhhhh, bila potong tengok-tengok it was a Lady Driver! Terus potong mood I nak pergi kerja dengan hati bunga-bunga riang. Haduhhh, kalau lelaki tu memang I dah bagi isyarat bahasa tangan nak ajak gaduh tau (tak berani pun, bluwek!) tapi sama spesis. Pftttttttt again!

Kenapa orang selalu curse Lady Driver ek? Adakah kami, orang perempuan selalu membawa masalah ketika di jalan raya? Tidak berhemahkah kami? At least kami cuba mengelak lubang di jalan-jalan. Kalau nak beli kereta second hand pun orang akan beli kereta yang owner lama ialah PEREMPUAN. Tapi jangan salah sangka, tak semua perempuan bawak kereta teruk. Sama je! Kadang tu kaum lelaki pun serupa mintak makian dan carutan pengguna jalanraya yang lain. Sebagai Lady Driver yang macho seperti I dan rakan-rakan I yang lain, kami bawak agak perlahan macam 'siput' sebab kereta kami tak laju kalau bagi kereta racing dekat kami dah tentu berdesup peginya! Ok this is the serius part ya, I am 100% disagree with this thing called, 'Lady Driver'.. Sebabnya, jikalau tak mau ada istilah ini keluar dan segala curse terpaksa kami terima, anda, iaitu kaum lelaki kenalah meluangkan masa dengan menghantar dan menjemput kami, kaum wanita, kemana-mana sahaja kami nak pergi dan jangan benarkan kami memandu serta istilah lain, layanlah kami seperti permaisuri *lariiiiiiiiiiiiiiii...!

As we can see, dah banyak tugas orang lelaki dah berjaya sub kan pada wanita. Ambil anak di sekolah, pergi ke pasar, pergi pejabat dan pergi ke klinik kalau sakit semuanya kami pandu sendiri. Zaman nenek kita dulu, semuanya pengangkutan awam tapi zaman sekarang banyak kejadian jenayah di luar sana yang kebanyakannya dilakukan oleh kaum lelaki sehingga kaum wanita takut nak keluar sendiri sesuka hati. Ops, ini bukan entri untuk membidas kaum lelaki tapi this is life. May I ask? Selalunya mat rempit tu lelaki kan? Tanye je sebab 2 orang sepupu I pernah dibaling cermin keretanya dan cermin itu dipukul dengan kayu semasa sedang memandu di lebuhraya tanpa ada apa-apa sebab dan mungkinkah perbuatan itu untuk melakukan rompakan memandangkan mereka adalah wanita yang dianggap lemah? Alhamdulillah mereka selamat dari sebarang kejadian setelah kereta dipecut laju.

Keterlaluan kalau menuduh kaum lelaki itu ini. Terima kasih Ayah sebab bagi kebenaran untuk Samani bawak kereta selama ni dan sepanjang memandu Alhamdulillah baru sekali I mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa sendiri. Itupun I dilanggar oleh satu lori angkut tanah yang tidak memberi signal ketika nak masuk simpang dan pemandu itu ialah seorang lelaki :)

No comments:

Post a Comment